Wednesday, December 9, 2009

SEGANLAH......


Alhamdulillah semalam berkesempatan berjumpa dengan adik-adik usrah yang disayangi. Usrah semalam alhamdulillah berjalan lancar di tepi netball court di belakang Mahallah Zainab Jahsyi. 8.30 malam usrah dimulakan dengan bacaan surah Al Mulk dan game kotak beracun. Adik-adik nampak seronok dengan permainan ini disamping mereleasekan tekanan belajar dan exam. Kotak beracun tu mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk Usrah pada kali ini iaitu IBADAH. Pendekatan ni nampaknya berjaya sebab adik-adik sendiri kena terangkan kepada adik beradik yang lain tentang soalan yang mereka dapat. Juga diselitkan dengan soalan berkaitan ISU SEMASA. Disamping makanan jiwa, makanan jasad juga disediakan. Supaya adik-adik bertambah seronok.

Sesi yang kedua, sesi sharing moment. Bagi merapatkan ukhwah antara kami sesi ni di adakan. Pada mulanya semua segan untuk bercerita. Tapi setelah kita mulakan dulu, Alhamdulillah adik-adik dah tak segan lagi nak ceritakan masalah mereka. Dengan cara ni penyelesaian dapat dicari dan hikmah Allah dapat di selongkari di sebalik maslah-masalah mereka. Moga adik-adik ambil ikhtibar atas masalah yang menimpa....

Sesi yang ketiga satu lagi game diperkenalkan iaitu game RAHSIA KAU DAN AKU. Game ni saya dapat ilham dari iftar sister MEDCY. Rasa menarik untuk membawanya ke dalam usrah dengan adik-adik. Setiap orang diberikan sehelai kertas dan dikehendaki menulis 3 soalan yang hendah ditanyakan kepada pasangan sebelah kiri. Pasangan yang menjawab hendaklah menjawab sejujur-jujurnya. Selepas habis jawab soalan, kertas tu dikembalikan kepada si penulis soalan. InsyaAllah rahsia itu hanya diketahui oleh Allah, penulis soalan dan penjawab soalan sahaja.

Sesi yang terakhir, sesi CUBA TEKA PERSONALITI SAYA. Sesi ni hanya sesi santai sebelum pulang. Setiap orang akan mendapat sehelai kertas dan di kehendaki menuliskan namanya. Kertas tu akan bergerak ke setiap adik-beradik dan dikehendaki meneka personaliti orang tersebut. Alhamdulillah agak terhibur dengan reaksi adik-adik...

Usrah tamat pada jam 10.40 malam. Kesimpulan diberikan oleh adik-adik sendiri. Semua sesi yang dibuat berjaya dikaitkan mereka dengan aspek IBADAH yang dibincangkan. Moga ukhwah antara kami bertambah mantap.

Untuk usrah yang seterusnya, InsyaAllah kita akan buat BIRTHDAY CELEBRATION. Jadi harap2 adik-adik bersedia ya..... Sayang adik-adik semua....

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive