Thursday, April 30, 2009

AL FATIHAH

Assalamualaikum...
post ini ditujukan khas buat sahabatku 
hibatullah rashid
takziah di atas kembalinya ayahanda beliau ke rahmatullah..
diharapkan agar bib sekeluarga tabah menghadapi 
ujian ini..

 
“semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”
“semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”

AL FATIHAH....

Wednesday, April 29, 2009

HAWA BACALAH

*Khusus untuk renungan dan hisbah semua, semoga Allah meletakkan secebis hidayah-Nya ke dalam hati kita.

--------------------------------------

Hawa,

sedarkah engkau sebelum datangnya sinaran iman? Dizalimi, dicerobohi, ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata mereka, engkau hanya alat untuk memuaskan hawa nafsu.

Tetapi kini, apabila rahmat al-Quran menyelubungi alam, apabila as-Sunah gemilang cahayanya, darjatmu diangkat, maruahmu dipelihara, dihargai dan dipandang mulia, sehingga tiada hiasan yang terbaik di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai hawa,

kenapakah engkau tidak menghargai nikmat ini? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? Kenapa masih ngilu mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was mematuhi perintah-Nya?

Wahai hawa,

tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia. Sedarlah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan insan hebat persis para sahabat dan ahlul kitab. Kau bisa mengegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tetapi hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan adam dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan.

Wahai hawa,

seandainya engkau masih muda remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Seandainya sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suaminya. Seandainya seorang ibu, didiklah anakmu sehingga mereka tidak gentar untuk menjunjung titah perintah Allah jalla wa ‘ala di muka bumi-Nya.

Duhai hawa,

andai engkau belum berkahwin, janganlah risau akan jodohmu. Ingatlah bahawa janji tuhan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik itu benar. Jangan menggadaikan maruah  semata-mata seorang lelaki, jangan disarung pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, hakikatnya bukan memancing hati tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya, tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlak, peribadi, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana khuatir akan memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain-main dengan cinta, kerana mengerti apakah matlamat sesebuah hubungan antara lelaki dan wanita, yakni perkahwinan.

Oleh itu hawa,

jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, dan cukuplah sekadar cinta keluarga yang akan mewarnai hidupmu.

Hawa,

cintailah Allah dikala susah dan senang kerana dengan taufik dan inayah-Nya, kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah, cintailah ibu bapamu, disinilah letaknya keredaan Allah.

Hawa ,

ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredaan ilahi, dan jangan dibiarkan ianya menggoncang keimanan kaum Adam ‘alaihissalam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.



P/S:petikan dari Halaqah.net

Saturday, April 25, 2009

FAEDAH MENUNDUKKAN PANDANGAN~

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma'rifat kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

Friday, April 24, 2009

GAMBAR REUNION

6 cemerlang 2003...tapi tak semua ada...


pelajar lelaki yang datang


ni saja pelajar perempuan yang datang


makanan yang banyak


Saturday, April 18, 2009

REUNION 6 CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK GELUGOR 2003

Assalamualaikum....

Penat tapi gembira.Perasaan yang dapat ana gambarkan sekarang. 2.30 petang ana,aisyah dan nani bertolak ke rumah asiff dan di hantar oleh ummi. Terkejut sangat sebab di sambut oleh budak-budak lelaki darjah 6 Cemerlang 2003 dulu.Boleh pulak tegur ana....Najwa lama gila tak jumpa ko...huhuh..Semua muka dah lain. Hati tertanya-tanya mana budak perempuan? Masuk dalam rumah ada lah beberapa orang budak perempuan.Kemudian makan-makan.Kemudian sembang-sembang.Topik utama mestilah pasal matrik.

NAJWA-MATRIK ARAU PERLIS
ZUN-MATRIK ARAU PERLIS
AISYAH-MATRIK PAHANG
NANI-MATRIK PONGSU SERIBU PENANG
ASIFF-MATRIK CHANGLUN KEDAH
SYAHMI-MATRIK PONGSU SERIBU PENANG
ZAIM-MATRIK NEGERI SEMBILAN

YANG LAIN2 X SEMPAT NAK TANYA...

Sempat bersembang dengan syahmi ex star,asiff ex-smap kajang.zaim ex-kisas dan budak2 perempuan yang lain...

pastu nak ke dapur balik tapi tiba-tiba kasut hilang...hahahah rupanya akmal yang amik..bawak sorok atas pokok...gila perangai budak-budak macam darjah 6 dulu still ada...hehheh...lepas tu tangkap gambar ramai-ramai sebab tak tau bila nak jumpa balik.....then bila nak balik zaim dan mussodiq hantar naik kereta mussodiq...laju gila mussodiq bawak nak bangga lah tuh dah dapat lesen...hmm gambar nanti ana masukkan..asiff tak hantar lagi...

moga-moga boleh jumpa lagi ex 6 Cemerlang sktg tahun 2003....

WANITA PENARIK LELAKI KE NERAKA

Assalamualaikum  wbt.

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.  Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila  seorang suami  tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum  lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. 

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Wassalam. 

Sunday, April 5, 2009

PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...


p/s: masyaAllah...kepada muslimah-muslimah sekalian...marilah sama-sama kita membentuk kembali diri kita...kearah yang lebih dicintai Allah S.W.T

Friday, April 3, 2009

siti dan dato' K bertemu dengan tok guru...

Siti Nurhaliza, Dato' K temui Nik AzizSalmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Apr 02, 09 | 7:34:54 pm MYT

KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengunjungi hormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.

Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Pada pertemuan tersebut Datuk K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar. - mj


TAGGED FROM AIDA

TANDA

1.Tanda2 kamu bad mood?
.diamkan diri...

2.Tanda2 kamu marah?
.hati bergegar!!

3.Tanda2 kamu sinting?
.benda nih??

4.Tanda2 kamu malu?
.muka jadi blusing....

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
.diam dan buat tak tau ja...

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
.nangis sorang2

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
.senyum saja...


APA

1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
.biru.

2.Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping?
.tak....malas nak jalan2...

3.Apakah kamu percaya love at first sight?
.yup

4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
.p makan mee goreng basah...

5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
.bosan....


BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
.5 mac 1991...lepas subuh...(ada kali kedua ka??)

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
.jumpa kawan2 balik dan kumpul satu family...

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
.tak ingat dah...

4. Bila kamu akan married?
- tak taulah..esok lusa kot..jodoh di tangan Allah...

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
.buat tak tau saja...malas nak layan

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
.Alhamdulillah..ciptaan Allah...

3. Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
.patah tumbuh hilang berganti~

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
-ramai lagi yang suka...tapi cuba buat abaik dengan diala...x bek musuh2 nih..

5. Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api?
-lari....

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
-Allah ada...


SIAPA YG ingin di tagged~

.ijat.

.fung.
.aleiff.
.zufar
.fitrah.
.una


p/s:ni tandanya ana tengah bosan nih..jawab tagged saja....huh

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive