Tuesday, September 29, 2009

saya akan bertunang....


salam...

pasti ada yang terkejut bila membaca tajuk post terbaru saya ini dan dengan cepatnya klik ke blog saya untuk tau kisah selanjutnya kan??? jadi di harapkan semua rileks di tempat duduk masing-masing... :)

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya post topik ni?? sejak berapa bulan ni..saya didatangi dengan 'sms2' aneh yang menanyakan kesahihan berita yang mereka dengar...apa berita tu???? berita tu menyatakan bahawa saya dah dirisik dan dah bertunang.....tersenyum dan tergelak bila saya mendengarnya...kenapa???

jadi pada post kali ini saya akan menerangkan segala-galanya...betul atau tidak yang saya dah bertunang??kalau betul dengan siapa???

pada semua rakan-rakan yang mengenali atau tidak mengenali saya...yang ada mendengar 'berita' tersebut..di sini saya nak jelaskan bahawa..........saya....
TIDAK DIRISIK @BERTUNANG dengan sapa2....puas hati???so lepas ni please kalau dengar lagi 'berita' 2 please clear back the story ok...

tapi.....saya akan bertunang juga suatu hari nanti...bila??dengan siapa??di mana?? wallahualam....tapi InsyaAllah semua orang akan mengalaminya....ini semua qada' dan qadar Allah...setiap perjalanan hidup kita dah Allah tentukan sebelum kita lahir lagi....jika panjang umur insyaAllah..tapi belum tahu dengan siapa??? mungkin dengan kamu..kamu..atau kamu...

mungkin dengan ni??? :)

"Maha suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan,...."
(yassin:36)

Friday, September 25, 2009

rindu batch 23.....


salam...
sekarang dah masuk raya ke 6...
budak UIA dah balik..
final dah mula
budak U lain semua still ader kat rumah...
masih dengan family...
tiba-tiba saya rasa sebak...
teringatkan budak2 batch 23...
macam manala korang semua ek??
still macam dulu ka??

aida still happy macam dulu??

alwani suaramu sentiasa dihati...
anas still petah lagi???
semua la....
STILL MACAM DULU???

dulu bila abis raya ja..
bila balik sek mesti bawak kuih raya..
kuih raya mesti berjalan-jalan dalam kelas...
beraya kat sek pulak...
semua happy....
walaupun kita dah dekat nak SPM...
kuih bukan ja jalan dalam kelas...
jalan sepanjang koridor...
rindu...
5 SURIA...
5 KEJORA..
5 MUSYTARI...
5 WARUNA..
5 ZUHRAH..
5 UTARID...

la ni..
semua dah bawak haluan masing2...
walaupun ada yang dok satu U...
tapi still susah nak jumpa....
wakaupun U dekat2..
pun susah nak jumpa..
semua dah busy...

tapi realitinya....
saya still sayang kamu semua....
kita dah macam satu family....
family batch 23.....


p/s:*bila kita nak buat reunion???

Tuesday, September 15, 2009

scout kanak-kanak

salam~

alhamdulillah kita dah melangkah ke fasa terakhir dalam bulan Ramadhan. Sepuluh malam terakhir dan fasa pelepasan dari api neraka..macam-macam perasaan yang ada....gembira sebab nak kejar lailatul qadar...sedih sebab Ramadhan akan berlalu....

ana nak cerita satu peristiwa menarik dan menyentuh perasaan ana yang berlaku sebelum ana sekeluarga ke masjid untuk solat tarawih tadi....

pukul 8.20 ayah ana dah start engine nak ke masjid...
ana dan umi masih dalam rumah..
adik ana yang kembar x nak ikut sebab nak mengimarahkan surau malam nih...
so bila ana keluar dari rumah...ana terkejut....
dalam kereta ayah ana penuh dengan sepupu2 ana yang masih budak2....(7-10 thn)
asma',atiqah,sarah,safwan,fateh....
semua nya ada 5 orang budak2 dalam kereta tu...
kebetulan ayah ana bawak kancil malam nih...
selalunya ayah akan bawak avanza...tapi di sebabkan adik2 x der..jadi bawak kancil...
so ana dudukla dengan sepupu2 ana kat belakang...
naseb baik semua kecik2..hehhe (termasuk ana lah)...
ana rasa kagum...sebab dalam hujung2 ramadhan mereka masih ikut ayah dengan ummi ana ke masjid...

kebetulan ummi dengan abah memang suka budak2...
ye lah..ana adik2 beradik semua dah besar...
so sepupu2 yang kecik2 ni lah yang menggantikan kami d usia kecik..heheh
bak kata mak cik ana..nak tunggu cucu lambat lagi....betul3....

ok back to the story....
bila nak masuk masjid...ana tengok fateh dengan safwan berdiri depan ummi ana...
pelik jugak..kenapa yer??
bila pergi dekat baru ana tau...rupanya diorang baca niat iktikaf depan ummi...
subhannallah....teringat masa kecik2....tarbiah yang sama ummi berikan....
bertapa didikan itu bermula dari kecil...

ana cukup tidak sula bila ada yang menegur bila di bawa anak2 kecil ke masjid....
takut bising dan macam2 lagi..
bagi ana...biasalah tu...
nama pun kanak2...
memang fitrahnya suka membuat bising....
tapi harus di bawa ke masjid...agar sebati hingga dewasa...

hati berasa sangat tenang solat tarawih tadi...mungkin bila melihat semangat sepupu2 yg kecik..
membuatkan ana lagi bersemangat....

ya Allah...jadikanlah kami generasi pejuang agama seperti SULTAN MUHAMMAD AL FATEH....SALAHUDDIN AL AYUBI...kuat kan iman kami..kentalkan hati kami....

Monday, September 7, 2009

dah bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah??

assalamualaikum...dah lama rasanya ana tinggalkan blog ni sampai penuh bersawang...maafla kepada pengunjung2 yang tertanya-tanya tentang post terbaru...sesungguhnya tanggungjawab ada melebihi masa....

pastinya semua orang pernah berada dalam persatuan kan?? tapi sedarkah kita berada dalam persatuan tu merupakan satu proses pentarbiahan....tak kiralah kepada yang memegang mainboard ataupun subcome biasa...yang memegang jawatan diatas bukan sahaja bertanggungjawab untuk mentarbiah yang dibawah tapi juga mesti bersedia untuk ditarbiah oleh yang di bawah...

_____________________________________________________________________

program: GRAND IFTOR MEDCY (GIM)
tarikh: 2 SEPTEMBER 2009
venue: AL MALIK FAISAL HALL...(AMF)

6 hari sebelum program>>

Termenung sebentar sebaik saja ana keluar dari seminar room. Macam-macam perasaan yang datang bila program dicanclekan atas sebab masa yang tak mencukupi untuk buat promotion,jual kupon and submit paperwork. Bila cakap dengan pimpinan 2nd year nampak sangat yang mereka sangat mengharap adik2 cometee 1st year boleh anjurkan program ni. Sebelum start iftor CAC malam tu dengan anak2 yatim cepat2 ana hantar message kepada PM programe GIM. Mengharapkan agar ditimbangkan semula perlaksanaan GIM.

Allhamdulillah dengan satu ayat yang Allah ilhamkan "tak da satu pun yang mustahil untuk kita buat melainkan kita yang memustahilkan dia" berjaya jugak mengubah pemikiran PM untuk continue dengan program. Alhamdulillah ana tersenyum sebab dengan niat nak rapatkan ukhwah sesama MEDCY Allah bukakan jalan untuk kami siapkan kerja dalam tempoh yang singkat. Dan InsyaAllah disamping nak rapatkan ukhwah ana ada agenda lain di sebalik perlaksanaan GIM. HEHEHE...

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar,
dan memberikannya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka...
(At-Talaq:2-3)
____________________________________________________________________

Sepanjang 6 hari bertungkus lumus nak menjayakan GIM. Objektif utama sebab nak rapatkan ukhwah sesama ahli MEDCY dan bagi ana ada satu penambahan lagi. Ana nak tengok proses pentarbiahan berlaku sebelum, semasa dan selepas GIM. Agak2 berjaya x??

Dalam menjalankan program ni banyak perkara yang ana perhatikan. Yang utamanya masalah comunication antara muslimin dan muslimat. Ada yang mengadu susah nak berkomunikasi dan ada jugak yang ana tengok 'terlebih' berkomunikasi.... Hmmm dekat sinilah proses pentarbiahan bermula....nak mentarbiah cometee tentang comunication yang berlandaskan syara'...agak susah dan mencabar tapi alhamdulillah dah berusaha untuk yang terbaik...comunication hanya berlaku bila perlu saja dan alhamdulillah berkat pertolongan Allah semua berjalan lancar dengan ujian2 tersendiri....

Bukan proses mentarbiah saja yang berlaku...tapi ingat!!! proses diri kita ditarbiah juga berlaku...ditarbiah bagaimana nak berhadapan dengan bermacam2 golongan...ditarbiah bagaimana nak handle sesuatu masalah..dan jugak ditarbiah bagaimana nak mentarbiah....cukup la kan...

Pada malam iftor tu alhamdulillah semua berjalan lancar berkat pertolongan Allah. Namun perlu diingat satu perkara!! Proses pentarbiahan bukan berakhir bila program berakhir tapi BARU BERMULA!! jadi dah siap masuk gear semua?? Perjalanan baru bermula.......

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive