Friday, July 31, 2009

PERISTIWA PERTUKARAN KIBLAT


MASJID AL AQSA-KIBLAT PERTAMA

KA'BAH -KIBLAT KEDUA

Assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah Allah gerakkan hati ana untuk berkongsi sesuatu dengan antum semua. Kita sudah masuk ke dalam bulan Sya'ban. Dan insyaAllah Ramadhan yang kita rindui akan menjelma. Sya'ban juga di kenali dengan bulan Rasulullah S.A.W..

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku dalam bulan Sya'ban adalah peristiwa pertukaran kiblat (dari mana ke mana ek??). Allah telah mengarahkan Nabi Muhammad untuk mengubah kiblat umat Islam dari Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis ke Ka'bah di Mekah. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 2 Hijrah

Menurut hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat Al Bara' bin Azib:" Selepas Rasulullah sampai di Madinah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan baitul Maqdis selama 16 @ 17 bulan. selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu untuk menukarkan kiblat tersebut ke Mekah. peristiwa ini berlaku dalam Masjid Qiblatain (sebab tulah masjid ni nama masjid qiblatain..sebab ada 2 kiblat) dan berlaku pada waktu Asar.

Tapi pertukaran kiblat ni menjadi isu besar di Madinah sebab orang Yahudi memperlekehkan dakwah Rasulullah lalu Allah turunkan ayat 142 dari surah Al Baqarah:

Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.



No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive