Saturday, February 28, 2009

perkara yang boleh membatalkan iman~

hari:sabtu
tarikh:28 /2/2008
penceramah:ustaz khairul anuar...

alhamdulillah kuliah maghrib pada malam ini membincangkan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan iman kita. Kupasa yang diberikan oleh Ustaz Khairul Anuar begitu jelas dan bertepatan dengan kehidupan seharian kita semua.

BERAMAL BUKAN KERANA ALLAH.

contohnya bagi kita yang sedang menuntut ilmu. Ada yang menuntut ilmu bukan kerana Allah. Tapi kerana ingin menunjuk-nunjuk akan kehebatannya. Contoh yang lain seorang qari atau mufti atau alim ulama' yang berdakwah atau menasihati orang lain bukan kerana Allah, tetapi hanya sekadar ingin digelar qari,mufti dan ulama'.

BERAMAL TANPA IZIN ALLAH.

Contohnya seorang pelacur yang disoal mengapa sanggup menjadi pelacur. Jawapannya adalah kerana untuk mencari rezeki buat anak-anak. Namun pekerjaanya itu dilarang oleh Allah.

Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu hendaklah diniatkan kerana Allah s.w.t . Walaupun kita hanya seorang tukang sampu sampah. Tapi niatkan kerja kita itu kerana Allah. Seseorang yang bekerja sebagai tukang sapu sampah namun niatnya kerana Allah lebih mulia dari seorang alim ulama' yang hanya ingin orang lain menyanjungnya.

Antara insan yang boleh kita contohi ialah Luqman Al Hakim. Dimana tiada siapa yang tahu tentang siapa Luqman Al Hakim ini sebenarnya. Tiada siapa yang tahu akan pekerjaannya. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang tukang kebun. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang hamba abdi. Wallahualam. Namun ada ulama' yang masih mengkaji siapa sebenarnya Luqman Al Hakim ini. Walaupun tidak dikenali namun tarafnya sangat tinggi hingga Allah jadikan salah satu surah dalam Al Quran yang bernama Surah Luqman. Surah ini setanding dengan surah-surah lain dalam Al Quran. Begitu juga dengan kisah Bilal Bin Rabbah dan juga Zaid Bin Harithah.

Renungkanlah ayat 162 surah Al Anaam.

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Wallahualam...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive