Monday, December 28, 2009

SURAT DARI CALON SUAMIKU......



Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.
Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah
manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda?
Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

p/s: kalau anda apa yang anda buat? ana dalam dilema...istikharah2...ya Allah berilah petunjuk buatku...

Friday, December 25, 2009

Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?




Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2
pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun.
Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun
hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal
seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”


!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan in tim . Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita.
Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..


Tuesday, December 22, 2009

KITA IBARAT PINGGAN


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
Begitulah jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat…

post kali ni satu perkongsian buat diri ana dan antum semua. Kadang2 hati kita kekurangan makanan..jadi bagilah makanan kepada hati dan rohani kita....

Monday, December 14, 2009

INAI DI JARIKU MASIH MERAH



KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.
Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.
Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.
Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.
"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.
Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.


p/s: Takziah dari saya buat Saudari TEH AFFIFAH. Tak dapat saya bayangkan jika ini berlaku pada diri saya. Moga tabah menghadapi dugaan ini.

Thursday, December 10, 2009

JALAN-JALAN

Petang tadi pukul 4.00 petang saya, Husna,Qistina dan kawan Qistina bergegas ke Singgahsana Hotel di Petaling Jaya. Tujuannya adalah untuk survey tempat untuk ANNUAL GRAND DINNER MEDCY yang akan diadakan pada 18 JANUARY 2010 nanti. Ball room hotel tu sangat besar dan decorationnya sangat cantik. Capacity dewan tu boleh muatkan hingga 600 orang. Setelah berbincang dengan manager hotel, harga yang kami dapat adalah RM 55 per head.

RM 55 per head include
food
hall
P.A system
decoration hall
waiting room for VIP
screen for LCD
free parking
++++++

Bagi saya, harga tu memang berbaloi. Manager tu cakap kalau nak artis pun diorang boleh arrangekan. Tapi rasanya budget akan makin bertambah. Artis tu x kesah sebab rasanya artis tu boleh invite Hafiz Hamidun ke Inteam ke. Senang je nak invite artis tu sebab semua bekas student UIA so lagila senang. Sekarang ni pasal budget ni...Rasa macam unit SPONSORSHIP kena kerja keras untuk dapatkan sponsor nih.

RM 55 tu tak termasuk lagi dengan transport + souvenir dan hadiah2 yang lain. Hmmm... Tapi dewan tu memang cantik sangat. Ada class la..HEhehhe

Then lepas tu kitorang singgah dekat satu lagi hotel ni. Nama hotel tu.. apa Village ntah. Tak ingat la. Dia bagi RM 50 per head. Tapikan dewan dia sangatla kecik. Boleh muat 200 orang ja. So x NAK!!!

Masa on the way nak balik tu dok pikir nak mintak sponsor kat YB mana ek? Tiba2 uncle taxi tu bagi tau..."mintakla dekat NURUL."...NURUL??? Owh NURUL IZAH...YB PANTAI... hmm good idea uncle....so after cuti kita g jalan2 jumpa YB NURUL IZAH yer...yeyeyeyye!!!! MySpace


Wednesday, December 9, 2009

SEGANLAH......


Alhamdulillah semalam berkesempatan berjumpa dengan adik-adik usrah yang disayangi. Usrah semalam alhamdulillah berjalan lancar di tepi netball court di belakang Mahallah Zainab Jahsyi. 8.30 malam usrah dimulakan dengan bacaan surah Al Mulk dan game kotak beracun. Adik-adik nampak seronok dengan permainan ini disamping mereleasekan tekanan belajar dan exam. Kotak beracun tu mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk Usrah pada kali ini iaitu IBADAH. Pendekatan ni nampaknya berjaya sebab adik-adik sendiri kena terangkan kepada adik beradik yang lain tentang soalan yang mereka dapat. Juga diselitkan dengan soalan berkaitan ISU SEMASA. Disamping makanan jiwa, makanan jasad juga disediakan. Supaya adik-adik bertambah seronok.

Sesi yang kedua, sesi sharing moment. Bagi merapatkan ukhwah antara kami sesi ni di adakan. Pada mulanya semua segan untuk bercerita. Tapi setelah kita mulakan dulu, Alhamdulillah adik-adik dah tak segan lagi nak ceritakan masalah mereka. Dengan cara ni penyelesaian dapat dicari dan hikmah Allah dapat di selongkari di sebalik maslah-masalah mereka. Moga adik-adik ambil ikhtibar atas masalah yang menimpa....

Sesi yang ketiga satu lagi game diperkenalkan iaitu game RAHSIA KAU DAN AKU. Game ni saya dapat ilham dari iftar sister MEDCY. Rasa menarik untuk membawanya ke dalam usrah dengan adik-adik. Setiap orang diberikan sehelai kertas dan dikehendaki menulis 3 soalan yang hendah ditanyakan kepada pasangan sebelah kiri. Pasangan yang menjawab hendaklah menjawab sejujur-jujurnya. Selepas habis jawab soalan, kertas tu dikembalikan kepada si penulis soalan. InsyaAllah rahsia itu hanya diketahui oleh Allah, penulis soalan dan penjawab soalan sahaja.

Sesi yang terakhir, sesi CUBA TEKA PERSONALITI SAYA. Sesi ni hanya sesi santai sebelum pulang. Setiap orang akan mendapat sehelai kertas dan di kehendaki menuliskan namanya. Kertas tu akan bergerak ke setiap adik-beradik dan dikehendaki meneka personaliti orang tersebut. Alhamdulillah agak terhibur dengan reaksi adik-adik...

Usrah tamat pada jam 10.40 malam. Kesimpulan diberikan oleh adik-adik sendiri. Semua sesi yang dibuat berjaya dikaitkan mereka dengan aspek IBADAH yang dibincangkan. Moga ukhwah antara kami bertambah mantap.

Untuk usrah yang seterusnya, InsyaAllah kita akan buat BIRTHDAY CELEBRATION. Jadi harap2 adik-adik bersedia ya..... Sayang adik-adik semua....

Sunday, December 6, 2009

HATIKU HANYA UNTUK ALLAH DAN RASUL


Tika insan lain lena di buai mimpi
hati teringat pada si dia
mungkinkah hati ini sudah diisi dengan namanya??
namun tiba-tiba
juntaian mutiara laju di pipi
hati sedih dan sepi
terfikir dan terus berfikir
layakkah diriku untuk dirinya??
dirinya umpama mujahid di medan jihad
aku pula umpama rumput yang dipijak-pijak
dirinya bak pejuang agama Allah
aku pula ibarat bayi yang masih merangkak...
hatinya terisi dengan kalamullah...
hatiku pula....bercampur dengan bermacam dosa...
Ya Allah....
aku serahkan hatiku padaMu Ya Allah
Kau pemilik hatiku
maka Kau yang layak mengisinya
Rasulullah kekasihMu...
maka Dia juga ingin kukasihi...
HATIKU HANYA UNTUK ALLAH DAN RASUL

Ya Allah,
fitnah yang terbesar adalah fitnah wanita,
aku tak ingin menjadi fitnah untuk dirinya,
dirinya berhak dimiliki oleh wanita yang solehah,,,
wanita yang persis mujahidah,
yang hatinya terisi kalamullah
aku hanya insan biasa
dirinya hanya ujian Allah buat diriku
moga aku tabah melaluinya

ya Allah
moga dirinya dikurniakan wanita yang lebih baik dari diriku
dan
HATIKU HANYA UNTUK ALLAH DAN RASUL

Tuesday, December 1, 2009

10 ZULHIJJAH 1430h

Salam eidul adha kepada semua. Alhamdulillah eidul adha kali ini cukup bermakna buat najwa sekeluarga sebab sekali lagi kami dapat melakukan ibadah korban dan sama-sama bergotong-royong memasak untuk kenduri. Kehadiran sepupu baru NUR ALIYA SUMAYYAH BINTI ISMAIL juga merupakan satu perkara yang tak dapat dilupakan. Semasa sibuk kami bersiap untuk ke masjid untuk solat eidul adha, mak cik ana dimasukkan ke hospital kerana dah sakit nak bersalin.
aliya...lahir pada 10 zulhijjah 1430H

khemah sedang dipasang...

ikat jangan tak ikat...


abang amar dengan aksinya...


suasana sibuk memasak

masak....

potong-memotong

pak jang dengan skillnya..

malam kenduri...

sedapnya....(tu kot yang depa kata)

pak su....

cik ei(baju putih)..muka gumbira akhirnya dapat anak pompuan setelah 6 org anak lelaki...


Wednesday, November 25, 2009

JOM MAKAN~

MySpace

Ana dapat email dari seorang sahabat yang menghantarkan ana gambar-gambar ni. Takjub ana melihatnya. Jadi ana nak kongsi dengan sahabat semua. Selamat menjamu mata dengan MAKANAN yang ana hidangkan ini.

Putih bersih di atas salji


mungkin teknologi akan datang..
tak perlu daki gunung, just guna lift saja...

subhanallah cantikk...

huhu lawa2...

TITANIC ISLAM....masyaAllah...

rasanya selamat x??

macam fairy tale pulak...

lawa...

subhanallah..gabungan nature




masjid di tengah lautan..


kalau di kutub utara ada igloo....di mesir ada cactus MySpace
masyaAllah...


moga anda semua kenyang dengan hidangan x seberapa nih...

wassalam.... MySpace

Tuesday, November 24, 2009

DAIE KECIL




MySpace Teringat dulu kenangan bersama adik-beradik si DAIE KECIL beribadat di Masjid Saidina Hamzah. Kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan hingga hujung nyawa. Kenangan tidur berjamaah, makan setalam, mandi bersama, solat berjamaah membuatkan bond antara kami makin kuat umpama tali kapal atau feri.

Setiap perkara dilakukan bersama. Mungkin ada yang melihat kami terlalu bersikap ASSABIAH namun hakikatnya kami bukan bergitu tapi bond antara kami adik-beradik memang tak boleh dipisahkan. Namun Alhamdulillah sepanjang sesi beribadat kami, ramai adik-beradik yang telah ditambah. Bond makin kuat dan panjang. Moga-moga hingga dapat menggapai SYURGA dan REDHA Allah.

Namun disebalik ibadah kami, tak lepas dengan peristiwa yang tak dapat dilupuskan dari ingatan. Peristiwa kami di soal @ di provoke oleh para ‘pengibadah’ yang lebih senior. Pada awalnya agak sedih apabila IMAM kami di soal tentang kredebilitinya sebagai imam kepada kami. Cukup sedih semasa melalui saat itu kerana perkara tu terjadi didepan mata sendiri. Namun diri ini cukup kagum dengan ketabahan IMAM kami kerana tetap redha dengan apa yang terjadi dan tuduhan yang dilemparkan. Moga Allah bersama-sama kita.

Imam kami ditukar kepada IMAM yang baru. Setiap saat dan ketika pelbagai provokasi dilemparkan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami adik-beradik pada masa tu. Bagaikan mereka sengaja mencari PASAI dengan kami. Namun kesabaran tetap di hati. Semua itu dialami sebagai satu proses PENTARBIAHAN. Pentarbiahan buat diri kami agar lebih tabah menjadi DAIE. Proses pentarbiahan yang kami lalui tidak sekental dan mencabar seperti mana yang SAHABAT2 lalui. Maka satu pengajaran buat kami....JANGAN MENGELUH!!TERUSKAN PROSES PENTARBIAHAN.

Masjid Saidina Hamzah cukup melakar kenangan buat kami daie-daie kecil yang baru mula bertatih. Moga setiap langkah dan amalan kami di sana menjadi saksi buat kami di depan Allah nanti.

Yang terakhirnya. Buat adik-beradikku si DAIE KECIL yang sangat di sayangi, moga proses pentarbiahan antara kita sentiasa dan terus berlaku hingga akhir hayat. MySpace

Sunday, November 15, 2009

DAJJAL: HAKIKAT ATAU BAYANGAN?



MySpace

Alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat assignment bagi Understanding Islam untuk dilaksanakan. Tajuk yang dipilih ialah mengenai DAJJAL. Saya memilih buku “Membongkar Misteri Dajjal” tulisan Muhammad Nurani Maarif dan terbitan Hijjaz Records Publishing untuk dikupas dan di selongkar bagi melaksanakan tugasan ini.

Melalui pembacaan, saya mendapati terdapat beberapa percanggahan pendapat dan pandangan tentang imej dan bentuk rupa Dajjal itu sendiri. Imej dan bentuk rupa Dajjal ini telah dibayangkan oleh Rasulullah S.A.W lebih 1400 tahun lamanya namun setelah zaman berubah imeh dan rupa bentuk Dajjal ini turut berubah. Sewaktu zaman para sahabat,tabien dan tabit tabien, mereka mengatakan bahawa Dajjal adalah hakikat dan akan tampil di akhir zaman sebagai seorang manusia dan akan membawa fitnah dan kekacauan yang besar serta mengaku dirinya sebagai tuhan. Namun para sahabat menyerahkan bagaimana bentuk fitnah Dajjal itu kepada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui.
Pendapat kedua menyatakan bahawa Dajjal adalah sekelompok manusia, satu kaum yang dinisbahkan kepada bangsa Yahudi. Pendapat ini lahir dari kaedah pentakwilan.Ada juga pendapat yang mengatakan Dajjal adalah satu gerakan sulit yang merancang kejahatan demi kejahatan dan berlindung di bawah pertubuhan rahsia. Tujuannya adalah untuk merosakkan manusia dan menjauhkan manusia dari kehidupan beragama. Hari ini gerakan yang dimaksudkan merujuk kepada Yahudi-Zionis dan ada setengahnya mengatakan Amerika a.k.a zionist Anglo-American. Lebih khusus lagi ada yang mengatakan gerakan Illuminati atau gerakan Freemasons.
Pendapat ketiga mengatakan bahawa Dajjal adalah bayangan atau satu manesfestasi kejahatan, idealisme atau fahaman kebendaan. Kefahaman ini berkembang hingga menyebabkan manusia tunduk kepada dunia dan isinya dan menganggapnya sebagai tuhan.

Akhirnya ada pendapat yang mengatakan bahawa Dajjal itu hanyalah sebuah mitos dan cerita palsu yang direka-reka. Kesemua pendapat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Namun para ulama hari ini bersepakat bahawa menerima hakikat kedatangan Dajjal itu adalah sesuatu yang pasti namun menetapkan siapa Dajjal sebenarnya bukanlah bersifat qatie atau mutlak. Ia adalah perselisihan yang dibenarkan dan juga diguna pakai di dalam perbahasan menetukan siapa Imam Mahdi.

Oleh kerana hadis-hadis mengenai Dajjal merujuk kepada peristiwa akhir zaman, maka tidak ada manusia yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan hal akan datang. Iktibar ini kita boleh ambil pada sirah Nabi Muhammad ketika ditanya oleh para sahabat bila akan terjadinya Kiamat. Nabi hanya memberi kenyataan. ‘Ia amat dekat’ di samping memberikan tanda-tanda kecil dan besar.Hal Dajjal bukanlah hal utama. Apa yang utama adalah meningkatkan pengabdian ataupun rasa ubudiyyah kepada Allah. Itulah sikap para sahabat dan generasi awal.

MySpace

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive