Tuesday, October 27, 2009

PENGALAMAN SEMESTER 2

SALAM.

Apa khabar pembaca semua?? Harap semua sihat2 la yer... hari ni najwa nak cerita kisah yang berlaku pada kami bertiga petang tadi...bertiga???

Hari ni saya,Mayam dan Anish ada kelas FIM. Alhamdulillah kami dah selesai buat add drop tadi. So dah dapat group FIM yaitu group 26. Group ni je la yang kami rasa x clash langsung dengan jadual kami walaupun depa semua budak SCIENCE DEPARTMENT sedangkan kami bertiga budak HEALTH MEDICAL SCIENCE DEPARTMENT . Then pukul 1.55 petang kami bertiga gerakla pergi AX 206a tempat kelas FIM kami. Kelas sepatutnya start pukul 2.00 petang. Bila sampai sana tak der sorang hamba Allah lagi pun kat sana. Kami pun masuk dalam kelas and menunggu yang lain.

Beberapa minit lepas tu student yang lain pun sampaila. Diorang semua agak Pelik melihat kami bertiga. Yelakan mau tak peliknya sebab lain department mestila tak kenal. Then ada sorang sisiter ni tegur kami. Dia tanya kami ni 2nd year ke?? Kami pun macam blank kejap. Takkan muka kami ni MATURED sangat kot?? (monolog diriku)..huhuu.. kami pun bagi tau akak tu yang kami ni 1st year. Then kami tanya akak tu pulak dia 1st year ka? Then dia cakap dia 2nd year. Dah..kami dah cuak dah ni...kami silap kelas ke???Tak mungkin kami silap kelas. Masa tu Allah je yang tahu perasaan kami.. Shaking sangat2....Tak sangka pulak kelas kami combine 1st year and 2nd year.

huhu..apa2 pown hari yang sangat macam2...and lastly kami x belajar pon and balik awai sebab ustazh x der..hehhe :)

Wednesday, October 21, 2009

MUHASABAH DIRI


Salam.

Dah lama saya tak update blog ni kan.Mintak maaf sangat-sangat kepada semua. Banyak yang nak saya ceritakan tapi masa tak mengizinkan.

Pengalaman cuti kali ini betul-betul memberi 1001 pedoman buat saya. Saya mempunyai masa untuk kembali MUHASABAH DIRI.Mungkin yang mengenali diri saja tau saya ni ORANG yang macam mana. Saya lebih suka MENDENGAR daripada BERCERITA, lebih suka MEMBACA daripada MENULIS. Ini sikap sebenar saya. Ramai yang bila berjumpa dan berkenalan dengan saya mengatakan,mereka menganggap saya seorang yang sombong pada awalnya. Hakikatnya bukan begitu. Saya mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Mungkin sikap saya yang lebih suka mendengar daripada bercerita menyebabkan ramai yang fikir saya ni seorang yang sombong. Namun kata orang "Tak kenal maka tak cinta". Marilah kita berkenalan agar benih-benih cinta wujud antara kita kerana Allah semata-mata.

Pengalaman sepanjang satu semester di UIA banyak mengajar saya. Mengajar erti ukhwah dan tarbiah dengan lebih mendalam. Di sana saya dipertemukan Allah dengan sahabat-sahabat yang sangat hebat yang sentiasa mendidik dan menyedarkan saya tentang ukhwah fillah. Disana saya diberikan 'adik-beradik' yang ramai yang sama-sama menyulam benih-benih cinta antara kami. Dipertemukan dengan kumpulan usrah yang benar-benar menyuntik baja yang berkesan buat IMAN dalam diri. Alhamdulillah cuti kali ini Allah beri masa untuk saya bermuhasabah.

Disebabkan kesedaran untuk sama-sama membangunkan ISLAM, saya rasa saya mesti BERUBAH. Berubah ke arah KEBAIKAN bukannya berubah ke arah KEBURUKAN. Kini saya semakin bertekad untuk berubah. Berubah menjadi muslimah yang berani bersuara demi Allah dan Islam. Yang berani mempertahankan HAK. Berubah menjadi MUJAHIDAH yang sentiasa di samping MUJAHID. Bergerak seperti muslimah di zaman Rasulullah yang dijanjikan SYURGA Allah. Berubah menjadi seorang muslimah yang TEGAS dalam LEMBUT. Yang sentiasa menjadikan MALU dan IMAN sebagai BENTENG diri.
InsyaAllah saya akan berusaha dan memberanikan diri menyuarakan pendapat saya di mana-mana sahaja selagi tidak bertentangan dengan Syara'. Saya ingin menjadi muslimah yang tidak sekadar mengangguk mengiakan sebarang idea bahkan melontarkan idea untuk membangunkan UMMAT. Saya akan berusaha menebalkan benteng MALU dalam diri saya sesuai dengan tempatnya bukannya malu dalam semua hal namun malu pada tempatnya. Tazkiyatun nafs InsyaAllah diharapkan sentiasa diamalkan agar diri ini dalam landasan yang betul dalam usaha mencapai MARDHOTILLAH.

Ya Allah,
Moga setiap langkahku keranaMU,
moga setiap niatku hanya untukMU,
moga diri ini dikurniakan ketabahan,
setabah Saidatina Khadijah,
dikurniakan kecerdikan,
secerdik Saidatina Aisyah,
dikurniakan kelembutan,
selembut Fatimah,
dan dikurniakan ketegasan,
setegas Sumayyah...
moga pengakiranNya SyurgaMu yang indah,
disertai dengan MARDHOTILLAH...

Wednesday, October 14, 2009

FREE VISITING

Salam.. So long I'm not updating my blog. So 'busy' at home with my ummi bakery. Just come to drop by my ummi's blog. So please make your time free to drop by and don't forget to SPREAD it!!!
Do support!!

Thursday, October 8, 2009

MUSAFIR KASIH


assalamualaikum...

Diharapkan agar pembaca semua sentiasa dalam rahmat Ilahi sentiasa. Dah lama rasanya saya tak mencatatkan apa-apa di sini. Maklumlah bila berada kat rumah ni macam-macam kerja yang nak buat, jadi tak sempat pulak nak menulis. Alhamdulillah malam ni Allah bagi kesempatan untuk saya menulis.

Saya just nak ceritakan tentang perjalanan saya dari Kuala Lumpur balik ke Pulau Pinang semperna cuti sem ni. Perjalanan yang saya namakan MUSAFIR KASIH.Saya balik bersama Husna dengan train. Kami naik dari KL Central. Sedang menunggu di KL Central terserempak pulak dengan Pin. Dah lama tak jumpa pin. Pin kata budak UITM Shah Alam cuti jugak. Tapi AKIM and ELON tak habis MUET lagi.So bertambah lagi seorang ahli kami iaitu PIN.

Sebelum nak naik train tu terjumpa la pulak dengan penyanyi nasyid AMAR. Dia tengah turun dari escalator. Husna tak perasan rasanya. So tak pela senyum je kat AMAR then dia gi mana entah.

Perjalan dengan train rasanya lebih tenang walaupun sangat lama. Perjalanan yang menyajikan kita dengan keindahan alam ciptaan Ilahi. Kalau naik bus, mata sentiasa di sajikan dengan kereta-kereta yang lalu lalang dan tentu mata cepat terasa berat. Tapi bila naik train, mata tak terasa berat langsung. Mata seakan-akan sangat takjub dan terpesona dengan keindahan alam. Subhanallah. Kalau ciptaanNya begitu indah penciptanya tak terbayang keindahanNya. Sangat sedikit masa saya tido di dalam train sebab masa tak terasa berat langsung.

Sampai di Butterworth hampir-hampir pukul 10 malam. Disambut oleh ummi dan abah tersayang. Sangat seronok dengan MUSAFIR KASIH kali ini kerana betul-betul berKASIH. Berkasih dengan Pencipta.

Seorang suami pasti bertambah kasih tika melihat isterinya yang cantik....
aku pula sangat-sangat kasih bila melihat ciptaanNya yang sangat hebat...

seorang suami pasti sayang bila si isteri menghidangkan makanan buatnya...
aku pula sangat-sangat sayang bila sang Kekasih menghidangkan ciptaanNya...

p/s:
1) saya dan along sedang seronok di penang.
2) InsyaAllah esok akan ke SERATAS. Tapi along tak ikut kot. Along nak ikut ke??
3) Saya baru lepas buat cup cake tadi. Nak rasa? Maila umah..hehhe

Monday, October 5, 2009

cuti 3 minggu

salam
alhamdulillah habis saja speaking pagi tadi
bermakna dah abis final exam untuk sem ni..
and then saya akan cuti selama 3 minggu..
and mula terfikir...
nak buat apa 3 minggu??
hmmm

tido??(x der keje lain ke?)
makan??(x mo2..)
surfing??(bosan..)

hmm
insyaAllah akan turun SERATAS Jumaat ni
(baru bagi tau ummi..ummi ok ja..abah yg banyak hal sikit..
huhu..kalau abah bagi on jer..)
and akan lawat cikgu radziyah jugak jumaat ni...
(kalau abah bagi la)

then cadang jugak nak g tengok kawan2 kat matrik..
tapi korang mesti busy nak exam kan???

and no forget..
nak tasmi' balik surah2 yang dah hafal..
(yg dah hampir nak lupa pon)

any other activities??

p/s: along esok kita dah nak balik!! yeyyeye


Friday, October 2, 2009

terima kasih ustazah :)


salam....

Petang tadi saya dan kawan saya Ain ke Pustaka Mukmin di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Selepas beli tiket LRT untuk ke KL Central tiba-tiba jurujual di counter tu kata,"Terima kasih USTAZAH". Saya terpinga-pinga kenapa dia panggil saya ustazah? Perasaan rendah diri pun ada. Yela sapa la diri ni untuk bergelar seorang USTAZAH. Namun saya hanya senyumkan saja.

Saya terfikir,mungkin di sebabkan perasaan hormat dengan kita dan cara pakaian kita, mereka kata begitu. Tak mengapa kita cuba untuk husnuzon(bersangka baik). Dan terfikir jugak saya,dengan pakaian, orang akan hormat kita dan dengan pakaian jugak, orang akan cemuh kita. Contohnya bayangkan kalau kita berpakaian seksi dan terdedah sana sini serta sudah tentu tak menutup aurat, apa yang akan masyarakat kata dan lakukan? Sudah tentu masyarakat akan menuduh kita sebagai ramaja yang tak mendapat didikan agama,masyarakat yang sudah rosak dan sudah tentu juga tubuh badan kita akan 'diratah' oleh pandangan mata mereka...nauzubillah...di sebabkan itulah meningkatnya gejala rogol sekarang...

Namun bayangkan jika kita berpakaian menutup aurat, adakah kita akan diganggu? Adakah kita akan di hina? Tak dinafikan ada juga muslimat yang menutup aurat masih diganggu dan dihina. Diganggu mungkin kerana sifat rasa ingin tahu orang yang mengganggu terhadap sikap orang yang menutup aurat (macam mana bila diganggu).Apa reaksi bila diganggu. Dilayankah atau dibuat bodo saja. Dihina pulak mungkin dengan hinaan berbunyi,"ha tu nak tunjuk alim la tu". Namun perlu diingat,hinaan itu adalah salah satu ujian dari Allah ke atas kita kerana kasih sayangnya dan jika kita dapat menghadapinya,insyaAllah ganjaran besar menanti kita.

Bagi yang mula berjinak-jinak untuk menutup aurat, alhamdulillah anda sudah mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah. Jangan berasa malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dengan image menutup aurat yang anda bawa. Bagi yang masih belum, marilah kita berjinak-jinak dengan menutup aurat. Lakukan perubahan sikit-sikit namun istiqamah. Bagi yang sudah menutup aurat, alhamdulillah istiqamahkan diri anda dan berdoalah moga Allah tidak menarik balik nikmat taufiq dan hidayah yang Allah bagi.

Ingatlah,Allah tak lihat apa kejayaan kita. Namun Allah lihat apa sebanyak mana usaha kita.Moga setiap hinaan yang di terima,di balas Allah dengan kata-kata cinta dari Allah...ameen...

"Sesungguh Allah takkan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah,
dan jika ada kebajikan(sekecik zarrah) nescaya Allah akan melipat gandakannya
dan memberikan pahala yang besar disisi-Nya"
(An-Nisa':40)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(An-Nuur:31)

p/s: dari najwa dan along: selamat menempuhi pmr buat semua calon....

Thursday, October 1, 2009

one more paper to go...

salam....

saya menulis bersendirian malam ni di bilik tanpa roomate(tapi Allah ade..)..sebab roomate saya Aiman dah balik....dia dah abis exam petang tadi so dia terus cabut balik....huhu bestnya ko Aiman.....and tinggal la saya sorang-sorang untuk menghabiskan satu lagi paper bio pada esok hari..tapi still ada exam speaking hari Isnin...huhu(10 minit jer exam..)

setelah penat seharian study bio..saya dah x larat...so duduk di depan 'along' (my laptop) sambil fikir esok abis exam apa saya nak buat....heehhe(exam pun x abis lagi)...biasala kan dok sorang2 cepat berangan sikit...

so esok saya exam pagi..after zohor nak g jalan TAR...teman kawan dia nak g beli buku...then nak jalan2...after that nak singgah KL sentral..nak beli tiket train nak balik cuti...dah berpakat nak balik naik train ngan una....huhu(x sabar2...)..we will go back at tuesday...

then hari isnin malam selasa tu una will stay kat um ngan awa...so saya kan ke um untuk kemput una di sana...hehe..then baru gerak g kl central...

so kawan2 kat um or yg dekat2 pj tu...lehla kita jumpa kt KL central yer...jgn lambat..t kami t'lps train...hikhikhik....

ok la nak sambung buat exercise bio...sian along...dia nak rehat...

wassalam....

p/s:

1) selamat menepuh peperiksaan kepada rakan2...dari saya dan along....
2) selamat bercuti kepada yang dah bercuti....

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive