Friday, October 2, 2009

terima kasih ustazah :)


salam....

Petang tadi saya dan kawan saya Ain ke Pustaka Mukmin di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Selepas beli tiket LRT untuk ke KL Central tiba-tiba jurujual di counter tu kata,"Terima kasih USTAZAH". Saya terpinga-pinga kenapa dia panggil saya ustazah? Perasaan rendah diri pun ada. Yela sapa la diri ni untuk bergelar seorang USTAZAH. Namun saya hanya senyumkan saja.

Saya terfikir,mungkin di sebabkan perasaan hormat dengan kita dan cara pakaian kita, mereka kata begitu. Tak mengapa kita cuba untuk husnuzon(bersangka baik). Dan terfikir jugak saya,dengan pakaian, orang akan hormat kita dan dengan pakaian jugak, orang akan cemuh kita. Contohnya bayangkan kalau kita berpakaian seksi dan terdedah sana sini serta sudah tentu tak menutup aurat, apa yang akan masyarakat kata dan lakukan? Sudah tentu masyarakat akan menuduh kita sebagai ramaja yang tak mendapat didikan agama,masyarakat yang sudah rosak dan sudah tentu juga tubuh badan kita akan 'diratah' oleh pandangan mata mereka...nauzubillah...di sebabkan itulah meningkatnya gejala rogol sekarang...

Namun bayangkan jika kita berpakaian menutup aurat, adakah kita akan diganggu? Adakah kita akan di hina? Tak dinafikan ada juga muslimat yang menutup aurat masih diganggu dan dihina. Diganggu mungkin kerana sifat rasa ingin tahu orang yang mengganggu terhadap sikap orang yang menutup aurat (macam mana bila diganggu).Apa reaksi bila diganggu. Dilayankah atau dibuat bodo saja. Dihina pulak mungkin dengan hinaan berbunyi,"ha tu nak tunjuk alim la tu". Namun perlu diingat,hinaan itu adalah salah satu ujian dari Allah ke atas kita kerana kasih sayangnya dan jika kita dapat menghadapinya,insyaAllah ganjaran besar menanti kita.

Bagi yang mula berjinak-jinak untuk menutup aurat, alhamdulillah anda sudah mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah. Jangan berasa malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dengan image menutup aurat yang anda bawa. Bagi yang masih belum, marilah kita berjinak-jinak dengan menutup aurat. Lakukan perubahan sikit-sikit namun istiqamah. Bagi yang sudah menutup aurat, alhamdulillah istiqamahkan diri anda dan berdoalah moga Allah tidak menarik balik nikmat taufiq dan hidayah yang Allah bagi.

Ingatlah,Allah tak lihat apa kejayaan kita. Namun Allah lihat apa sebanyak mana usaha kita.Moga setiap hinaan yang di terima,di balas Allah dengan kata-kata cinta dari Allah...ameen...

"Sesungguh Allah takkan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah,
dan jika ada kebajikan(sekecik zarrah) nescaya Allah akan melipat gandakannya
dan memberikan pahala yang besar disisi-Nya"
(An-Nisa':40)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(An-Nuur:31)

p/s: dari najwa dan along: selamat menempuhi pmr buat semua calon....

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive