Saturday, December 27, 2008

bidadari syurga~


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki

yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka

bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah

dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-

bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi

kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan

kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa

umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah……:

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik

dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -

bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)

ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan

sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang

keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan

dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan

bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang

usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya

bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi

kerana malu pada sahabat-sahabatyang lain. Namun dia tetap beri

nama sebagai salah sorang yang akankeluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil

khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah

tadi… tidur bersama-sama….

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang

sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang

bersih lagi cantik danmuka yang berseri2 lalu ditanyanya

dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia

menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu

ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu

pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia

lihat kecantikan begitu… takpernah dilihat didunia ini… lalu

diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu

menjawab ehhtidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam

singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan

mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya

berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata

perhiasan di dalam mahligai…. lalu

diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu

wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam

mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu

dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya

sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai kesatu mahligai dan

mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari

yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua…. dan

tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata …

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu

diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu

menjawab… nantiii kamu belum syahidlagiiii……tersentak itu

pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan

segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan

agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi

sekiranya diashahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat

Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda

tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah

pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah

menunggu makanan untuk berbuka(tunggu makanan adalah satu sunnah

nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah

bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi

yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar…

benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi

SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini

dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

subhanallah…

renungan buat yg bergelar muslimah

kaum hawa dicipta dari rusuk adam..bukan dari kpl utk dijadikan atasnya…bukan dari kakinya utk di jadikan alasnya…melainkan dari sisinya utk dijadikan teman hidupnya…dekat pada lengannya utk dilindungi…dan dekat pada hatinya utk dicintai….

bertapa uniknya proses penciptaan kaum hawa…penuh dengan kelembutan…untuk menjadi pendamping hidup kaum adam…mendidik anak-anak…membantu dalam proses mengembangkan dakwah….menyambung zuriat umat rasulullah….

adam akan sunyi tanpa hawa….dunia x kan indah tanpa hawa….tapi ingatlah kaum hawa sekalian…jgn sekali-kali kita menjadi fitnah bagi kaum adam…rasulullah pernah barsabda…fitnah paling besar pada akhir zaman ialah perempuan…. janganlah kita menarik kaum adam ke neraka….tapi bimbinglah mereka ke syurga…gunakanlah kelembutan mu kepada kaum adam yg halal bagimu…moga2 kita menjadi salah satu bidadari syurga….

Dari Abu Said Al-Khudri RA, dari Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka HATI-HATILAH terhadap DUNIA dan HATI-HATILAH terhadap WANITA, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah disebabkan WANITA”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wnita kerana senyum,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana kesabaran,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi…

wallahualam….

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive