Wednesday, November 25, 2009

JOM MAKAN~

MySpace

Ana dapat email dari seorang sahabat yang menghantarkan ana gambar-gambar ni. Takjub ana melihatnya. Jadi ana nak kongsi dengan sahabat semua. Selamat menjamu mata dengan MAKANAN yang ana hidangkan ini.

Putih bersih di atas salji


mungkin teknologi akan datang..
tak perlu daki gunung, just guna lift saja...

subhanallah cantikk...

huhu lawa2...

TITANIC ISLAM....masyaAllah...

rasanya selamat x??

macam fairy tale pulak...

lawa...

subhanallah..gabungan nature




masjid di tengah lautan..


kalau di kutub utara ada igloo....di mesir ada cactus MySpace
masyaAllah...


moga anda semua kenyang dengan hidangan x seberapa nih...

wassalam.... MySpace

Tuesday, November 24, 2009

DAIE KECIL




MySpace Teringat dulu kenangan bersama adik-beradik si DAIE KECIL beribadat di Masjid Saidina Hamzah. Kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan hingga hujung nyawa. Kenangan tidur berjamaah, makan setalam, mandi bersama, solat berjamaah membuatkan bond antara kami makin kuat umpama tali kapal atau feri.

Setiap perkara dilakukan bersama. Mungkin ada yang melihat kami terlalu bersikap ASSABIAH namun hakikatnya kami bukan bergitu tapi bond antara kami adik-beradik memang tak boleh dipisahkan. Namun Alhamdulillah sepanjang sesi beribadat kami, ramai adik-beradik yang telah ditambah. Bond makin kuat dan panjang. Moga-moga hingga dapat menggapai SYURGA dan REDHA Allah.

Namun disebalik ibadah kami, tak lepas dengan peristiwa yang tak dapat dilupuskan dari ingatan. Peristiwa kami di soal @ di provoke oleh para ‘pengibadah’ yang lebih senior. Pada awalnya agak sedih apabila IMAM kami di soal tentang kredebilitinya sebagai imam kepada kami. Cukup sedih semasa melalui saat itu kerana perkara tu terjadi didepan mata sendiri. Namun diri ini cukup kagum dengan ketabahan IMAM kami kerana tetap redha dengan apa yang terjadi dan tuduhan yang dilemparkan. Moga Allah bersama-sama kita.

Imam kami ditukar kepada IMAM yang baru. Setiap saat dan ketika pelbagai provokasi dilemparkan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami adik-beradik pada masa tu. Bagaikan mereka sengaja mencari PASAI dengan kami. Namun kesabaran tetap di hati. Semua itu dialami sebagai satu proses PENTARBIAHAN. Pentarbiahan buat diri kami agar lebih tabah menjadi DAIE. Proses pentarbiahan yang kami lalui tidak sekental dan mencabar seperti mana yang SAHABAT2 lalui. Maka satu pengajaran buat kami....JANGAN MENGELUH!!TERUSKAN PROSES PENTARBIAHAN.

Masjid Saidina Hamzah cukup melakar kenangan buat kami daie-daie kecil yang baru mula bertatih. Moga setiap langkah dan amalan kami di sana menjadi saksi buat kami di depan Allah nanti.

Yang terakhirnya. Buat adik-beradikku si DAIE KECIL yang sangat di sayangi, moga proses pentarbiahan antara kita sentiasa dan terus berlaku hingga akhir hayat. MySpace

Sunday, November 15, 2009

DAJJAL: HAKIKAT ATAU BAYANGAN?



MySpace

Alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat assignment bagi Understanding Islam untuk dilaksanakan. Tajuk yang dipilih ialah mengenai DAJJAL. Saya memilih buku “Membongkar Misteri Dajjal” tulisan Muhammad Nurani Maarif dan terbitan Hijjaz Records Publishing untuk dikupas dan di selongkar bagi melaksanakan tugasan ini.

Melalui pembacaan, saya mendapati terdapat beberapa percanggahan pendapat dan pandangan tentang imej dan bentuk rupa Dajjal itu sendiri. Imej dan bentuk rupa Dajjal ini telah dibayangkan oleh Rasulullah S.A.W lebih 1400 tahun lamanya namun setelah zaman berubah imeh dan rupa bentuk Dajjal ini turut berubah. Sewaktu zaman para sahabat,tabien dan tabit tabien, mereka mengatakan bahawa Dajjal adalah hakikat dan akan tampil di akhir zaman sebagai seorang manusia dan akan membawa fitnah dan kekacauan yang besar serta mengaku dirinya sebagai tuhan. Namun para sahabat menyerahkan bagaimana bentuk fitnah Dajjal itu kepada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui.
Pendapat kedua menyatakan bahawa Dajjal adalah sekelompok manusia, satu kaum yang dinisbahkan kepada bangsa Yahudi. Pendapat ini lahir dari kaedah pentakwilan.Ada juga pendapat yang mengatakan Dajjal adalah satu gerakan sulit yang merancang kejahatan demi kejahatan dan berlindung di bawah pertubuhan rahsia. Tujuannya adalah untuk merosakkan manusia dan menjauhkan manusia dari kehidupan beragama. Hari ini gerakan yang dimaksudkan merujuk kepada Yahudi-Zionis dan ada setengahnya mengatakan Amerika a.k.a zionist Anglo-American. Lebih khusus lagi ada yang mengatakan gerakan Illuminati atau gerakan Freemasons.
Pendapat ketiga mengatakan bahawa Dajjal adalah bayangan atau satu manesfestasi kejahatan, idealisme atau fahaman kebendaan. Kefahaman ini berkembang hingga menyebabkan manusia tunduk kepada dunia dan isinya dan menganggapnya sebagai tuhan.

Akhirnya ada pendapat yang mengatakan bahawa Dajjal itu hanyalah sebuah mitos dan cerita palsu yang direka-reka. Kesemua pendapat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Namun para ulama hari ini bersepakat bahawa menerima hakikat kedatangan Dajjal itu adalah sesuatu yang pasti namun menetapkan siapa Dajjal sebenarnya bukanlah bersifat qatie atau mutlak. Ia adalah perselisihan yang dibenarkan dan juga diguna pakai di dalam perbahasan menetukan siapa Imam Mahdi.

Oleh kerana hadis-hadis mengenai Dajjal merujuk kepada peristiwa akhir zaman, maka tidak ada manusia yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan hal akan datang. Iktibar ini kita boleh ambil pada sirah Nabi Muhammad ketika ditanya oleh para sahabat bila akan terjadinya Kiamat. Nabi hanya memberi kenyataan. ‘Ia amat dekat’ di samping memberikan tanda-tanda kecil dan besar.Hal Dajjal bukanlah hal utama. Apa yang utama adalah meningkatkan pengabdian ataupun rasa ubudiyyah kepada Allah. Itulah sikap para sahabat dan generasi awal.

MySpace

Wednesday, November 11, 2009

PROGRAM KAU DI HATIKU 2...

Click Me~

PENGUMUMAN!!!PENGUMUMAN!!!

BUTIRAN TERKINI PROGRAM:

Tarikh : 21 November 2009 bersamaan 4 Zulhijjah 1430H
Hari : Sabtu
Tempat : Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah, Gombak
Masa : 8 pagi hingga 6 petang
Tempat berkumpul : Stesen Terminal Putra
Bayaran : RM25.00/person

SENARAI AJK PELAKSANA:

Pemantau: ainur_87

Pengarah: mazri

Timbalan pengarah: sutera

Setiausaha: HafiziAzmi91

Bendahari: hyna_razak

AJK pendaftaran: Rosma & shahrael
AJK modul: anosa_sasdira
AJK makanan: bingkisaNurani & safi_iwana
AJK pengangkutan: hudafatinah & shrxme
AJK keselamatan: nazabbi
AJK publisiti: mmsafa

ENTATIF PROGRAM

8.00 am : Berkumpul di stesen Terminal Putra

9.30 - 10.30 am : Ice breaking
: Pembahagian kumpulan
: Sesi taaruf

10.30 - 11.00 am : Minum pagi

11.00am - 12.00pm : Sharing moment with Inteam

12.00 - 2.00 pm : Makan tengah hari & solat Zohor

2.00 - 3.30 pm : Game - “Aktifkan Dirimu”

3.30 - 4.30 pm : Sesi memasak BBQ

4.30 - 5.00 pm : Solat Asar

5.00 - 6.00 pm : Makan BBQ

6.00 pm : Bersurai

Sebarang perubahan akan dimaklumkan


Setiap peserta dikehendaki membuat bayaran ke dalam akaun kak nana selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 20 November 2009 (sehari sebelum hari kejadian) jam 10.00 pagi.Butiran adalah seperti berikut:

NAMA : WAN NORHAINA BINTI WAN AB RAZAK
BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 164294286566


Bukti pembayaran boleh diberikan kepada kak nana samada melalui email
hyna_razak@yahoo.com atau juga boleh diberikan printed resit pada hari program tersebut.Namun demikian, setelah pembayaran dibuat peserta dikehendaki sms butiran (nama penuh,tarikh dan masa pembayaran dibuat) ke 012-9240853.

p/s: kepada sesiapa yang tidak membuat pengesahan pembayaran melalui sms,pembayaran tidak akan diambil kira.
:-D

Tempat terhad utk 30 orang sahaja yang membuat pembayaran awal. Program ini juga dibuka untuk semua ahli KTI dan juga mereka yang bukan ahli KTI....

pastikan anda membuat pembayarn awal.... sama2 kita beraktiviti sambli beramal...


MEMASYARAKATKAN KTI
KTI FOR ALL....

p/s: sapa yang nak join cepat2...Click Me~ dan sebarang maklumat lanjut boleh dilihat di KOMUNITI TEMAN INTEAM

Tuesday, November 3, 2009

QIYAMAH 2012


Alhamdulillah terasa minda sangat terbuka dan terisi apabila selesai mendengar pengisian talk 'QIYAMAH 2012' oleh USTAZ MOHD SYA'ARI. Setelah 3 minggu bercuti, minda dimulakan dengan pengisian yang sangat menarik oleh ustaz. Sambutan dari kalangan student UIA memang dah dapat dijangka sejak awal kemunculan poster lagi. Pendekatan yang ustaz gunakan dengan 'video2nya' memang berjaya mengumpan hadirin hinggakan tak cukup tempat duduk.

Talk dimulakan dengan video prolog filem 2012 yang insyaAllah akan ditayangkan pada bulan november ini. Video yang sangat mantap yang menggambarkan suasana berlakunya 'qiamat' itu. Filem yang menelan belanja hampir 200 JUTA DOLAR. Kemudian baru ustaz kupas disebalik tabir filem ini. Siapa yang berada di sebalik filem 2012 ini? Apa agenda disebalik filem ini?

ILLUMINATI satu golongan YAHUDI yang berada di belakang setiap perkara yang terjadi. Minda kami sangat2 dibuka dengan pendedahan disebalik tabir bukan hanya filem 2012 tapi juga filem2 yang biasa kita tengok. Pendedahan disebalik duit2 dolar dimana setiap perkara dah 'mereka' rancang dari dulu lagi. Sebagai contoh runtuhnya WTC. Sebenarnya perkara ni dah dirancang oleh mereka sejak dulu lagi. Baru2 ni baru mereka lancarkan. Lihatlah betapa tekun dan telitinya mereka ni dalam berusaha mengubah dunia ini. Bak kata ustaz, kita ni tidur beberapa jam tapi 'mereka' tu tak tido langsung sebab memikirkan rancangan untuk menggenggam dunia. Mungkin bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang ILLUMINATI ataupun FREEMASON bolehla cari video THE ARRIVAL. Alhamdulillah vidoe tu sangat membantu.

Secara konklusinya talk tadi sangat bagus dan mantop!! Selingan video yang sangat seronok dan sangat membuka minda saya. Sangat2!!! 4.00 flat untuk talk tadi!!! heheh

p/s: seronoknya sebab dapat jumpa kak nurul shuhada (isteri ustaz) tadi...comel sangat..macam tak kawin lagi..hehhe:)

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive