Saturday, February 14, 2009

PERBAHASAN TENTANG I'TIQAD GOLONGAN MUJASIMAH @ MUSYABAHAH

perbahasan mengenai i'tiqad golongan mujasimah @ musyabahah ini alhamdulillah sudah selesai di pelajari dalam kuliah maghrib di Masjed Jamek Tasek Gelugor pada setiap malam sabtu yang disampaikan oleh Ustaz Omar.

apa yang boleh dikatakan ialah golongan mujasimah@ musyabahah mentafsir ayat-ayat al-quran yang mutasyabihat(samar-samar) berdasarkan zahir ayat sahaja.

contohnya:

1. Mereka mengatakan bahawa tuhan di atas langit.

dalil yang mereka gunakan ialah surah al-nisa' ayat 158.

    بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

maksudnya: tetapi  Allah telah mengangkat Isa kepadanya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

golongan mujasimah @ musyabahah menafsirkan melalui ayat ini bahawa Allah telah mengangkat nabi Isa ke langit dan ini bermakna Allah berada di langit. Mereka menafsirkan bahawa kalimah  رَّفَعَهُ
bermaksud langit. I'tiqad ini sama sekali bertentangan dengan i'tiqad ahli sunnah wal jamaah. Ahli sunnah wal jamaah menafsirkan ayat dengan yang bermaksud Allah mengangkat Nabi Isa ke tempat yang mulia. 

2. Mereka mengatakan bahawa tuhan bertubuh seperti nur ( bercahaya)

dalil yang mereka gunakan surah al-nur ayat 35.

 اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاء وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa i'tiqad ini sama sekali sesat. Ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa tuhan memberi cahaya kepada langit dan bumi. Sekiranya tuhan itu bercahaya, mana mungkin berlakunya proses siang dan malam.

segala i'tiqad golongan mujasimah @ musyabahah ini boleh di bahaskkan dengan dalil dari surah as-syura ayat 11

 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

maksudnya:Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. .Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Jelaslah melalui ayat surah as-syura ayat 11 di mana Allah menyatakan bahawa Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

moga-moga semua mendapat ikhtibar...
insyaallah minggu hadapan kuliah akan bersambung ke perbincangan yang lain...
wallahualam...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive