Friday, August 7, 2009

MAHKAMAH BERDARAH~ DR MARWA EL SHARBINI

Assalamualaikum...

Dah lama nak update blog tapi masa tak mengizinkan. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan melebihi masa yang ada. Namun Alhamdulillah, se infiniti kesyukuran ana ucapkan ke hadrat Allah S.W.T. dengan kasih sayangnya, ana masih diberikan kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan antum semua.

Ana nak menceritakan tentang suatu tragedi yang sangat menyedihkan. Dan ana pasti ramai yang tidak tahu tentangnya kerana tragedi ni tidak di ceritakan dengan hebat oleh media seperti mana mereka menyiarkan tentang kematian raja pop terkenal dan jugak pengarah filem terkenal.
Tragedi ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu di Jerman. Dr Marwa El Sharbini, seorang wanita yang berketurunan mesir mengikut suaminya ke Jerman untuk menyiapkan PHD nya. Pada suatu hari, beliau membawa anaknya Mustopha yang berumur 3 tahun ke sebuah taman permainan untuk bermain pada waktu petang. Namun tiba2 ada seorang pemuda German
menjerit ke arahnya dengan perkatan kesat seperti "pelacur,pengganas" yang tidak dapat beliau terima. Ada juga yang mengatakan bahawa tudungnya di rentap oleh lelaki berkenaan.

Dr Marwa El Sharbini memfailkan kes ini ke mahkamah dan Alhamdulillah beliau menang. Pemuda tersebut di denda sebanyak 780 euro. Pemuda tersebut tidak puas hati lalu mengeluarkan pisau dan menikam Dr Marwa sebanyak 18 kali. Suaminya yang hendak menyelamatkannya di tembak oleh pihak polis kononnya kerana salah sangka.

Dr Marwa yang ketika itu mengandung 3 bulan meninggal di mahkamah tersebut. Suaminya pula masih dalam keadaan kritikal. peristiwa ini turut di saksikan anaknya Mustopha yang masih berusia 3 tahun.

Berita ini tidak mendapat liputan luas dari media barat. Pembunuhan ni seperti dirancang. Adakah dapat kita terima dalam masa yang lama untuk pemuda itu menikam Dr Marwa sebanyak 18 kali!!!!! tidak ada tindakan yang di ambil oleh pihak mahkamah pada ketika itu...

Semoga roh Dr Marwa berbahagia di sana. Dan semoga semangat jihad beliau dalam mempertahankan Hijab meresab ke dalam diri kita dan semoga kita berbangga dan bersyukur dengan Hijab yang Allah kurniakan.



1 comment:

pintot said...

isy3....
bongok pnye mahkamah...!!
bengong...!!
bolllloow gell..!

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive