Thursday, January 28, 2010

FATRAH IMTIHAN


Gelombang peperiksaan kian terasa di bumi CFS IIUM. InsyaAllah beberapa minggu sahaja lagi FINAL EXAM akan bermula. Masing-masing sudah mula sibuk dengan study masing-masing. Nak pastikan kejayaan FINAL EXAM dalam genggaman. Namun di saat sahabat lain asyik, khusyuk dan leka menelaah pelajaran, aku terfikir dan tersentak. Adakah kita lebih mementingkan exam dunia dari exam akhirat?

Kalau dilihat, exam dunia kita tahu di mana, bila dan apa yang akan di soal. Kita boleh membuat persediaan yang secukupnya kerana kita tahu tarikh exam dunia kita. Namun exam akhirat? Mampukah kita berbuat yang sama? Mampu kita bersedia dengan sepenuhnya seperti mana kita bersedia dengan exam dunia?

Lupakah kita dengan exam ibadah yang setiap hari Allah nilai? Exam solat kita, Exam bacaan Al Quran kita, exam amalan seharian kita. Gread apakah yang kita dapat untuk amalan seharian kita? Kadang-kadang kita terlupa dan terleka. Sesuai dengan fitrah manusia sebagai insan yang pelupa. Sepatutnya kita seimbangkan exam dunia dan akhirat kita beserta dengan exam amalan seharian kita. Kita tidak tahu bila kita akan di jemput ke tempat EXAM sebenar kita. Mungkin sekarang, mungkin satu saat lagi, mungkin satu minit lagi, mungkin satu jam lagi, mungkin satu tahun lagi. Mantopkan lagi persediaan kita untuk EXAM yang sebenar. Agar kita MUMTAZ di sana.

Dalam fatrah peperiksaan, ada benda yang kita terlepas pandang. Bila sibuk mengulangkaji, ukhwah dengan sahabat kian renggang. Semua sibuk memikirkan hal dan study masing-masing. Gerak kerja dakwah ditinggalkan dengan alasan sibuk untuk peperiksaan. Teringat dengan kisah sahabat kita arwah AMMAR pelajar universiti Al Azhar yang meninggal di sana. Bertapa kisahnya sangat menyayat hati. Mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang membacanya.

Dikala sahabat lain sibuk dengan peperiksaan, Ammar merasakan bahawa ukhwah antara beliau dan rakan-rakan kian renggang. Arwah yang mengambil jurusan kedoktoran berusaha keluar membuat survey ke beberapa tempat percutian bagi mengumpulkan semula sahabat-sahabat beliau bagi merapatkan balik ukhwah. Teringat kata-kata ibu arwah AMMAR bila beliau memberitahu hal ini kepaa ibu beliau. "AMMAR, ilmu kedoktoran yang kamu belajar itu takkan di bawa ke dalam kubur " itu kata ibu beliau. Namun Allah mentakdirkan segala-galanya. Ammar meninggal di sana semasa beliau sedang berusaha mencari tempat untuk merapatkan balik ukhwah mereka. Subhanallah. Syahidnya seorang jundullah. Mampukah kita jadi seperti itu? Moga fatrah peperiksaan ini bukan merenggangkan lagi ukhwah antara kita, namun merapatkan lagi.

Wednesday, January 27, 2010

FAMILY DAY APIS 2010

Assala mu’alaikum kepada semua ,

Anda semua dijemput untuk menyertai Program Hari Keluarga APIS 2010.

Program ini adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta terawal, jadi anda perlu mendaftarkan diri dengan segera.

Maklumat mengenai Program Hari Keluarga APIS 2010 adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Januari 2010

Tempat: Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam.

Hari: Sabtu

Masa: 10 pagi hingga 4 petang

Anjuran: Biro Da’wah dan Tarbiyyah APIS

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:

Lelaki: Ikhwan 0193776167

Perempuan: Syuhada 0132786118

Matlamat Program:

  • Memberi penekanan tentang kepentingan ukhuwwah antara ahli.
  • Menguatkan ukhwah dalam kalangan ahli APIS dan pimpinan.
  • Menguatkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli dan pimpinan APIS
Cara ke sana:
Kenderaan persendirian
  • Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
  • Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
  • Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
  • Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
  • Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus ke depan
  • Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
  • Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
  • Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
  • Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
  • Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
  • Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Program Hari Keluarga APIS 2010. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 8.30-9.30 pagi.

Pengangkutan awam

  • Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
  • Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
  • Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:
  • Naik bas Rapid KL nombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesen bas berdekatan bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari situ, ambil teksi untuk ke tempat program.
  • Juga naik komuter (KTMB) dan turun di stesen Shah Alam. Kemudian ambil teksi untuk ke tempat program dan ini akan mengambil masa dalam 20 minit.

Apa bertunggu lagi? Jom la kita sertai program ini. Moga-moga dapat dijalin dan dimantapkan ukhuwwah antara kita semua. Jumpa di sana nanti!

P/S: kalau nak pergi boleh terus call atau message ana. nur najwa binti hamali: 013 3725993

Friday, January 22, 2010

AGD MEDCY


ANNUAL GRAND DINNER MEDCY

MEDCY family....

custom yang menarik


SINGGAHSANA HOTEL

Komiti bro 1st year

Sister 1sy year committees

family of MEDCY


main board 2nd year MEDCY

Family of treasures MEDCY


Family of secretaries MEDCY

Family of ET MEDCY


Family of DNW MEDCY



PM dan Presiden di meja VVIP

makanan yang banyak dan sedap..nyum3..

Sunday, January 17, 2010

SEMINGGU YANG MACAM-MACAM

Minggu ni satu minggu yang macam-macam. Minggu ni minggu yang buatkan ana cepat sensitif, tension, pressure dan macam-macam lagi. Mungkin orang nampak macam relaks tapi hakikatnya luar saja macam tu, dalam Allah saja yang tau.

Minggu ni gerak kerja ADG di ambang final. Esok malam (ISNIN) AGD akan berlangsung di HOTEL SINGGAHSANA. So semua unit sangat bekerja keras sekarang. Yang paling tertekan rasanya unit SPONSORSHIP. Yela tinggal lagi berapa hari, sponsor tak masuk-masuk lagi. Hanya Allah yang tahu perasaan macam mana. Pening jugak kepala dok pikir kat mana lagi nak dapat sponsor nih. Cemburu bila melihat unit lain hampir berjaya dengan amanah masing-masing. Tapi unit sponsor saya?? HHHmmm...

Macam yang di bagi tahu tadi, minggu ni minggu yang sangat sensitif. Air mata sangat pemurah minggu ini. Ya anda semua tak nampak, even yang rapat dengan ana pon tak nampak. Sebab hakikat diri memang tak suka nangis depan orang, tak suka cerita masalah dekat orang. Semuanya nak pendam sorang-sorang. Bagi yang dah nampak ana nangis tu, itu mungkin rezeki anda, tapi masa tu memang sangat-sangat pressure. Tapi after kejadian tu ana dah janji dah, tak nak nangis depan orang lagi!!!

Hingga ke saat ini sangat-sangat berharap ada sponsor yang akan masuk dan terus masuk. Amin. Rezeki tu semua dari Allah. Kami dah berusaha. Sekarang kami serah segalanya pada Allah. Rezeki Allah kita tak boleh nak jangka. Mungkin Allah nak uji kita dulu sebelum Allah bagi rezeki tu. Kan3???

Akibat terlalu pressure, hari khamis tu ana dapat sesuatu dari Allah. Ana dapat DEMAM + BATUK + SELESEMA + SAKIT KEPALA. Alhamdulillah. Allah nak hapuskan dosa-dosa lecil ana nih. Sampai sekarang demam masih belum kebah. Kalau tak sihat jugak mungkin ana tak pergi AGD malam ISNIN nih. Sebab ana sangat-sangat tak larat. Tapi doakanlah ana cepat sembuh yer. Doakan jugak ada sponsor yang masuk sampai petang ISNIN tu. AMin....

p/s: nantikAN sambungan kisah beberapa jam sebelum AGD, semasa AGD dan selepas AGD...dan apa jadi kepada sponsor???

Wednesday, January 13, 2010

TAK GEMBIRA DENGAN PEMBERIAN ALLAH

Kita sangat gembira Allah bagi kita mata, telinga, harta, kawan-kawan dan semua nikmat yang lain. Kita sangat-sangat gembira. Senyum hingga ke telinga. Sengih bagai nak gila. Dunia ni terasa indah bila Allah bagi nikmat pada kita. Alhamdulillah kita bersyukur atas nikmat yang Allah bagi. Kita makin sayang dan cinta dengan Allah.

"Wah, tahniah la kau, dapat dean listla kali nih." ujar sahabat kita.
"Alhamdulillah, ni semua dari Allah. Ana tak buat apa pon. Rezeki ni semua dari Allah."Itu jawapan famous yang selalu didengar.

"Alhamdulillah, elaun kita dah masuk. Lega aku tak la sengkek lagi" Ujar kita bila Allah dah masukkan nikmatnya dalam akaun bank kita. Kita bersyukur, berterima kasih dengan nikmat yang Allah bagi. Bertapa gembiranya kita saat itu.

"Seronoknya, event dah habis. Lepas ni tak payah pening kepala lagi." Ucap kita bila Allah dah habiskan event kita.

Tapi....

"Aku tensionla dengan keadaan sekarang nih. Majlis dah dekat, tapi sponsor satu apa pon tak dapat lagi. Macam mana nih??" Keluh kita bila Allah bagi ujian pada kita.

"Ana tak tau nak buat macam mana tapi ana memang tension sangat sekarang nih. Macam-macam masalah yang datang. Hmmm". Mungkin kita pernah ucap kata-kata macam tu bila kita ada masalah.

Kita suka,gembira,ceria, bila Allah bagi nikmat pada kita. Kita ucap Alhamdulillah bila kita terima nikmat kesenangan itu dari Allah. Tapi bila Allah bagi ujian pada kita, kita sedih, kita menangis, kita mengeluh. Adakah kita hambaNya yang betul-betul bersyukur? Nikmat itu dari siapa? Ujian itu dari siapa?

Ya!! Nikmat itu dari Allah. Ujian jugak dari Allah. Dua-duanya pemberian dari Allah. Tapi kenapa kita mengeluh,sedih dan tak gembira dengan ujian dari Allah? Sedangkan ujian itu juga satu pemberian dari Allah sama dengan nikmat yang jugak pemberian dari Allah. Adakah bila dapat nikmat kesenangan saja kita boleh bersyukur? Tapi bila dapat nikmat ujian kita tak perlu bersyukur? Kalau begitu, situasinya seperti kita tak suka dengan pemberian dari Allah. Apa akan terjadi kalau kita tak suka dengan pemberian dari Allah?

Analoginya.

Kita bagi kepada kawan-kawan kita sebiji kek. Tapi mereka semua tak suka dengan kek kita. Diorang mengeluh dan mengata-ngata tentang kek yang kita bagi. Rasa-rasanya apa perasaan kita masa tu? Mesti kita sedih dan kecewa. Kita tak akan bagi apa-apa lagi pada kawan-kawan kita sebab kita tak mahu lagi berlaku perkara yang sama.

Tapi Allah sifatnya lain. Allah MAHA Penyayang, MAHA Pengasih, MAHA Pemberi. Walaupun kita sedih dengan nikmat ujian yang Allah bagi, tapi Allah tak pernah tarik balik nikmat kesenangan yang dah diberi pada kita. Bahkan Allah tambah lagi nikmat itu. Tapi kita? Terus menangis dengan nikmat ujian dari Allah.

Itulah sifat kita hamba yang lemah ini. Bila kita rasa sedih, kembalilah pada Allah. Bergembiralah dengan nikmat ujian yang Allah bagi. ALHAMDULILLAH.

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada-Ku,dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
AL BAQARAH:152

Tuesday, January 12, 2010

NOTA HATI SEORANG MUSLIMAH


NOTA HATI SEORANG DA'I

DAKWAH DI 'MASJID' BUKAN DI SINI....

"Susahla hidup kita sebagai student ni" ujar kawan saya A sewaktu saya dan rakan-rakan sedang membuat presentation UNDERSTANDING ISLAM dan sudah ke sesi Q&A.

"Eh kenapa pulak?" ujar saya yang agak bingung dengan keluhan A.

"Macam mana kita nak bahagi masa kita dengan study dan dakwah? Study pun tak sempat ni kan pulak nak berdakwah. Mana ada masa nak jumpa orang, nak bagi tazkirahla. Hmm Susah betol." Saya nampak wajah A agak keluh kesah memikirkan masalah tu.
Saya tersenyum sebelum menjawab soalan A. "Pertama sekali, saya mintak kita bukakan minda kita. Sebagai mahasiswa seharusnya kita berfikir dengan fikiran yang jauh dan matang serta terbuka." Saya nampak A mula membetulkan posisi badannya bagi mendengar jawapan kepada soalan yang di ajukan. Saya menarik nafas panjang sebelum menyambung jawapan saya tadi.

"Kita jangan sempitkan pemikiran kita tentang konsep dakwah. Uslub(cara) dakwah itu pelbagai. Tak semestinya kita sampaikan dakwah tu di masjid sahaja." Kelihatan A dan sahabat yang lain terangguk-angguk mendengar penerangan dari saya.

"Sebenarnya, kita sebagai pelajar ni mempunyai masa yang sangat banyak untuk belajar dan berdakwah. Contohnya, semasa di dalam kelas BIO, bila kita belajar tentang penciptaan UNIVERSE, kita kaitkan dengan penciptaan Allah. Kita terangkan kepada sahabat-sahabat kita yang lain bahawa itu semua ciptaan Maha Hebat Allah. Itu salah satu konsep dakwah! Tak perlu untuk kita ke masjid, hanya sampaikan dakwah itu di dalam kelas. Contoh yang lain, bila kita makan dengan kawan-kawan kita di cafe, ataupun tengah bermain, selitkan unsur-unsur dakwah itu. Kita makan kerana Allah, rezeki tu dari Allah, badan kita yang sihat juga dari Allah. Jadi masa makan dan main kita tak sia-sia tapi di isikan dengan selitan dakwah. Senangkan??" A kelihatannya tersenyum mendengar jawapan saya. Mungkin senyum kerana dah mendapat jawapan ataupun barangkali senyum sebab kelucuan dengan contoh saya.

"Kita gunakan masa yang Allah bagi ni dengan sebaik mungkin. Isikannya dengan aktiviti yang mendekatkan kita dan kawan-kawan kita dengan Allah. Puas hati A dengan jawapan ni?" Soal saya bagi mendapatkan kepastian A. A tersenyum dan mengangguk-angguk. Alhamdulillah lega saya sebab dah berjaya meleraikan kekusutan A.

"Akhir kata, ingat, dakwah bukan hanya di masjid. Di mana-mana pon boleh. Ingat satu pepatah, Kalau bukan di sini, di mana lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi".


p/s: 1) InsyaAllah, akan wujud 4 slot baru dalam catatan seorang muslimah. Iaitu NOTA HATI SEORANG ANAK, NOTA HATI SEORANG ISTERI, NOTA HATI SEORANG IBU dan NOTA HATI SEORANG DA'I. Semua slot ni InsyaAllah adalah pengalaman sebenar penulis untuk dikongsi dengan semua sebagai pengajaran dan tauladan.
2) NOTA HATI SEORANG ISTERI dan NOTA HATI SEORANG IBU mungkin tak kan di tulis lagi sebab penulis masih belum berumah tangga. hehehhe MySpace




Monday, January 4, 2010

SEDIH ANUGERAH ALLAH


Berapa ramai manusia yang tak ada perasaan sedih??semuanya pasti ada kan...cuma kita nampak atau pun tak...di zahirkan atau pun di simpan...ada yang suka meluahkan perasaan sedih yang dihadapi...ada yang suka memendam perasaan sedih...terpulang pada diri masing2...

bagi saya....saya bukanlah seorang yang suka mempamirkan kesedihan..namun jika kesedihan saya telah 'terpamir' bersama juntaian 'mutiara' jernih...itu tandanya saya sudah hampir-hampir meletup...mungkin sebab mutiara2 itu sudah lama tersimpan..tapi itulah diri saya...bukan seorang pencerita yang baik..tapi insyaAllah pendengar yang baik...

saya x suka orang lain di pengaruhi dan dibelenggu dengan cerita sedih serta masalah saya...saya mahukan sahabat-sahabat saya gembira disamping saya..bukannya berduka di samping saya...itu sikap saya....maaf jika ada yang tak suka dengan cara saya..tapi itulah saya... a good listener but not a good talker.

perasaan sedih ni satu anugerah dari Allah..dengan sedih kita dapat keluarkan air mata kita untk sihatkan lagi mata kita..dengan sedih kita lebih dekat dengan Allah...

Saturday, January 2, 2010

Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk
NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan
ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH
ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court ,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari ,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2


Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya anda tidak mampu
memberi sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan
anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.


SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive