Wednesday, October 21, 2009

MUHASABAH DIRI


Salam.

Dah lama saya tak update blog ni kan.Mintak maaf sangat-sangat kepada semua. Banyak yang nak saya ceritakan tapi masa tak mengizinkan.

Pengalaman cuti kali ini betul-betul memberi 1001 pedoman buat saya. Saya mempunyai masa untuk kembali MUHASABAH DIRI.Mungkin yang mengenali diri saja tau saya ni ORANG yang macam mana. Saya lebih suka MENDENGAR daripada BERCERITA, lebih suka MEMBACA daripada MENULIS. Ini sikap sebenar saya. Ramai yang bila berjumpa dan berkenalan dengan saya mengatakan,mereka menganggap saya seorang yang sombong pada awalnya. Hakikatnya bukan begitu. Saya mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Mungkin sikap saya yang lebih suka mendengar daripada bercerita menyebabkan ramai yang fikir saya ni seorang yang sombong. Namun kata orang "Tak kenal maka tak cinta". Marilah kita berkenalan agar benih-benih cinta wujud antara kita kerana Allah semata-mata.

Pengalaman sepanjang satu semester di UIA banyak mengajar saya. Mengajar erti ukhwah dan tarbiah dengan lebih mendalam. Di sana saya dipertemukan Allah dengan sahabat-sahabat yang sangat hebat yang sentiasa mendidik dan menyedarkan saya tentang ukhwah fillah. Disana saya diberikan 'adik-beradik' yang ramai yang sama-sama menyulam benih-benih cinta antara kami. Dipertemukan dengan kumpulan usrah yang benar-benar menyuntik baja yang berkesan buat IMAN dalam diri. Alhamdulillah cuti kali ini Allah beri masa untuk saya bermuhasabah.

Disebabkan kesedaran untuk sama-sama membangunkan ISLAM, saya rasa saya mesti BERUBAH. Berubah ke arah KEBAIKAN bukannya berubah ke arah KEBURUKAN. Kini saya semakin bertekad untuk berubah. Berubah menjadi muslimah yang berani bersuara demi Allah dan Islam. Yang berani mempertahankan HAK. Berubah menjadi MUJAHIDAH yang sentiasa di samping MUJAHID. Bergerak seperti muslimah di zaman Rasulullah yang dijanjikan SYURGA Allah. Berubah menjadi seorang muslimah yang TEGAS dalam LEMBUT. Yang sentiasa menjadikan MALU dan IMAN sebagai BENTENG diri.
InsyaAllah saya akan berusaha dan memberanikan diri menyuarakan pendapat saya di mana-mana sahaja selagi tidak bertentangan dengan Syara'. Saya ingin menjadi muslimah yang tidak sekadar mengangguk mengiakan sebarang idea bahkan melontarkan idea untuk membangunkan UMMAT. Saya akan berusaha menebalkan benteng MALU dalam diri saya sesuai dengan tempatnya bukannya malu dalam semua hal namun malu pada tempatnya. Tazkiyatun nafs InsyaAllah diharapkan sentiasa diamalkan agar diri ini dalam landasan yang betul dalam usaha mencapai MARDHOTILLAH.

Ya Allah,
Moga setiap langkahku keranaMU,
moga setiap niatku hanya untukMU,
moga diri ini dikurniakan ketabahan,
setabah Saidatina Khadijah,
dikurniakan kecerdikan,
secerdik Saidatina Aisyah,
dikurniakan kelembutan,
selembut Fatimah,
dan dikurniakan ketegasan,
setegas Sumayyah...
moga pengakiranNya SyurgaMu yang indah,
disertai dengan MARDHOTILLAH...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive