Monday, August 31, 2009

ek ana badar lagi ke???? kan ana dah habis sekolah??


salam...

sedang ana rancak membaca novel tiba2 handphone ana bergetar menandakan ada message masuk...

"assalamualaikum..
maaf sekiranya message ni mengganggu ukhti di sana...
ukhti...kenapa ukhti mendiamkan diri?
adakah ana sudah melakukan sesuatu yang mengguris hati ukhti?
khabarkan kepada ana supaya ana tak tertanya2...
ana mahu ukhti tahu..
ana sangat rindukan kata2 nasihat dari ukhti...
kata2 nasihat dari ukhti pernah menaikkan semangat ana satu ketika dulu...
namun kini ana lemah tanpa kata2 itu...
ana terus bertanya kenapa ukhti terus berdiam diri??
ana juga nak ukhti tahu...
ana sangat2 rindukan ukhti...

~adik SERATAS~

ana terkesima membaca message itu...berfikir untuk satu masa yang lama. apa yang ana dah lakukan? kenapa ana tingglkan adik2 di seratas terkontang-kanting setelah tarbiah di berikan...adakah taklifat sebagai BADAR hanya berjalan semasa ana memegang jawatan itu sahaja??? diri ini tersedar bahwa tanggungjawab sebagai BADAR bukan hanya di sekolah tapi di mana2 saja...

diri tersedar bahawa tanggungjawab ana untuk adik2 seratas baru bermula apabila ana melangkah keluar meninggalkan seratas...gerak kerja tarbiah perlu semakin aktif walaupun ana semakin sibuk dengan taklifat2 baru di UIA...namun adik2 tak boleh dilupakan..tarbiah perlu diteruskan...

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya
dan tidak ada rasa takut pada mereka
dan mereka tidak bersedih hati..."
(Al Baqarah:112)

Subhannallah..takjub dengan kalam Allah..ana merasakan Allah seolah-olah berbicara direct dengan ana... ana jalankan tanggungjawab dakwah sepenuhnya kerana Allah walaupun diri ini tak sempurna...ana seringkali merasa takut akan suntuknya masa untuk study untuk menjalankan taklifat yang di amanahkan..namun Allah memberi jaminanNya bahawa jika kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah nescaya tidak akan ada rasa takut dan sedih dalam hati kita....subhanallah Rahimnya Allah...

buat adik2 di seratas..maafkan ana yang lemah ini..diri ini kan berusaha untuk meneruskan tarbiah di seratas untuk kalian kerana Allah... walaupun ana tak berkesempatan untuk balik ke sekolah namun insyaAllah ada bahan2 yang akan dikirimkan untuk santapan hati kalian...moga2 Allah membantu kita dalam proses pentarbiahan ini...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive