Thursday, February 18, 2010

SELAMAT JALAN ABI


Al Fatihah buat abi Akhi Majdi Nadwan yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Rabi'ulawal bersamaan 17 Februari 2010. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Al Fatihah...


Buat Akhi Majdi Nadwan, moga diri enta tabah dengan ujian yang Allah berikan ni. Ingatlah ini salah satu bentuk tarbiah dari Allah.

p/s: Teringat kata2 kak syakirah masa tahlil tadi...."najwa, sementara ayah masih ada ni..hargailah...ayah akak dah x der...."...air mata menitik.....

MACAM MANA BOLEH LUPA NIH??

18 FEBRUARI 2010

lepas balik dari MAYBANK S14 tadi
pegi makan dekat U CAFE
tiba-tiba KAK JAL kata

"najwa!!hari ni BIRTHDAY akak!!"MySpace

dengan muka x cayanya ana kata...

"kak jal x yah la nak buat lawak!!"MySpace

kak jal buat muka kesian...

"camni la najwa...
birthday dia akak ingat...
birthday kita dia x ingat..."MySpace

on the way nak p makan...

ana tanya dekat KAK AISYAH
"hari ni birthday KAK JAL ke??"

KAK AISYAH jawab...

"YE!!!!"MySpace

adoiii...sorry2 KAK JAL sayang
macam mana boleh lupa ni seh...
ni tandanya
UKHWAH TAK MANTOP LAGI NIH!!!

TO KAK JAL SAYANG~

SELAMAT HARI LAHIR NA....

nak mintak maaf sangat2
kalau...
terlebih 'cute' dari KAK JAL....
terlebih 'sempoi' dari k jal...
'terkurang' makan dari k jal
terlebih 'bermastautin' kat bilik kak jal...
semua2 la yer....MySpace

and want u to know that

kita berjumpa kerana takdir
kita berkawan kerana kasih sayang
kita bersama kerana hati
kita berpisah kerana cita-cita
kita kekal kerana kuatnya ukhwah
dan semuanya kerana Allah...

LOVE U FILLAHMySpace


sabda Nabi SAW: Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.

Wednesday, February 17, 2010

BILA DAH DAH HABIS EXAM....

MySpacePetang tadi dah selesai 'bertarung' dengan MATHEMATICS 2.MySpace
Alhamdulillah selesai jugak final exam untuk sem ni.
Cuma nak tunggu result je.
hahaa pada yang masih dok berperang lagi
SELAMAT BERJIHAD ana ucapkan...
bawak senjata cukup2 yer...
bawak zikir...solat hajat...doa...
yang dah abis exam macam ana pon.
senjata tu jangan DIBUANG pulak!!
SIMPAN dan TERUSkan guna....

ramai yang jeles nih MySpace
sebab ana antara angkatan yang awal
habis exam untuk sem nih
ya lah...kami dah cukup2 berperang
masa minggu first tu...
so FAIR and SQUARE la ye...

lepas habis exam petang tadi
ana makan2 dekat CAFE ZC
ditemani KAK WANI, HUSNA, KAK PIQAH, KAK WIRDAH
huh semua dok jeles sebab ana habis exam dah
paper last diorang ahad ni
PAPER PHYSICS
moga NAJJAH ye....

tiba-tiba kak piqah kata
"najwa lepas ni dok rajin update blog ja la..orang dah abis exam.."

hahah kak piqah..u totally can read my mind la...MySpace
so lepas ni cik blog ni akan selalula di'cuci' oleh ana...

esok ingat nak keluar jap
nak p MAYBANK S14
nak p ambil cek
cek apa?
cek untuk AGD MEDCY hari tu
ana kan bahagian sponsor
so dok 'main-main' dengan cek jelah

kat sini nak buat PENGUNGUMAN SIKIT!!!

buat kakak yang SANGAT ana SAYANG!!!!
SELAMAT HARI JADI KAK MAS
moga kelahiran kita dekat dunia ni bukan satu kelahiran
yang SIA-SIA
moga kelahiran kita
membawa makna kepada ISLAM....
LOVE U FILLAH....MySpace


p/s: dok terfikir nak buat apa cuti 3 bulan ni yer?? KERJA??DOK RUMAH??BERCUTI??KAWEN??....hmmm moga terfikir aktiviti yang bermanfaat...idea3...plzzz...

Tuesday, February 16, 2010

HINA RASULULLAH DI FACEBOOK


Tengah khusyuk meng'clean up' inbox di email...saya terpandang satu email yang dikirim pada saya....tajuk Komen kurang ajar di FB. Kenapa tiada tindakan terhadap kebiadaban bahasa mereka ni?? ..cukup membuatkan jiwa saya terketaq dan berombak MySpace...cepat ja tangan ni klik dekat email yang di terima...ada satu attachment gambaq....cepat2 saya klik....

Bila dah habis download saya terus bukak attachment tadi....MasyaAllah.....nak tahu apa yang saya dapat....tengok kat bawah nih.....

comment kurang ajaq dan tak menghormati Rasulullah

Rasa sedih sangat2. Sedih sebab pikir apa nasib diorang dekat akhirat nanti??Apa yang diorang nak jawab depan Allah dan Rasulullah nanti....MasyaAllah..moga Allah bagi hidayah kepada diorang...

Lagi sedih dan menakutkan....bila terpikir....apa KITA nak jawab depan Allah dan Rasulullah nanti???? Apa tindakan yang kita buat??? Kita goyang kaki ja ka?? Kita gelak sama ka???

Takut2 nanti kat dunia kita buat amalan..buat amal ma'ruf nahi mungkar...tapi sebabkan kita tak ambil apa2 tindakan bila diorang hina Allah..hina Rasulullah..hina Islam...dekat akhirat nanti bila Allah soal diorang kenapa diorang buat macam tu?? diorang jawab..."tak dak sorang pon orang muslim yang tegur kami"....masa tu kita nak jawab apa lagi dekat Allah?? ...maka tercampaklah kita dalam api neraka disebabkan kelalaian kita sendiri...nauzubillahhi minzalikh....

Moga Allah jauhkan kita dari api neraka...bangkitlah umat Islam sekalian....mana tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah nih?????mari kita rapatkan dan kuatkan saf kita....kita bangun tengakkan balik Islam dekat muka BUMI ALLAH ni.....moga SYURGA ALLAH buat kita....

وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ

[30] Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (AL BAQARAH:30)

Sunday, February 14, 2010

PENGUNGUMAN!!!


Alhamdulillah setelah seminggu bertungkus lumus dengan final exam, hari ni bolehla nak catat something dekat blog nih...hari ni orang dok kecoh-kecoh call...beli bunga...ayat jiwang-jiwang...awat ha???pelik sungguh hari nih...tengok tarikh..14 FEB...hmmm so what??? owhhh it's........

VALENTINE DAY......

Tiba-tiba rasa sedih pulak...sedih gapo???bukan sedih sebab tak dak orang bagi bunga...bukan jugak sedih sebab tak ada orang wish..SEDIH...sebab....terpikir remaja-remaja islam yang dah hanyut dengan dakyah-dakyah KRISTIAN nih....terpikir jugak...

"Diorang tahu tak apa disebalik 14 FEBRUARI nih???"

"Tak ada orang yang sampaikan kat diorang kot."

Valentine Day ni dah dibahaskan panjang lebar oleh para Ulama' sebelum fatwa di keluarkan. So tak boleh nak argue la ye. Bukannya saja-saja fatwa dikeluarkan. Sebelum dikeluarkan fatwa satu proses yang panjang dah dilalui. Seperti yang kita tahu, Valentine day ni upacara orang Kristian. Berasal pon dari agama Kristian.

Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ”Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, karena alasan berikut :

Pertama : Ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.

Kedua : Ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendahan seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meridhai mereka-.

Jadi kawan-kawan semua....janganlah kita sambut perayaan ini. Tak mendatangkan apa-apa faedah pon pada kita...Malah mendatangkan kebaziran...Yala..nak beli bunga..hadiah...makan...macam2la...


p/s: Hari kekasih 14 FEB kita ingat..agak2...Hari Kekasih kita 12 Rabiulawal orang ingat x????

Wednesday, February 3, 2010

MOTIVASI DIRI SEBENTAR

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan
dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati
.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.



2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.



3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.



4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.



6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.



7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.



9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.



11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !



13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.



14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.



15. Lakukan kerja seikhlas hati.



16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada
Allah.

Tuesday, February 2, 2010

KAU LELAKI TERHEBAT BAGIKU

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH~



Selamat Hari Lahir buat abah yang tercinta. Hari ini adalah hari lahir insan yang amat bermakna dalam hidupku. Terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan. Walaupun usia semakin memakan waktu namun kau tetap tersenyum. Walaupun kesihatan semakin tidak menentu kau tetap tersenyum

~ Selamat Hari Lahir Abah ~ Moga dipanjangkan umur ~ Diberikan kesihatan yang berpanjangan ~ Moga kau sentiasa dilindungi Allah ~

salam sayang dari anakmu:
najwa
shuhaib
buqari
muslim

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive