Thursday, July 16, 2009

BELAJAR DARI PARA WALI



Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan rasa cinta dan sayangNya, Allah bagi kesempatan kepada ana untuk meneruskan catatan ana di sini. Pertamanya ana mohon maaf kepada semua pembaca, kerana dah lama tak mencatatkan sebarang catatan di sini. Sesungguhnya ana terlalu sibuk di bumi CFS ni.

Baiklah,catatan kali ini ana nak kongsi dengan sahabat semua tentang sebuah buku yang sedang ana baca walaupun sedang dalam jihad untuk peperiksaan. Hehehhe.... Biasala tu kalau sahabat yang kenal diri ana ni mesti tau sikap ana yang pantang pergi kedai buku...




Belajar Dari Para Wali

Susunan: Ustaz Wan Ji Wan Husin
Pandang Sisi Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga: RM 19.00
Halaman: 249

Subhanallah...Buku ni menceritakan tentang kisah-kisah yang di hadapi oleh wali-wali Allah dan menceritakan juga bertapa mereka ini ikhlas memohon sesuatu dari Allah. Tahap cinta mereka kepada Allah sangat tinggi dan kuat. Buku ini menceritakan bagaimana wali-wali Allah ini berhadapan dengan masyarakat keliling dan bagaimana mereka diterima oleh masyarakat. Rasanya tak cukup kalau sekadar membaca apa yang ana tulis. Jadi sahabat semua ana syorkan dapatkanlah buku ini. Moga kita dapat belajar dari kisah-kisah mereka...

Wallahualam....

2 comments:

ImAn EiQyN said...

salam ukhti....btul..org yg dekat dgn illahi ni sering mnjd bhn mainan org kafir...hanya krn iman dan cinta kpdNYA yg mampu menindas musuh islam ni...syukran ukhti...tp kat tmpt ana ni sh sikit nkdpt buku camni...hihih...x nk sendkan ke..?

najwa_hamali said...

wasalam...InsyaAllah kalau anti nak..nanti ana send kan...bagi lah alamat pada ana... :)

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive