Sunday, November 15, 2009

DAJJAL: HAKIKAT ATAU BAYANGAN?



MySpace

Alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat assignment bagi Understanding Islam untuk dilaksanakan. Tajuk yang dipilih ialah mengenai DAJJAL. Saya memilih buku “Membongkar Misteri Dajjal” tulisan Muhammad Nurani Maarif dan terbitan Hijjaz Records Publishing untuk dikupas dan di selongkar bagi melaksanakan tugasan ini.

Melalui pembacaan, saya mendapati terdapat beberapa percanggahan pendapat dan pandangan tentang imej dan bentuk rupa Dajjal itu sendiri. Imej dan bentuk rupa Dajjal ini telah dibayangkan oleh Rasulullah S.A.W lebih 1400 tahun lamanya namun setelah zaman berubah imeh dan rupa bentuk Dajjal ini turut berubah. Sewaktu zaman para sahabat,tabien dan tabit tabien, mereka mengatakan bahawa Dajjal adalah hakikat dan akan tampil di akhir zaman sebagai seorang manusia dan akan membawa fitnah dan kekacauan yang besar serta mengaku dirinya sebagai tuhan. Namun para sahabat menyerahkan bagaimana bentuk fitnah Dajjal itu kepada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui.
Pendapat kedua menyatakan bahawa Dajjal adalah sekelompok manusia, satu kaum yang dinisbahkan kepada bangsa Yahudi. Pendapat ini lahir dari kaedah pentakwilan.Ada juga pendapat yang mengatakan Dajjal adalah satu gerakan sulit yang merancang kejahatan demi kejahatan dan berlindung di bawah pertubuhan rahsia. Tujuannya adalah untuk merosakkan manusia dan menjauhkan manusia dari kehidupan beragama. Hari ini gerakan yang dimaksudkan merujuk kepada Yahudi-Zionis dan ada setengahnya mengatakan Amerika a.k.a zionist Anglo-American. Lebih khusus lagi ada yang mengatakan gerakan Illuminati atau gerakan Freemasons.
Pendapat ketiga mengatakan bahawa Dajjal adalah bayangan atau satu manesfestasi kejahatan, idealisme atau fahaman kebendaan. Kefahaman ini berkembang hingga menyebabkan manusia tunduk kepada dunia dan isinya dan menganggapnya sebagai tuhan.

Akhirnya ada pendapat yang mengatakan bahawa Dajjal itu hanyalah sebuah mitos dan cerita palsu yang direka-reka. Kesemua pendapat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Namun para ulama hari ini bersepakat bahawa menerima hakikat kedatangan Dajjal itu adalah sesuatu yang pasti namun menetapkan siapa Dajjal sebenarnya bukanlah bersifat qatie atau mutlak. Ia adalah perselisihan yang dibenarkan dan juga diguna pakai di dalam perbahasan menetukan siapa Imam Mahdi.

Oleh kerana hadis-hadis mengenai Dajjal merujuk kepada peristiwa akhir zaman, maka tidak ada manusia yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan hal akan datang. Iktibar ini kita boleh ambil pada sirah Nabi Muhammad ketika ditanya oleh para sahabat bila akan terjadinya Kiamat. Nabi hanya memberi kenyataan. ‘Ia amat dekat’ di samping memberikan tanda-tanda kecil dan besar.Hal Dajjal bukanlah hal utama. Apa yang utama adalah meningkatkan pengabdian ataupun rasa ubudiyyah kepada Allah. Itulah sikap para sahabat dan generasi awal.

MySpace

2 comments:

..:misz ziesya:.. said...

rseny..
sya fhm~

cahaya bisikan rahsia said...

to misz ziesya..

heheh alhamdulillah kamu paham..moga kita terhindar dari fitnah Dajjal.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive