Tuesday, November 24, 2009

DAIE KECIL




MySpace Teringat dulu kenangan bersama adik-beradik si DAIE KECIL beribadat di Masjid Saidina Hamzah. Kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan hingga hujung nyawa. Kenangan tidur berjamaah, makan setalam, mandi bersama, solat berjamaah membuatkan bond antara kami makin kuat umpama tali kapal atau feri.

Setiap perkara dilakukan bersama. Mungkin ada yang melihat kami terlalu bersikap ASSABIAH namun hakikatnya kami bukan bergitu tapi bond antara kami adik-beradik memang tak boleh dipisahkan. Namun Alhamdulillah sepanjang sesi beribadat kami, ramai adik-beradik yang telah ditambah. Bond makin kuat dan panjang. Moga-moga hingga dapat menggapai SYURGA dan REDHA Allah.

Namun disebalik ibadah kami, tak lepas dengan peristiwa yang tak dapat dilupuskan dari ingatan. Peristiwa kami di soal @ di provoke oleh para ‘pengibadah’ yang lebih senior. Pada awalnya agak sedih apabila IMAM kami di soal tentang kredebilitinya sebagai imam kepada kami. Cukup sedih semasa melalui saat itu kerana perkara tu terjadi didepan mata sendiri. Namun diri ini cukup kagum dengan ketabahan IMAM kami kerana tetap redha dengan apa yang terjadi dan tuduhan yang dilemparkan. Moga Allah bersama-sama kita.

Imam kami ditukar kepada IMAM yang baru. Setiap saat dan ketika pelbagai provokasi dilemparkan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami adik-beradik pada masa tu. Bagaikan mereka sengaja mencari PASAI dengan kami. Namun kesabaran tetap di hati. Semua itu dialami sebagai satu proses PENTARBIAHAN. Pentarbiahan buat diri kami agar lebih tabah menjadi DAIE. Proses pentarbiahan yang kami lalui tidak sekental dan mencabar seperti mana yang SAHABAT2 lalui. Maka satu pengajaran buat kami....JANGAN MENGELUH!!TERUSKAN PROSES PENTARBIAHAN.

Masjid Saidina Hamzah cukup melakar kenangan buat kami daie-daie kecil yang baru mula bertatih. Moga setiap langkah dan amalan kami di sana menjadi saksi buat kami di depan Allah nanti.

Yang terakhirnya. Buat adik-beradikku si DAIE KECIL yang sangat di sayangi, moga proses pentarbiahan antara kita sentiasa dan terus berlaku hingga akhir hayat. MySpace

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive