Saturday, June 13, 2009

TUJUAN HIDUP

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kasih sayangnya dapat lagi sekali ana berkongsi sedikit ilmu dengan antum semua.Pertama sekali ana panjatkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi ana peluang untuk menuntut ilmu di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Sesungguhnya berada di UIA ini ana dihidangkan dengan majlis-majlis ilmu yang cukup banyak. Namun bergantung pada diri sendiri sama ada ingin menyertainya ataupun tidak.Ana ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz di UIA ini yang bertajuk 'TUJUAN HIDUP'.




Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
(Surah At Tiin 95:4)

Bertapa beruntungnya manusia kerana diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Dikurniakan aqal oleh Allah untuk menilai yang hak dan yang batil. Haiwan serta makhluk-makhluk yang lain tak dikurniakan keistimewaan begini. Cuba kita bayangkan, Allah ciptakan tanah untuk siapa? Adakah untuk haiwan? Tak, tapi untuk manusia bercucuk tanam,membuat tempat tinggal dan bermacam-macam lagi. Subhanallah pemurahnya Allah.




Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Surah Al Baqarah 2:34)

Setelah Allah ciptakan moyang kita Adam, Allah memerintahkan malaikat dan iblis tunduk dan hormat kepada Adam. Ini menjelaskan bahawa kita ini makhluk Allah yang sangat istimewa. Allah ajarkan Adam tentang nama-nama benda namun tidak kepada malaikat dan iblis.

Allah juga mengangkat manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Untuk mendaulatkan agama Islam. Untuk memakmurkan bumi ini. Untuk beribadah kepada Allah.



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

(Surah Al Baqarah 2:30)

Allah tiupkan roh kedalam diri manusia. Sedangkan malaikat dan iblis tidak di tiupkan roh. Ini membuktikan lagi bertapa istimewanya manusia.



Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(Surah As Sajadah 32:9)

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive