Saturday, March 7, 2009

kerinduanku membuak-buak~~

semakin hari hati ini semakin merinduinya
beberapa hari lagi
seluruh umat Islam akan menyambut
tarikh kelahiran kekasih ku ini....
jika insan lain pada hari lahirnya
pasti akan dinyanyikan
"happy birthday to you"
dan pastinya mengharapkan orang lain
mengucapkannya pada kita
namun bila kita sudah meninggal
tiada lagi yang menyambut 
tarikh kelahiran kita

berbeza sekali dengan kekasih ku ini...
namanya Muhammad
walaupun baginda sudah lama wafat
namun tarikh kelahirannya 
tidak pernah padam 
dari fikiran ummat Islam
pada 12 Rabiulawal
akan bergemalah di seluruh pelosok dunia...
dengan kalimah...

Salallahu ala Muhammad
Salallahu alaihi wassalam 
Salallahu ala Muhammad
Salallahu alaihi wassalam

sayu rasa hati ini...
andai rasulullah masih ada...
namun ku tau rasulullah sentiasa
ingatkan ku dan seluruh umat Islam..
semenjak aku masih belum dilahirkan

kerana di akhir hayat baginda
baginda menyebut...
ummati..ummati...ummati...
(umatku..umatku..umatku)

ya Rasulullah aku terlalu sayang padamu


SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive