Thursday, October 8, 2009

MUSAFIR KASIH


assalamualaikum...

Diharapkan agar pembaca semua sentiasa dalam rahmat Ilahi sentiasa. Dah lama rasanya saya tak mencatatkan apa-apa di sini. Maklumlah bila berada kat rumah ni macam-macam kerja yang nak buat, jadi tak sempat pulak nak menulis. Alhamdulillah malam ni Allah bagi kesempatan untuk saya menulis.

Saya just nak ceritakan tentang perjalanan saya dari Kuala Lumpur balik ke Pulau Pinang semperna cuti sem ni. Perjalanan yang saya namakan MUSAFIR KASIH.Saya balik bersama Husna dengan train. Kami naik dari KL Central. Sedang menunggu di KL Central terserempak pulak dengan Pin. Dah lama tak jumpa pin. Pin kata budak UITM Shah Alam cuti jugak. Tapi AKIM and ELON tak habis MUET lagi.So bertambah lagi seorang ahli kami iaitu PIN.

Sebelum nak naik train tu terjumpa la pulak dengan penyanyi nasyid AMAR. Dia tengah turun dari escalator. Husna tak perasan rasanya. So tak pela senyum je kat AMAR then dia gi mana entah.

Perjalan dengan train rasanya lebih tenang walaupun sangat lama. Perjalanan yang menyajikan kita dengan keindahan alam ciptaan Ilahi. Kalau naik bus, mata sentiasa di sajikan dengan kereta-kereta yang lalu lalang dan tentu mata cepat terasa berat. Tapi bila naik train, mata tak terasa berat langsung. Mata seakan-akan sangat takjub dan terpesona dengan keindahan alam. Subhanallah. Kalau ciptaanNya begitu indah penciptanya tak terbayang keindahanNya. Sangat sedikit masa saya tido di dalam train sebab masa tak terasa berat langsung.

Sampai di Butterworth hampir-hampir pukul 10 malam. Disambut oleh ummi dan abah tersayang. Sangat seronok dengan MUSAFIR KASIH kali ini kerana betul-betul berKASIH. Berkasih dengan Pencipta.

Seorang suami pasti bertambah kasih tika melihat isterinya yang cantik....
aku pula sangat-sangat kasih bila melihat ciptaanNya yang sangat hebat...

seorang suami pasti sayang bila si isteri menghidangkan makanan buatnya...
aku pula sangat-sangat sayang bila sang Kekasih menghidangkan ciptaanNya...

p/s:
1) saya dan along sedang seronok di penang.
2) InsyaAllah esok akan ke SERATAS. Tapi along tak ikut kot. Along nak ikut ke??
3) Saya baru lepas buat cup cake tadi. Nak rasa? Maila umah..hehhe

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive