Friday, January 30, 2009

coment pasal puaka niyang rapik...

hmmmm
sy tengok fit wat pos
t psl ustz amirul kt bl0g dia....
s0 terpikirla plk nk wat p0st psl 
citer puaka niyang rapik yg baru jer abis....
citer nih x der ar takut 
sangat...
first time tengok kat SERATAS r...
bak kata fit...
x sedaq diri nak exam...
hmm hantu2 dlm 2 x lah takut sgt...
sbb ni bukan c
iter han2 pown
citer ttg amalan khurafat ja....
hmm nilah antara han2 dalam citer 2...




bertapa tenangnya ustaz amirul nih...
hmmm her0 utk filem nih
ustaz amirullah...
seorng ustaz yg sgt 
c00l...
ketenangan sebagai kunci segala2nya...
d tambah pulak ngan karakter 
tok dalik ngan bini dia 2...
hehehe
tapi ms dh dkt last2 dah citer 2...
sy macam plk la pulak...
boleh la pulak ustaz amirul 2 p jalan sowang2 ngan wirna 2...
ish3
mana boleh macam 2...
waaaa...
lagi satu masa episod akhir 2...
boleh pulak dok bertentangan mata ngan wirna 2...
huhuhu...
apa nk jadi nih???
bak kata nabil...
"lu pikir la sendiri"
tp apa2 pown...
moga2 karakter ustaz amirul 2 bukan shj di dalam filem...
boleh d praktikkan d luar filem jgk....
huhuu...

Wednesday, January 28, 2009

MENGERTILAH DUHAI ADAM-

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan 
syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah... 
sungguh, Hawa telah 

cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak 
menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari

 tabarruj..
perfume, make up,

 perhiasan...
telah Hawa elakkan 
sejauh-jauhnya..
namun mengapa 
masih Adam 
tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa 
menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan 

Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...

 setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah... 
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah

 antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah..

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar 
tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa 
sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

Monday, January 26, 2009

DETIK2 TERAKHIR RASULULLAH



Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
 
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.” Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.” Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
 
Semakin tenat semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
 
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
 
Malaikat Maut datang bertamu pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
 
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku.
 
Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
 
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan sahabat berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
 
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30). Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144) Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”
 
Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
 
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.” Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
 
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haramadalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW

anak2 PALESTINE

 
 
Wahai Saudara Islam Ku 
Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
 
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? 

Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
 


cid:_2_04BBC82404BBC0E800110F2448257529cid:_2_04BBCA5404BBC0E800110F2448257529cid:_2_04BBCC8404BBC0E800110F2448257529cid:_2_04BBCEB404BBC0E800110F2448257529cid:_2_04BBD0E404BBC0E800110F2448257529

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> 

Thursday, January 22, 2009

-kaum ADAM setuju x??

 Mengapa WANITA sangat  Istemewa......
 
 
 
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
 "..i letih
 
 la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
 
 Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti
 masuk
 
 pulak
 
 lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice
 cooker
 
 dalam
 
 sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
 
 susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena
 sambal
 
 masa masak
 
 tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak
 nanti
 
 malam anak
 
 nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la
 
 air...sementara
 
 tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
 
 kosong....salin la
 
 gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska
 
 esok..nasib baik ade
 
 lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku
 
 dah...basuh la
 
 kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
 
 basuh...penat dah
 
 ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
 
 tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok
 
 settle...
 

 
 baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g
 bilik,
 
 papa tgk tv
 
 lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke
 
 taska...check...baju 2
 
 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine
 lotion
 
 untuk sapu
 
 ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak
 masukkan
 
 botol...basuh
 
 botol jap...ok settle...
 

 
 ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg
 polo
 
 coklat lah,
 
 asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg
 
 coklat...cek sume
 
 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh
 
 pulak..selalunya barang yang
 
 tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit
la
 
 beg ni...hangin
 
 je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo
sale
 
 nih...mana

 flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
 
 sticker, nanti
 
 lupa..ok settle...
 

 
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi
 tu..tadi
 
 kata nak
 
 tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak
 smayang
 
 jap..."
 

 
 masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2
 
 jenis lak
 
 tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai
 
 treatment
 
 cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
 
 nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
 
 pulak...huhuhuhu...
 

 
 bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah
 besok...gosok
 
 kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak
 
 ni...kat bilik
 
 belakang...
 
 la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade
 lagi,
 
 dah
 
 bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok
 
 baju...gantung
 
 elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa
 yang
 
 dah kotor
 
 dalam tempat kotor...ok  settle..
 

 
 dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk
 
 ni.."..dalam pada nak masuk ke
 
 bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3
 hari
 
 tak
 
 siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak
 kunci
 
 lagi...grill
 
 pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat
 indon
 
 masuk rompak
 
 umah aku...bukak lampu luar..
 

 
 ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan
 budak
 
 ni...banyak
 
 nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah
 ...
 

 
 ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si
 
 comel ni
 
 kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm,
 tukar la
 
 pempers
 
 ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain
 la...nanti
 
 g Sogo 25 hb
 
 ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh
 jangan la
 
 bangun tgh
 
 malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet
 dreams...
 

 
 aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu
 
 kurus aku
 
 nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan

 alarm...setkan
 
 program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
 
 ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah
 
 la...emm..sedapnya lelapkan
 
 mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari
 
 ini,...mohon
 
 keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup
 
 tv..."...i dah ngantuk
 
 sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam
 ni,
 
 bola pun
 
 takde..."...selang seminit  ...dengar suara papa
 
 berkeruh...dah agak
 
 dah....
 

 
 So?....apa yang peliknya..??
 

 
 Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE
 
 BANYAK KERJA NAK
 
 KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
 

Wednesday, January 21, 2009

jamil....jamil...

salam~ 
kisah ni terjadi beberapa minit yang lalu sebelum ana tulis post ni...
dok tengah usha2 blog tiba2 ada orang ketuk pintu...
mula2 ana cuak la juga...
tapi pergi jugakla bukak pintu...
rupa2nya uzair sepupu ana...
"kak najwa...tangan jamil tekapit bawah almari...x leh bawak kuaq"
2 lah yg uzair bagi tau....dengan muka cuaknya...
"ayah ngan umi mana?"tanya ana...
"depa kuaq"umar dik uzair bg tau
ana masuk bilik ambik tudung...
ana pown dgn adik ana yg kembaq pon pergilah umah pak cik ana
yg hanya terletak x sampai pon 50 meter...
dari umah ana
uzair pulak g uamh mak teh ana yg hanya 
sebelah umah ana...
almaklumlah....
duduk dalam family area...
rumah semua sebelah menyebelah...
siap x dak pagaq yg memisahkan lagi....
sampai ja kat umah pak cik ana...
kelihatanlah pak cik ana yg baru balik dari kedai
tengah berusaha menarik keluar
tangan anaknya....jamil....
dalam dok tarik 2 boleh buat lawak lagi....
yg jamil 2 pulak....
boleh buat muka poyo g....
macam x dak fill ja....
last2 berjayalah jugak tangan itu d tarik kembali....
kami semua pakat dok gelak kat jamil....
sebelum balik ana sempat cakap dengan jamil....
"2 lah jamil tangan besaq lagi...
kan dah tersepit!!!" hahahah
dengan muka selambernya jamil senyum...
hak3....
jamil2.....
itulah kisah yg terjadi kpd sepupu ana...
AHMAD JAMIL KHIR...
yg tinggal d TAMAN HAJI AHMAD JAMIL......
hehehehe

~WAJAH DAN HATI YG CANTIK~

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Info yang boleh dikongsi bersama kawan2.
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam
kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

-APABILA SEORANG BAYI SIAP UNTUK DILAHIRKAN-


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'
'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam
jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama
malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang
gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang
silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu.'




-NILAI TUDUNG SEOORANG WANITA-


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.


Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.


Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.


Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untukmasuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.


Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.


Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.


Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.


Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.


Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian

Saturday, January 17, 2009

aku terima nikahnya....



alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah memberi kesempatan kepada ana untuk menghabiskan pembacaan buku ini...ana masih ingat lagi apa yang mak cik ana cakap masa dia nampak ana pegang buku nih...

   "ai najwa abis spm terus baca buku aku terima nikahnya!!!" kata mak cik ana sambil saudara yg lain ketawa...sebenanrnya ni bukan buku ana tapi buku sepupu ana....syukran jazilan akh umair....

hahah ramai yg ingat hanya pasangan yg nk mendirikan rumah tangga shj boleh baca buku nih...tapi sebenanrnya buku ini baik utk d baca oleh sesiapa shj...ia berkisar ttg kekeluargaan dan rumahtangga

buku nih banyak mendedahkan realiti yg terjadi dalam masyarakat kita sekarang dan tahniah kpd abu saif krn berjaya menulis buku ini utk tatapan semua muslimin....dan syukran juga kerana berkongsi pengalaman hidup bersama pembaca...

kepada semua muslimin dan muslimat ana sarankan untuk anda semua utk baca buku nih....anda semua x kan rugi kalau membacanya......dan buat muslimin dan muslimat yg tengah bercinta bacalah buku ini!!!!!

Sunday, January 11, 2009

save palestine...


it has been 16 days for PALESTINE being attacked by the stupid ISRAEL.... since 27 disember 2008 until now....the situation there being worst day to day.....children that still don't understand the meaning of live being shoot everywhere....ASTAGHFIRULLAHALAZIM..... PALESTINEnow has been the land of JIHAD....ALLAHUAKABAR......all the blood that came out from our relative at PALESTINE is the blood of JIHAD....SUBHANALLAH......as the Muslim at MALAYSIA....we must help them to fight with the ISLAM'S enemies.....it's difficult for us to go there now....but we can do so many things from here for them....many mosque had started doingsolat hajat and qunut nazilah....and don't forget doa is the most important thing...pray for them....insyaallah Allah will help His religion Islam.......










Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 7, 2009

dial0g antara ayam dan lembu??


> Ayam  :     Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
> Lembu :     Kenapa kau kata macam tu?
> Ayam  :     Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
> Lembu :     Hah! Buat apa pulak?
> Ayam  :     Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
>                tiga ekor.
>                Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
>                Tapi manusia
>                ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
>                telor aku,
>                macamana aku nak dapat anak!
> Lembu :    Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
> Ayam  :     ?? Maksud kau?
> Lembu :     Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
>                 bunuh diri pun ada.
>                 Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
>                 pun tak pernah
>                 panggil aku MAK!
> Ayam  :     ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

must read~

Three imams were walking down a street talking, when a very beautiful young muslimah walked past. They all turned their gaze to the floor as she walked past.
The first one slowly shook his head and said: "mashallah, mashallah.."
The second one also shook his head and said: "subhanallah, 
subhanallah.."
The third one look towards the sky and said:" INSHALLAH, INSHALLAH!!"

--------------------------------------------------------------------------------
 
A very beautiful woman was walking on the roof of a building and she suddenly trips over something and falls down. On her way falling down, an American man catches her, she says: "Oh thank you, you saved my life, I'll do ANYTHING for you..."
The man says: "Okay then, sleep with me."
She says : "You PIG!! NEVER!!"
So he says "FINE!" and he drops her down....
So she's falling and screaming..........................
Suddenly a German man catches her in the air from his balcony, she says, "Oh thank you, you saved me, I'll do anything that you ask..."
The guy says : "Fraulein, sleep with me."
She replies: "Oh you nasty pig!!! NEVER!"
So the man says : "Fine!!!" and he also drops her down again.
She's falling and thinking that it was better if she slept with one of those men and now she's going to die.
Suddenly, a Muslim man catches the woman from his balcony, she says : "Oh thank you, you saved my life, I'll SLEEP with you!!"
The Muslim man replies : "Astaqfirullah!" and he drops her.


--------------------------------------------------------------------------------
 

muslim joke...

Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have some fun, started talking loudly.
"My boss is sending me to Saudi Arabia", the one said, "But I don't want to go...too many Muslims there!"
The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable.
The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan 
but I refused...WAY too many Muslims!"
Smiling, the first man said, "One time I was in Iran but I HATED the 
fact that there were so many Muslims!"
The couple fidgeted.
The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away 
from them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"
The Muslim couple glanced over their shoulders, noticeably irritated.
The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why 
you'll never see me in Indonesia...WAY too many Muslims!"
At this, the Muslim man turned around. "Why don't you go to Hell?” he asked.  "I hear there won't be very many Muslims THERE!"

Friday, January 2, 2009

rindunya....

tiba2 ana rindu pulak kat satu tempat nih....tempat di mana selalu solat berjamaah...lepas isyak baca al mulk...petang2 ada tazkirah....lepas 2 ada halaqah di bahagian puteri....kadang2 ada kuliah subuh.....ada usrah....ceramah.... lepas tazkirah petang dengarlah kumpulan ikhwanul muslimin berlatih nasyid...... hak3..kadang2 marahla jugak tapi dah keluar ni rindu pulak...tempat nih masa nak exam mmg tumpuan ana untuk study..sebab tenang sangat...kadang2 except prep pown kat sini gak.....what to do...dah kat kls bising sgt.... heheheh....rindu giler.... tempat nih..... surau seratas yang sangat indah.... masa last day kat seratas dulu...nilah tempat last yang ana pergi...onthe way nak ke surau masa 2....tiba2 ana rasa sedih sangat....ana x sedar tiba2 I'm crying....wwwaaaaa masuk dlm surau budak2 teknikal pu3 tgh baca al mathurat...sedih sgt nk tinggal diorang..tapi nak buat mcm mana time 4 me asa a seratas student only unti that time...an I've to go....ana pergi kat sorang2 pelajar pu3 dan cium diorang sorang2....waaa...kitorang menangis giler masa 2....hanya tuhan yang tahu.....

tapi insyaallah satu hari nanti I will come not as a SERATAS student anymore but as a daie....to continue the da'wah here...

FITRAH MENJADI FITNAH


Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.

Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

Rasa Cinta Tak Salah

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.

Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.

Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu,akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki danperempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet!

 

Putus Cinta                                   

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah........................................... Jaga Iman, Hiasi Amal..

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive