Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 H

alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah dengan sifat pemurahnya dapat lagi kita menghirup udara pada 1 Muharram 1430 H ini...
hijrah pada awalnya berkaitan dengan penghijrahan baginda Rasulullah S.A.W bersama dengan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah semata-mata kerana Allah untuk menegakkan agamanya...
namun konteks hijrah sekarang sudah semakin meluas seiring dengan peredaran zaman...sebagai umat islam kita mesti berhijrah untuk mengubah diri kita untuk menjadi sebaik-baik umat....

"orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah ke atasnya" (hr bukhari dan muslim)

masyaallah hadith di atas sudah cantik untuk menerangkan masuk hijrah bagi kita umat islam yang x lagi mengangkat senjata untuk turun berperang seperti semasa zaman Rasulullah kerana Rasulullah telah bersusah payah dengan para sahabat untuk mengembangkan agama Islam hingga kita umat sekarang dapat menikmati keindahan islam tersebut...

subhanallah cuba kita lihat sekali lagi hadith tadi... apabila kita meninggalkan apa yang Allah larang itu sudah dikatakan hijrah,....sebagai contoh kita menutup aurat....ini adalah kerana membuka aurat adalah perkara yang Allah larang jadi kita berhijrah dengan menutup aurat...
melawan ibubapa adalah perkara yang Allah larang...jadi kita berhijrah dengan menghormati ibu dan ayah....masyaallah bertapa Islam itu sungguh mudah....

kadang-kadang kita agak keberatan untuk melakukan penghijrahan sebagai contoh bagi wanita yang tidak menutup aurat. Mereka sebenarnya berkeinginan untuk menutup aurat tetapi mereka berasa ragu-ragu untuk melakukan penghijrahan....mungkin mereka takut akan pandangan masyarakat keliling....namun dalam surah al-baqarah ada menjelaskan...

"kadang-kadang kita menyukai sesuatu tetapi sebenarnya ia buruk untuk kita, kadang-kadang kita membenci sesuatu padahal ia baik untuk kita,ALLAH lebih mengetahui" (al baqarah:216)

subhanallah...mungkin kita suka sesuatu tapi sebenarnya x elok untuk kita...mungkin kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita....

moga-moga di tahun yang baru ini kita tanam harapan untuk menjadi khairul ummah....dan moga-moga penghijrahan kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t....

SALAM MAAL HIJRAH 1430...
semoga beroleh 12 bulan sakinah,
52 minggu keberkatan,
365 hari keimanan,
8760 jam kebaikan ibadah,
525600 minit qanaah,
31536000 saat ketaqwaan.

SALAM FI ISTIQBALI AWWALU MUHARRAM....


1 comment:

hanya aida said...

najwa! gud2~! bleh laa btuka crite yek~ haha

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive