Monday, September 7, 2009

dah bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah??

assalamualaikum...dah lama rasanya ana tinggalkan blog ni sampai penuh bersawang...maafla kepada pengunjung2 yang tertanya-tanya tentang post terbaru...sesungguhnya tanggungjawab ada melebihi masa....

pastinya semua orang pernah berada dalam persatuan kan?? tapi sedarkah kita berada dalam persatuan tu merupakan satu proses pentarbiahan....tak kiralah kepada yang memegang mainboard ataupun subcome biasa...yang memegang jawatan diatas bukan sahaja bertanggungjawab untuk mentarbiah yang dibawah tapi juga mesti bersedia untuk ditarbiah oleh yang di bawah...

_____________________________________________________________________

program: GRAND IFTOR MEDCY (GIM)
tarikh: 2 SEPTEMBER 2009
venue: AL MALIK FAISAL HALL...(AMF)

6 hari sebelum program>>

Termenung sebentar sebaik saja ana keluar dari seminar room. Macam-macam perasaan yang datang bila program dicanclekan atas sebab masa yang tak mencukupi untuk buat promotion,jual kupon and submit paperwork. Bila cakap dengan pimpinan 2nd year nampak sangat yang mereka sangat mengharap adik2 cometee 1st year boleh anjurkan program ni. Sebelum start iftor CAC malam tu dengan anak2 yatim cepat2 ana hantar message kepada PM programe GIM. Mengharapkan agar ditimbangkan semula perlaksanaan GIM.

Allhamdulillah dengan satu ayat yang Allah ilhamkan "tak da satu pun yang mustahil untuk kita buat melainkan kita yang memustahilkan dia" berjaya jugak mengubah pemikiran PM untuk continue dengan program. Alhamdulillah ana tersenyum sebab dengan niat nak rapatkan ukhwah sesama MEDCY Allah bukakan jalan untuk kami siapkan kerja dalam tempoh yang singkat. Dan InsyaAllah disamping nak rapatkan ukhwah ana ada agenda lain di sebalik perlaksanaan GIM. HEHEHE...

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar,
dan memberikannya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka...
(At-Talaq:2-3)
____________________________________________________________________

Sepanjang 6 hari bertungkus lumus nak menjayakan GIM. Objektif utama sebab nak rapatkan ukhwah sesama ahli MEDCY dan bagi ana ada satu penambahan lagi. Ana nak tengok proses pentarbiahan berlaku sebelum, semasa dan selepas GIM. Agak2 berjaya x??

Dalam menjalankan program ni banyak perkara yang ana perhatikan. Yang utamanya masalah comunication antara muslimin dan muslimat. Ada yang mengadu susah nak berkomunikasi dan ada jugak yang ana tengok 'terlebih' berkomunikasi.... Hmmm dekat sinilah proses pentarbiahan bermula....nak mentarbiah cometee tentang comunication yang berlandaskan syara'...agak susah dan mencabar tapi alhamdulillah dah berusaha untuk yang terbaik...comunication hanya berlaku bila perlu saja dan alhamdulillah berkat pertolongan Allah semua berjalan lancar dengan ujian2 tersendiri....

Bukan proses mentarbiah saja yang berlaku...tapi ingat!!! proses diri kita ditarbiah juga berlaku...ditarbiah bagaimana nak berhadapan dengan bermacam2 golongan...ditarbiah bagaimana nak handle sesuatu masalah..dan jugak ditarbiah bagaimana nak mentarbiah....cukup la kan...

Pada malam iftor tu alhamdulillah semua berjalan lancar berkat pertolongan Allah. Namun perlu diingat satu perkara!! Proses pentarbiahan bukan berakhir bila program berakhir tapi BARU BERMULA!! jadi dah siap masuk gear semua?? Perjalanan baru bermula.......

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive