Sunday, December 19, 2010

JAWAPAN DARI AKU BUAT "AKU"

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

drpd blog salafus soleh.

Friday, December 10, 2010

BERLAPANG DADA..ITU YANG TERBAIK

Perasaan marah,tersinggung, terasa hati, terluka ataupun dilukai memang takkan lari apabila kita berprogram dan bergerak kerja. Itu lumrah alam. Itulah sebenarnya yang mencorakkan perjalanan gerak kerja tersebut. Tak seronoklah berprogram kalau semuanya berjalan lancar saja tanpa sebarang masalah. Namun, Islam tidak membiarkan masalah ini berlalu begitu sahaja. Setiap masalah yang berlaku, ada jalan penyelesaiannya. Islam telah menyediakan 3 cara bagaimana untuk kita counter balik masalah-masalah yang berlaku.

MENAHAN MARAH




Bagi yang panas baran, perkara ni memang susah untuk dipraktikkan kan? Apabila ada yang marah dengan kita atau tak berpuas hati dengan kita ataupun kita tak berpuas hati dengan orang lain, sila KAWAL KEMARAHAN kita. Sedarlah, saat kita marah, perlakuan kita dikawal oleh ENCIK SYAITAN dan PUAN EMOSI. Kita tidak akan mampu berfikir dengan rasional saat itu.

Bukan tidak boleh marah. BOLEH. Tapi sila KAWAL kemarahan tersebut. Jangan disebabkan perasaan marah, segala gerak kerja terganggu, ukhwah kian renggang, muka kian masam, habis menjejaskan emosi dan gerak kerja yang lain.

Nabi pernah memberi nasihat kepada seseorang yang datang meminta nasihat dari baginda. Apa yang nabi katakan?.. "Jangan kamu marah". Nabi mengulangi ayat itu beberapa kali. (H.R BUKHARI). Lihatlah bertapa nabi menasihati kita untuk TIDAK MARAH!

Saya bukan hanya pandai bercakap, tapi saya bercakap berdasarkan PENGALAMAN. Saya pernah bekerja dengan orang yang panas baran. Nasihat saya, kita perlu menjadi COOLER. Air kalau disimbah dengan minyak petrol akan lebih marak. Tapi, api kalau disimbah dengan air, maka padamlah api tersebut. 


MEMBERI MAAF


MAAF. 


Satu perkataan yang simple tapi susah untuk diluahkan. Mungkin sebab masing2 ada ego. Ada yang egonya tinggi menggunung. Ada yang jugak egonya santai2 jer. Ego anda semua tahap mana yer? Nasihat saya, bagi yang berego tinggi sangat tu, sila-silakan rendahkan ego anda. Tak salah pun bila kita rendahkan ego untuk sesuatu yang baik. 


Selalukanlah ucapkan perkataan maaf dari bibir kita. Jadikan ia satu kebiasaan kita. Salah ke kalau kita ucapkan perkataan MAAF? Takkan jatuh martabat kita, kalau kita minta maaf kan? Hatta kalau kita seorang raja, pemimpin, menteri mahupun hanya insan biasa berilah kemaafan bila ada yang meminta ;mintalah kemaafan bila ada yang terluka.(pening x ayat nih??)


BERLAPANG DADA


Cara yang terakhir, berlapang dadalah. Kata yang lebih mudah, REDHA. Bukan mudah untuk kita redha dengan sesuatu yang berlaku. Namun, BERUSAHALAH. Moga bila kita redha dengan apa yang terjadi, Allah redha ke atas kita. Sesuatu yang susah untuk kita dapat, mestilah dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bila dah dapat, perasaannya sangat INDAH!!


JOM SAMA-SAMA KITA BERLAPANG DADA!!


"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

Saturday, November 13, 2010

CRYING..ALONE

Have you ever cry for you future?

I have. Always have.

People might say that I don’t have any problems. Physically I’m always happy and cool. I can laugh with everybody. I can always hear other’s problems. I can play a long with my adik beradik.

But, people don’t know what happened inside me. When I’m smiling, my heart crying. When I’m laughing, my heart breaking. I admit that I’m not that type of person that can easily tell others about my probs. It’s not because of EGO. But it’s my style. I don’t like to burden others with my problems.

In this last semester, I really confuse. Confuse to choose my future. Whether to take MEDIC or ALLIED HEALTH SCIENCES (ALLHS). Maybe you’ll say that this is very tiny and simple problems. But for me, this is very big problem. I always cry when thinking about this.

MEDIC VS ALLHS

When I go to my grandmother house, she always says that

“Tu dia, cucu tok, DR NAJWA dah mai..”
“Nanti, bolehlah najwa ubat tok, kalau tok sakit.”

And I only can smile although my heart is crying.

I’ll always say in my heart, “Mintak maaf tok, najwa bukannya budak medic tapi allhs.”
And I’ll cry again. ALONE….

When I went to hospital, I’ll always imagine myself as a doctor. How great the feeling to see other patient waiting to get advice and to do checking with us. Great feeling to help others. Great feeling to see the patient getting well. As a muslim, it’s great to advice others to be thankful to Allah for the sickness and wellness that He gave.

When thinking about all this, I’ll choose to change to medic. I leave MEDCY because want to change to MEDIC although I love MEDCY very much. But I have to sacrifice.




Then when other people know that I want to change to medic, they said that,

“Doktor ni kerja susah. Asyik tak der dekat rumah jer.”

“Doktor perempuan ni, susah dapat jodoh. Kalau dah kawin pun, nanti suami dengan anak-anak terabai.”

“Doktor ni tak der life.”

“Doktor bla…bla..bla..”

And I’m crying again inside my heart. ALONE. AGAIN.


It’ll be a few more months before going to main campus. But I don’t have the decision yet. When people ask me,

“Najwa bukan nak tukar medic ke?”

“Najwa dah dapat tukar medic?”

“Dekat main camp nanti najwa nak ambik apa?”

I just can smile and walk to my room and wipes my tears.

When my umi and abah went to Haji last week, I’ll ask my umi, “Umi, tolong doakan kakak dapat yang terbaik dalam hidup ni. Tolong doakan semoga Allah bagi petunjuk pada kakak. Kakak rasa dah tak kuat lagi.”

And the tears came out again.

Ya Allah,
Ampunkan hamba Mu ini Ya Allah
Mungkin dosaku terlalu banyak
Hingga kau hijabkan aku Ya Allah.
Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah,
Berilah petunjuk kepadaku Ya Allah..
Berilah kesabaran kepadaku Ya Allah,
Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah.
Berikanlah yang terbaik buat diriku.
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa redha dengan segalanya.



Sorry to my adik beradik. I love all of you very much. That’s why I don’t want to burden all of you with my probs. InsyaAllah, as long as I can keep it alone, I’ll.

(PLEASE STOP CRYING NAJWA).

Tuesday, November 9, 2010

JANGAN BERTAKHTA DIHATIKU

Pernah tak anda semua bagi kata-kata semangat pada orang lain? MySpace

Mesti pernahkan! 

Apa perasaan anda masa tu bila orang tu tersenyum?

Mesti kita rasa lebih BERSEMANGAT!! MySpace

Betul kan??

Betul3xMySpace



Pernah tak anda rasa down ataupun sangat-sangat tak bersemangat?
 MySpace        MySpace

Apa akan anda buat kalau berada dekat situasi yang sangat down?MySpace


Mengikut pengalaman diri sendiri orang di sekeliling, bila kita memberi kata-kata semangat ataupun tasji' kepada sahabat-sahabat kita yang tengah down ataupun tak bersemangat, secara automatik diri kita turut jadi lebih bersemangat. Kalau tak percaya, sila jalankan uji kaji ini.

Sebab apa?

Sebab, telinga orang yang bercakap lebih dekat berbanding dengan telinga orang yang mendengar. Jadi, orang yang bercakap ataupun memberikan kata-kata semangat lebih cepat ter'effect' dengan kata-kata tersebut. 

Sebab itulah, bila kita perhatikan motivator-motivator yang tengah bercakap dihadapan mereka sangat bersemangat dan energetic dalam menyampaikan motivational talk diorang. Dan bila kita perhatikan ke belakang dewan ataupun hall ditempat yang sama, para pendengar ada yang layu dan mengantuk walaupun motivator dihadapan sangat5x BERSEMANGAT. Ini berlaku sebab, energy dari percakapan yang sampai kepada mereka sudah berkurang(sila rujuk tajuk waves, physics).

Jadi, antara cara yang boleh anda lakukan bila anda rasa stress MySpace, sedih MySpace, marah MySpace, down MySpace ataupun apa-apa saja perasaan ialah :

1)Duduk dihadapan cermin dan silalah beri kata-kata semangat kepada diri anda kembali (buat ketika roomate tak der dalam bilik, kalau tak roomate anda pulak yang akan tension).

2)Cari sahabat-sahabat anda dan besembang dengan mereka dan cuba selitkan kata-kata semangat dalam per'sembangan' itu. (Buat-buat macam diorang yang tension, sedangkan anda yang tension).

3)Ambil wudhu' dan bacalah al quran berserta terjemahan sekali.

 Ingatlah selalu akan firman Allah yang artinya, “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


So, bila dia(masalah,tension,down,tertekan,sedih)datang, cepat-cepat keluarkan senjata yer! Jangan bagi dia bertakhta dalam diri anda!

Oh masalah,
JANGAN BERTAKHTA DIHATIKU!!



p/s:
1)Tak semua motivator yang berjaya 'melayukan' mata audience. Ustaz Syaari salah seorang motivator yang berjaya 'mencelikkan' mata pendengar!!
2)Saya suka solution no 2. So kawan2 ada yang free to hear x sekarang nih??

Friday, October 22, 2010

BILA RESULT KELUAR

Bila mendapat keputusan exam,macam-macam reaksi yang boleh kita lihat.




Ada yang terkejut bila result terpapar di skrin.
Mungkin tak sangka akan mendapat result yang 'sebegitu'.
Mungkin terpana dengan perkataan 'DEEN LIST' di bawah slip.




Mungkin ada antara kita yang menitiskan air mata.
Mungkin kerana mendapat result yang selalu diimpikan.
Mungkin jugak kerana result jauh tersasar dari apa yang diidamkan.





Mungkin ada diantara kita yang marah.
Sebabnya, masih belum berjaya melihat result.
Dah beratus-ratus kali menekan REFRESH
namun masih belum fresh lagi.
SABAR!!!




Mungkin ada antara kita yang terus mencari si IBU dan AYAH.
Mungkin minta ampun dan maaf kerana mendapat result yang teruk.
Mungkin mengucapkan terima kasih kerana doa yang telah diberikan hingga berjaya.





Mungkin juga ada diantara kita yang terus melakukan
SUJUD SYUKUR.
Tanda kesyukuran yang tak berbelah bagi kepada
PENCIPTA.



Apakah reaksi anda?
Tak kiralah apa jua reaksi kita,kita tetap perlu bersyukur kepada Allah.
Walau sebaik mana result kita,ataupun seteruk mana result kita,
BERSYUKURLAH...
Redhalah dengan apa sahaja yang Allah berikan pada kita.
Jika kita bersyukur dan redha dengan apa yang Allah kurniakan,
insyaAllah Allah akan berikan yang lebih baik buat kita.



‘’ Dan apakah mereka tidak melihat bahwa Kami telah menciptakan buat mereka dari apa yang telah dilakukan oleh tangan (kekuasaan) Kami, berupa binatang ternak, lalu mereka atas nya menjadi pemilik-pemilik? Dan Kami menundukkannya untuk mereka, maka sebagian menjadi tunggangan mereka dan sebagaian mereka mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak beryukur????’’
(yassin:71-73)

Thursday, October 14, 2010

Best ke jadi wanita??

"Best ke jadi wanita?"

Saya tersenyum.

"Tak rimas ke kena tutup rambut, kena pakai baju longgar..bla..bla..bla.."

Saya buat muka comel.

"Perempuan ni kena bersalinla, jaga anakla, macam-macam lagi. Tak penat ke? Macam jadi hamba pulak"

Tangannya ditarik, duduk dibangku sambil wajahnya ku tatap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Jadi perempuan ni seronok"

"Ha!! Seronok??"

Mengangguk sambil tersenyum

"Jadi perempuan ni seronok sebab banyak kemuliaan yang Allah bagi.

1) Dalam apa-apa keadaan si ibu mesti diutamakan. Orang menyebut 'ibubapa' bukannya 'bapaibu'. Ha, ibu didahulukan dulu. Tidakkah seorang wanita itu rasa dimuliakan?

2) Rasulullah S.A.W. meriwayatkan hadis bahawa 'Syurga itu dibawah tapak kaki ibu'. Bertapa martabat seorang ibu yang juga seorang wanita sangat tinggi hingga digambarkan syurga itu dibawah tapak kakinya. Allah...

3) Dalam diri seorang wanita, Allah kurniakan satu anggota yang diberikan dengan namaNya yang mulia iaitu RAHIM (MAHA PENYAYANG). Bersyukurlah kita pada Allah sebab Allah bagi kemuliaan ini pada wanita bukan pada lelaki.

4) Walaupun wanita dikatakan kurang beribadat kerana adanya 'keuzuran' namun Allah tetap memberikan pahala kepadanya sebagaimana seorang wanita itu solat jika dia bersabar dengan keadaan tidak selesa yang dia alami. Subahanallah, pemurahnya Allah."



~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia terangguk-angguk. Senyuman tercalit dibibirnya. 

"ALHAMDULILLAH"







p/s: 1) Bila cuti jer tak der idea nak update aper.
       2) Cuti tinggal beberapa hari je nih..Huhuhu 

Monday, September 27, 2010

CERI:SIMPAN DI SYURGA

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”


***

Bumi dibasahi hujan. Pohon mengucap syukur atas nikmat yang diterima.
Hebatnya Pencipta langit, bau hujan yang turun cukup menenangkan,
miskipun kebasahannya sering dikeluhkan si pelupa.


Usai solat, teringat si dia. Dalam doa, muncul dirinya. Pandang ke langit, terlakar wajahnya. Menghirup kesegaran bau hujan, timbul wajahnya.

Ya Allah, kuatkan hambaMu ini ya Allah.

Seiring turunnya hujan, mutiara jernih turut mengalir..

***

"Enti g tak meeting MEDCY malam ni?" 

Aku mengangguk. Dia tersenyum. 

"Kita g sekali yer?"

Mengangguk lagi.

***

"Husna, ana takutla."

Tanganku di genggam.

"Enti takut apa?"

Aura tangannya memberi charge kekuatan.

"Ana takut sponsor AGD tak cukup. Tinggal berapa hari saja lagi ni."

Bibirnya tersenyum. Kepalanya terangguk-angguk.

"InsyaAllah. Kita doa banyak-banyak. Kita masih ada beberapa hari lagi. Mungkin Allah tangguhkan untuk kita. InsyaAllah."

Kekuatan itu terus menyerap.


***

Setiap minggu kerap berjumpa. Allah mempertemukan kami. Medcy sebagai titik pertemuan. Ukhuwah yang dibina cukup memberi kekuatan buat diri. Walaupun sibuk dengan kerja MEDCY, namun senyuman sentiasa ada di saat setiap kerja dijalankan. Sentiasa bersama dikala program dijalankan. Allah, kesibukan yang datang terasa hilang lantaran indahnya ukhuwah.


***

Satu saat,
Satu ketika,
Status ukhwah terus meningkat
Jika dulu kami sahabat
Kini Allah jadikan kami keluarga
Tanda kasih sayang Allah buat kami

Namun

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " Al 'Ankabuut:2


Tanggungjawab masing-masing kian bertambah
Jika dulu Medcy sebagai pertemuannya
Kini tidak lagi
Dalam seminggu mungkin susah untuk berjumpa
Apatah lagi sehari

Genggaman tangan yang menyalurkan kekuatan semakin dirindui
Kekuatan yang diterima dari keluarga yang lain sangat banyak
Namun takkan sama dengan si dia
Setiap saat semakin merindui saat dulu
Saat tiada istilah stress dalam bekerja

Hakikat hidup perlu diteruskan
Usia semakin bertambah
Amanah semakin berat
Diri semakin matang
Setiap yang datang perlu bijak dicatur

Diri kian memahami
Percaturan Allah yang terbaik
Mungkin Allah jauhkan kami
Untuk rapatkan kami kembali di syurga
Mungkin Allah sibukkan kami
Untuk rehatkan kami di syurga
Mungkin Allah kurangkan kemesraan antara kami
Kerana Allah SIMPAN KEMESRAAN ITU DISYURGA...


Friday, September 24, 2010

SELAMAT DIBEDAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA
MySpace


sihat???
MySpace

tu ada yang hidung dah berair dah tu..
MySpace


stress ke jawap exam??
MySpace


mesti dah lama menanti kisah yg terbarukan??
MySpace


just nak bagi tau,
MySpace


blog ni dah BERTUKAR!!!
MySpace


so tak dela rasa nak termuntahkan..
MySpace


blog ni dah berseri dengan wajah baru...
MySpace


lepas ni bolehla lari2 dalam blog ni lagi
MySpace


terharu sangat ada yang sudi baca blog nih...
MySpace


jumpa lagi after saya habis exam yer...
MySpace


doakan saya BERJAYA!!
MySpace

Thursday, September 9, 2010

‎[AMALAN MALAM RAYA]-al-Faqir Us.Muhadir


1.Tahajjud


2.Tasbih (4 rakaat, 2 salam)


3.Solat Hajat


4.Laa ilaaha illallah 1000x, kmudian bce Allaahumma thabbitaa bi qaulith thaabit 3 x

5.Istighfar 1000x


6.Selawat 1000x


7.Yaa Hayyu Yaa Qayyum, Laa ilaaha illaa Anta 40x


8. Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Ahyil Quluuba Tahyaa,
wa ashlih lanal a'maala fid diini wad dunyaa 18x



SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA
KAUM KELUARGA,
GURU2 SERTA SAHABAT2 TASKI ABIM,
GURU2 SERTA SAHABAT2 SEK KEB TASEK GELUGOR,
GURU2 SERTA SAHABAT2 SEK MEN SAINS RAJA TUN AZLAN SYAH,
GURU2 SERTA SAHABAT2 UIA PJ
SAHABAT2 YANG SUDI BERKUNJUNG KE BLOG
DAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.
MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN DIRI YANG SERBA KEKURANGAN INI.

Sunday, September 5, 2010

RISALAH AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN OLEH USTAZ MUHADIR



بسم الله الرحمن الرحيم




AMALAN UMUM[1]:

a) Sebolehnya beri’tikaf.

b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.

c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.

d) Makan sedikit waktu iftar[2].

e) Solat fardhu berjemaah.

f) Solat Rawatib dan Nawafil.

g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.

h) Bersedekah.

i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu danmuzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.

j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan[3]:

1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)

3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)



AMALAN KHUSUS:


PAGI:

1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat[4].

2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.

3- Sebelum naik matahari baca[5]:

i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)

iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)

4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.



TENGAHARI:

1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.

2- Ratib al-Aththos.

3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)


PETANG:

1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.

2- Hizb al-Bahr.

3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)



MAGHRIB:


1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa[6].

2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.

3- Solat sunat Awwabin.

4- Ratib al-Haddad.


ISYA’:

1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.

2- Solat Tarawih dan Witir.





Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar[7]:

Bermula pada pukul 12 tengah malam:


1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian[8].

2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.

3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

4- Membaca Al-Qur’an.

5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)

6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)


7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (
400x)

8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)

9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)

11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

12- Ayat Al-Kursi. (3x)

13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.

14- Al-Wird al-Lathif.

15- Membaca doa khusus[9].

16- Solat Lailatul Qadar[10].

17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah[11].






LAMPIRAN:

(A):

Sebelum berdoa bacalah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


Sebelum berselawat bacalah:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً


Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya[12].


(B):

Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:


1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian,
Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”


Fadhilat:

Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”[13]


2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”


Fadhilat:


Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu,


Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”[14]




Cacatan:


Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”


(C):


Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:


1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)


2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)


3- يَا كَرِيمُ (1x)


4- Doa:
اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.


“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”


Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.


(D):


Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.


Kaedah:


Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalamAl-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).


Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21[15].


Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab[16] dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu[17].


Tanda-tanda:


1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.


2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya[18].


3- Anjing tidak menyalak[19].


(E):


Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”


Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab[20].


(F):

Solat[21] pada malam berlakunya Lailatul Qadar[22]


Lafaz niat:
أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى


“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.


Solat pada malam 27 Ramadhan[23].

Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.


Rujukan:
Bahasa Arab:

Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.
Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.
Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.
Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.


Kitab Jawi:
Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.
Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.
Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.
Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.


Bahasa Melayu:
Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.
Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.
Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.
Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.
Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.


* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.


Disusun oleh:
Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani
Muhadir bin Haji Joll
24 Ramadhan 1431H/ 4 September 2010M.

[1] Risalah yang sangat kecil ini mengandungi hanya sebahagian kecil amalan-amalan yang dilaksanakan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan dari beberapa kitab yang sempat dirujuk di samping beberapa amalan yang Al-Faqir terima daripada beberapa masyaikh. Amalan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan sangatlah banyak dan tidak terkira seperti yang diamalkan oleh para Salafus Solih danAhlil Azwaq. Setiap amalan ini mempunyai fadhilat/ kelebihan yang tertentu. Semoga kesalahan yang didapati di dalam risalah yang tidak seberapa ini dapat diperbetulkan. “Ya Allah Yang Maha Mengetahui, jadikanlah tulisan ini sebagai amal yang diterima di sisiMu dan sebagai bekalan penyusunnya di hari berjumpa denganMu kelak.” Amin…. Al-Faqir.

[1] Amalan umum dan khusus ini hendaklah dikerjakan ikhlas kepada Allah di samping mengharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.

[2] Tiga perkara ini iaitu (b), (c) dan (d) disebut di dalam hadith dari A’isyah:
كَانَ رَسُولُ اللهِ إِذَا كَانَ رَمَضَانَ قَامَ وَنَامَ، فَإِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ الْمِئْزَرَ وَاجْتَنَبَ النِّسَاءَ وَاغْتَسَلَ بَيْنَ اْلأَذَانَيْنِ وَجَعَلَ الْعَشَاءَ سَحُورًا
“Adalah Rasulullah apabila tiba Ramadhan, Baginda mendirikan ibadah pada waktu malam dan kadang-kadang tidur, lalu apabila masuk 10 yang terakhir (di bulan Ramadhan), Baginda mengikat kainnya, menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka), mandi di antara dua azan (antara waktu Maghrib dan Isya’) dan menjadikan makan malamnya ke waktu sahur.”

[3] Lihat Lampiran: (A).

[4] Lihat Lampiran: (B).

[5] Lihat Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Masyaikhuna, As-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 60.

[6] Lihat Lampiran: (C).

[7] Anugerah Lailatul Qadar hanya diberikan kepada umat Nabi Muhammad dan tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu. Lihat Lampiran: (D).

[8] Lihat di dalam Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 182.

[9] Lihat Lampiran: (E).

[10] Lihat Lampiran: (F).

[11] Sebahagian ulama’ Syafi’iyyah menukilkan di dalam Al-Umm dari sebahagian dari para ulama’ besar Ahli Madinah yang juga menyetujuinya, yang mana sebahagian dari ulama’ mereka menukilkan dari Ibn Abbas bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadarjuga terhasil (terhitung/memadai) dengan solat Isya’ berjemaah dan berazam untuk solat Subuh berjemaah. Imam Malik berkata di dalam Al-Muwaththo’: “Telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Ibn Al-Musayyib berkata: Sesiapa yang sempat bersama Isya’ pada Lailatul Qadar iaitu sembahyang berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya (pahala dan ganjaran) daripada malam Lailatul Qadar itu.” Begitu juga, Imam Syafi’e berkata di dalam Qaul Qadim: “Sesiapa yang bersama solat Isya’ dan Subuh (iaitu mengerjakan keduanya dengan berjemaah), maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya daripadanya.” (Lihat Latho’if al-Ma’arif, ms. 178)

[12] Lihat Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M, ms. 34.

[13] Riwayat Imam At-Tirmizi dengan sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306.
Imam An-Nasa’i menambah selepas يُحْيِي وَيُمِيتُ dengan بِيَدِهِ الْخَيْرُ Beliau (Imam An-Nasa’i) juga menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
Imam Ath-Thobrani menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...” (Lihat Khulashah Syawariq al-Anwar, ms. 14-15). )

[14] Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata’ij al-
Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabbaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472.

[15] Rujuk kaedah-kaedah ini dalam Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t, 2/131-132, Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t, ms. 22-23, Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t, ms. 43 dan Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M, ms. 97-109.


Huraian panjang lebar mengenai hadith-hadith berkaitan bila berlakunya Lailatul Qadarboleh dirujuk dalam Latho’if al-Ma’arif, ms. 169-173, 186-197.
[16] Hadith Muslim dari Ubay bin Ka’ab berkata:
وَاللهِ إِنِّي لأَعْلَمُ أَيَّ لَيْلَةٍ هِيَ، هِيَ الَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلُ سَبْعُ وَعِشْرِينَ
“Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bilakah malam ia. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kita agar membangunkannya dengan ibadah. Ia adalah malam ke dua puluh tujuh.”

[17] Antara peristiwa itu ialah cahaya matahari tidak kuat pada paginya, rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram, di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa, lelaki di Bashrah sembuh dari bisu dan lain-lain. (Rujuk Latho’if al-Ma’arif,ms. 194-195).

[18] Lihat tanda-tanda ini dalam Al-Maj’mu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, 6/490, Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t, ms. 115 danSair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t, 1/134.

[19] Jam’ al-Fawa’id, ms. 115 dan Sair as-Salikin, 1/134.

[20] Doa boleh dibaca selepas solat atau di dalam sujud terakhir dalam solat. Harus diingat bahawa doa tidak boleh dibaca dalam Bahasa Melayu ketika dalam solat kerana ia boleh membatalkan solat. Cukup dengan berdoa di dalam hati sahaja.


[21] Faedah:
Ini adalah suatu faedah yang sangat penting dalam perkara sembahyang yang melibatkan sembahyang yang jarang disebut di dalam kitab-kitab feqah. Al-Faqirterjemahkan pendapat Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali di dalam Ihya’, Bab Ketujuh:Fi An-Nawafil min ash-Sholawat:
“Ketahuilah, bahawa selain daripada solat-solat fardhu, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Sunan (sunat), Mustahabbat (Mustahab) dan Tathawwu’at (Tathawwu’).
Apa yang kami maksudkan dengan sunat ialah apa yang dinukilkan daripada Rasulullah bahawa Baginda selalu (muwazhobah) mengerjakannya seperti solat sunat Rawatib selepas solat-solat fardhu, solat Dhuha, Witir, Tahajjud dan lain-lain, kerana sunat (atau sunnah) adalah ‘ibarah (gambaran/perumpamaan) jalan yang selalu ditempuh.
Dan apa yang kami maksudkan dengan mustahab ialah yang datang hadith menerangkan keutamaannya dan tidak dinukilkan bahawa Nabi selalu (muwazhobah) mengerjakannya - seperti apa yang akan kami nukilkan tentang solat pada waktu siang dan malam dalam seminggu - dan seperti solat ketika keluar dari rumah dan masuk ke dalam rumah dan lain-lain.
Dan apa yang kami maksudkan dengan Tathawwu’ ialah yang selain dari itu, yang tidak datang dari athar, akan tetapi seseorang hamba itu melakukannya kerana mengharapkan pada bermunajat kepada Allah Ta’ala dengan cara solat yang telah diterangkan oleh Syara’ tentang keutamaannya secara mutlak, seolah-olah dia menderma, kerana tidak disunatkan solat itu secara khusus tetapi disunatkan mengerjakan solat itu secara mutlak. Dan tathawwu’ pula adalah ‘ibarah daripada menderma (tabarru’).
Dinamakan ketiga-tiga solat tersebut dengan Nawafil, di mana “An-Nafl” ialah pertambahan, kerana jumlahnya menambahkan solat fardhu. (Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M, 1/273).


[22] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabNuzhah al-Majalis.
Faedah:


Di dalam kitab Jam’ al-Fawa’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththani ketika menafsirkan ayat: تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ, beliau berkata:
“Kata qil, ‘Ruh’ itu Jibril Alaihis Salam. Kata qil, iaitu ‘Ruh Muhammad’, minta izin akan Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala mukminin dan mukminat, ia mensyafaatkan atas mereka itu. Kata qil, ‘Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu’, dan berkata mereka itu: “Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami dan isi rumah kami.”
Maka turunlah mereka itu dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu: “Kamu kasihani akan kami pada malam ini dengan sedekah dan dengan suap makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingatkan kami dengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingatkan kami? Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada kampung kami? Dan orang yang berkahwin akan perempuan kami? Dan hai orang yang duduk dalam keluasan ma[h]ligai, dan kami di dalam kepicikan (kesempitan) kubur kami. Dan hai orang yang me[ng]hinakan anak yatim kami, dan yang me[ng]halalkan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikir[kan] di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan kami? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi terbuka…”(lihat Jam’a al-Fawa’id, ms. 116).



[23] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabIhya’ Ulum ad-Din. Ia dilakukan pada malam 27 Ramadhan kerana pendapat yangrajih (kuat) mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ini.
Di dalam kitab Jam’ al-Fawa’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththani ketika menafsirkan ayat: تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ, beliau berkata:


“Kata qil, ‘Ruh’ itu Jibril Alaihis Salam. Kata qil, iaitu ‘Ruh Muhammad’, minta izin akan Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala mukminin dan mukminat, ia mensyafaatkan atas mereka itu. Kata qil, ‘Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu’, dan berkata mereka itu: “Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami dan isi rumah kami.”
Maka turunlah mereka itu dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu: “Kamu kasihani akan kami pada malam ini dengan sedekah dan dengan suap makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingatkan kami dengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingatkan kami? Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada kampung kami? Dan orang yang berkahwin akan perempuan kami? Dan hai orang yang duduk dalam keluasan ma[h]ligai, dan kami di dalam kepicikan (kesempitan) kubur kami. Dan hai orang yang me[ng]hinakan anak yatim kami, dan yang me[ng]halalkan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikir[kan] di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan kami? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi terbuka…”(lihat Jam’a al-Fawa’id, ms. 116).



[24] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitabIhya’ Ulum ad-Din. Ia dilakukan pada malam 27 Ramadhan kerana pendapat yangrajih (kuat) mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ini.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive