Monday, August 31, 2009

ek ana badar lagi ke???? kan ana dah habis sekolah??


salam...

sedang ana rancak membaca novel tiba2 handphone ana bergetar menandakan ada message masuk...

"assalamualaikum..
maaf sekiranya message ni mengganggu ukhti di sana...
ukhti...kenapa ukhti mendiamkan diri?
adakah ana sudah melakukan sesuatu yang mengguris hati ukhti?
khabarkan kepada ana supaya ana tak tertanya2...
ana mahu ukhti tahu..
ana sangat rindukan kata2 nasihat dari ukhti...
kata2 nasihat dari ukhti pernah menaikkan semangat ana satu ketika dulu...
namun kini ana lemah tanpa kata2 itu...
ana terus bertanya kenapa ukhti terus berdiam diri??
ana juga nak ukhti tahu...
ana sangat2 rindukan ukhti...

~adik SERATAS~

ana terkesima membaca message itu...berfikir untuk satu masa yang lama. apa yang ana dah lakukan? kenapa ana tingglkan adik2 di seratas terkontang-kanting setelah tarbiah di berikan...adakah taklifat sebagai BADAR hanya berjalan semasa ana memegang jawatan itu sahaja??? diri ini tersedar bahwa tanggungjawab sebagai BADAR bukan hanya di sekolah tapi di mana2 saja...

diri tersedar bahawa tanggungjawab ana untuk adik2 seratas baru bermula apabila ana melangkah keluar meninggalkan seratas...gerak kerja tarbiah perlu semakin aktif walaupun ana semakin sibuk dengan taklifat2 baru di UIA...namun adik2 tak boleh dilupakan..tarbiah perlu diteruskan...

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya
dan tidak ada rasa takut pada mereka
dan mereka tidak bersedih hati..."
(Al Baqarah:112)

Subhannallah..takjub dengan kalam Allah..ana merasakan Allah seolah-olah berbicara direct dengan ana... ana jalankan tanggungjawab dakwah sepenuhnya kerana Allah walaupun diri ini tak sempurna...ana seringkali merasa takut akan suntuknya masa untuk study untuk menjalankan taklifat yang di amanahkan..namun Allah memberi jaminanNya bahawa jika kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah nescaya tidak akan ada rasa takut dan sedih dalam hati kita....subhanallah Rahimnya Allah...

buat adik2 di seratas..maafkan ana yang lemah ini..diri ini kan berusaha untuk meneruskan tarbiah di seratas untuk kalian kerana Allah... walaupun ana tak berkesempatan untuk balik ke sekolah namun insyaAllah ada bahan2 yang akan dikirimkan untuk santapan hati kalian...moga2 Allah membantu kita dalam proses pentarbiahan ini...

Monday, August 24, 2009

KELAS BIO~


assalamualaikum...

As usual bio class at monday will start at 8.00 a.m.. Since this is month of Ramadhan I hope that I will not feel sleepy in class (ye la kan syaitan semu
a kena ikat so tak der yang nak gayut kat mata). Unfortunately...my friends and I also felt sleepy..hmmm what to do?? that's meant it's from ourself. Right??

betul..betul..betul
We should controll it...HOW??
Sudenly I remembered.. I brought tasbih in my beg....
Then I used it.subahanllah..allahuakbar.....Alhamdul
illah not sleepy anymore..then passed it to the person next to me..Irah..alhamdulillah will not sleepy anymore....

So as the conclusion if at the other month we feel sleepy we can eat sweets..but in Ramadhan we can do something else...bring our tasbih and do zikir... insyaAllah you will not fall in sleep and also can top up your pahala....

REMEMBER!! no syaitan in Ramadhan..so don't replace their jobs... try our hard to be the best we can in this holly month...

Sunday, August 23, 2009

PERISTIWA 1 RAMADHAN 1430H

assalamualaikum.....

tarikh: 1 Ramdhan 1430 H / 22 Ogost 2009
tempat: kem PDS Port Dickson
masa: 10 pagi

ada seorang hamba Allah ni keluar dari dewan selepas selesai sesi tangkap gambar untok program Nuqaba' training/fasilitator training/FASTRAIN...kerana asyik sangat melihat peserta-pesrta lain tangkap gambar...tak sedar kat depan ada satu longkang kecik...

'bam'...jatuhla dalam longkang...(kaki ja jatuh)...terseliuh kaki..peserta muslimat lain datang tolong...tapi hamaba Allah tu boleh tersenyum lagi di pagi 1 ramadhan dan mengatakan bahawa masih boleh berjalan normal..tak perlu di papah..kat bilik boleh tendang2 lagi kaki tu..(aktiviti silat yang di ajar utnutk kuatkan kaki)..asma' dah pesan.."la ni memangla tak sakit najwa oii...sat gi hang rasa la sakit dia"..tapi hamba Allah tu hanya senyum...


tempat: asrama kem pds
masa: 1 petang..

"asma..awt kaki ana dok berdenyut-denyut nih??'" tanya hamba Allah tadi...."ha tu lah tadi dok urutla..sepakla.. la ni baru rasa.." kakak2 comitee pun datang bagi ubat dan bandage...beg semua di bawa mereka ke dalam bus...jalanlah hamba Allah tu terhincut-hincut ke dalam bus untuk pulang ke CFS IIUM tercinta....alhamdulillah kejadian ni jadi end of program...sempat rasa semua aktiviti...

p/s: setiap yang terjadi ada hikmahnya..ni adalah ujian kecil di awal Ramadhan...moga diri ni terus istiqamah dengan amalan di bulan Ramadhan...


Sunday, August 9, 2009

NIKMAT YANG TAK TERDUGA

Assalamualaikum

Alhamdulillah 3x.....Allah masih sayang dekat kita semua.Allah masih bagi kita kesempatan untuk hidup di bumi Allah ni. Allah masih bagi kita peluang untuk menghirup oksigen. Sangat banyak nikmat yang Allah berikan pada kita kan??.

Ok cukup...hari ni ana nak citer pasal pengalaman seharian ana pada hari sabtu....(kemarin)...banyak yang berlaku secara kebetulan dan semua tu nikmat Allah...

paginya kakak usrah ana kak tasya ajak turun riadhah di court zc. ingatkan saja2 nak menghirup udara sambil berusrah...so ana turunlah pakai baju sukan + sandal... :)

'la ateh (gelaran usrah ana) awat pakai kasut sandal?? camna nak main nih..' tulah yang along tasya (kak usrah analah) cakap...heheh pakat gelak kami kat situ....kak farah pown ada..5 minit tunggu yang lain semua tak turun..semua ngantuk...yang ada 4 orang ja...ana..along..achik dengan kak farah..so kami pun warm up...pastu main nettball even 4 orang ja..(boleh bayangkan x???)....2 lawan 2...ana geng ngan acik..so kami buli kakak2 kami..for sure la group ana menang... heheh :) sorry along..

dalam dok main 2..rupa2nya ada hisbah yang nak guna court nak buat tournament futsal...tapi group x cukup..yang turun cometee hisbah ja..so kami as pemain yang sangat profesional..(perasan gila)..di jemput untuk lawan dengan team cometee...bincang punya bincang..kami terima atas beberapa sebab...yang utamanya sebab ada refreshment..(save budget tok breakfast)..hehehhe alhamdulillah

bermulalah perlawanan futsal antara 2 group..(yang berlagak pro)....riuh satu court to..alhamdulillah tak dak brother...lepas 5 minit main..satu gol pon tak dak g...macam2 yang jadi..pegang bola guna tanganla...macam2 ada...barulah paham kenapa Allah tak jadikan ni permainan utama orang perempuan...sebab memang payah...

break 5 minit...

sambung balik main...main2 punya main...gelak ja banyak...ada yang jatuh..ada yang ala2 zidane..tapi at last satu gol pon x dak... :')..so buat penalti sebab nak cari winner...alhamdulillah berkat pro yang allah bagi pada diri...(ish x abis2 lagi nak promote dirikan) heheh berjaya sumbang gol utk group...muslimat power!!!! tapi dua2 group seri...so dah malas nak main sebab dah pukul 9 pagi...kami pon berenti...then ada penyampaian hadiah..alhamdulillah dah la dapat makan..dapat hadiah g...(alhamdulillah)

ok stop citer main...citer lain pulak...

balik dari library...ana dengan acik keluar gi masjid india lepas asar..ni semua on the spot...tak rancang pown nak kuar...plan utamanya nak p DQ ngan Asma' ..nak tengok depa konvo..tapi x leh p sebab Asma' ada kursus jawab soalan under HMS...kak Farah ajak p ngan dia..tapi rasa berat hati pulak nak p sebab asma' tak dak..sian kat asma;..so tak p lah...

kenapa tiba2 citer pasal benda lain nih??

ok back to the true actual story...

niat asal kuar ngan acik...nak cari kain nak buat tudung....bila smapai masjid india..orang punyala ramai..kami pun jalan2 cari kedai...tapi x jumpa kedai yang jual kain...

tapi!! ana jumpa satu kedai yang buatkan hati ana terpaut...kedai buku agama...disebabkan diri ni Allah kurniakan dengan perasaan cinta dan suka pada buku...bila jumpa kedai buku ja..mesti excited..so kami masukla kedai tu..banyak sangat buku dia...tertarik dengan dua buah buku nih...tajuk dia..MUJAHID CINTA dan satu g tak ingat..so cakap kat acik macam mana nih...kalau ikut hati nak borong satu kedai..then lepas bermusyawarah di tengah kedai dengan acik...(macam kedai tu kami punya pulak)..keputusan diambil...ana beli buku MUJAHID CINTA dan acik pulak beli buku satu g..nanti boleh tukar2..rasa sedih pulak bila keluar dari kedai buku tu...(luah perasaan pulak)..hhuhu..tak pa insyaAllah ana p lagi..hehhe..

perjalanan diteruskan dengan misi utama nak cari kain nak buat tudung..tapi lastnya..tak jumpa...so berenti solat maghrib kat masjid sebelah bazar...jumpa dengan sorang budak kecik ni..nama dia maryam..comei sangat....(sempat p cubit pipi dia lagi)...leps maghrib kami teruskan pengembaraan kami p cari makan..then makan capati kat kedai mamak...sambil membungkus mee goreng dan keow teow goreng..(betul x eja??)..pastu naik lrt...balik....

eh sebelum tu..sempat p beli stokin kat along...sebab stokin along terkoyak masa main futsal tu..hehhe tak bagi lagi..apa reaksi along ha??

sampai kat uia dalam pukul 9 malam lebih...p musolla solat dulu..makan2 then baru naik bilik...


p/s: macam2 dapatkan..walaupun semua tu kebetulan..tapi semua ada hikmah...main futsal..shat tubuh badan..then Allah bagi makan lagi..alhhamdulillah..sambil kuatkan ukhwah..jalan2 kat masjid india...dapat tenangkan fikiran yang stress dengan study..even x dapat apa yang dicari..Allah ganti dengan satu yang lebih baik..BUKU...

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(al baqarah: 216)


Friday, August 7, 2009

MAHKAMAH BERDARAH~ DR MARWA EL SHARBINI

Assalamualaikum...

Dah lama nak update blog tapi masa tak mengizinkan. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan melebihi masa yang ada. Namun Alhamdulillah, se infiniti kesyukuran ana ucapkan ke hadrat Allah S.W.T. dengan kasih sayangnya, ana masih diberikan kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan antum semua.

Ana nak menceritakan tentang suatu tragedi yang sangat menyedihkan. Dan ana pasti ramai yang tidak tahu tentangnya kerana tragedi ni tidak di ceritakan dengan hebat oleh media seperti mana mereka menyiarkan tentang kematian raja pop terkenal dan jugak pengarah filem terkenal.
Tragedi ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu di Jerman. Dr Marwa El Sharbini, seorang wanita yang berketurunan mesir mengikut suaminya ke Jerman untuk menyiapkan PHD nya. Pada suatu hari, beliau membawa anaknya Mustopha yang berumur 3 tahun ke sebuah taman permainan untuk bermain pada waktu petang. Namun tiba2 ada seorang pemuda German
menjerit ke arahnya dengan perkatan kesat seperti "pelacur,pengganas" yang tidak dapat beliau terima. Ada juga yang mengatakan bahawa tudungnya di rentap oleh lelaki berkenaan.

Dr Marwa El Sharbini memfailkan kes ini ke mahkamah dan Alhamdulillah beliau menang. Pemuda tersebut di denda sebanyak 780 euro. Pemuda tersebut tidak puas hati lalu mengeluarkan pisau dan menikam Dr Marwa sebanyak 18 kali. Suaminya yang hendak menyelamatkannya di tembak oleh pihak polis kononnya kerana salah sangka.

Dr Marwa yang ketika itu mengandung 3 bulan meninggal di mahkamah tersebut. Suaminya pula masih dalam keadaan kritikal. peristiwa ini turut di saksikan anaknya Mustopha yang masih berusia 3 tahun.

Berita ini tidak mendapat liputan luas dari media barat. Pembunuhan ni seperti dirancang. Adakah dapat kita terima dalam masa yang lama untuk pemuda itu menikam Dr Marwa sebanyak 18 kali!!!!! tidak ada tindakan yang di ambil oleh pihak mahkamah pada ketika itu...

Semoga roh Dr Marwa berbahagia di sana. Dan semoga semangat jihad beliau dalam mempertahankan Hijab meresab ke dalam diri kita dan semoga kita berbangga dan bersyukur dengan Hijab yang Allah kurniakan.



Saturday, August 1, 2009

TESTIMONI ANAK SEORANG TAHANAN ISA


Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.


Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....


Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.


Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.


Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.


Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...


Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.


Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....


Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.


Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.


Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...



*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview



SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive