Friday, March 26, 2010

HARIMAU...BUAYA..TIKUS..& MADU???

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! bunyi.... aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang..
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer.
Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.
Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.
Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib.... Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak...
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi.
Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah..
Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LA ILAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SHOLLI WA SALLIM WABARIK A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD
*WA A'ALA ALIHI WA SHOHBIHI AJMA'IEN

Wednesday, March 17, 2010

BERTUNANG DENGAN....

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.




"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber:http://sufygirl.blogspot.com/

Tuesday, March 9, 2010

CGPA BUKAN PENENTU KEJAYAAN

”Ish, takutnya nak tunggu result 11 Mac nih”, kata sorang sahabat. Rasanya semua pun dok rasa macam tu jugak sekarang nih. Ada yang dah tak lalu nak makan. Ada yang dah tak mau bukak FB untuk satu minggu nih. Ada yang nak berkhalwat. Macam-macam perangai sementara result kuar.

Bila tanya dekat semua sahabat berapa yang korang aim? Semua target 3.5 above (termasukla diri sendiri ^_^). Rasanya mentaliti kita sebagai mahasiswa dah disetkan macam tu kot. Bagi sesetengah mahasiswa kecemerlangan tu adalah duduk terperap dalam bilik, menghadap buku 24 jam, jawab exam, dapat 3.5 above dan grade dengan Ijazahkelas pertama. Whoa...

Tapi golongan yang tak penuhi ciri-ciri 'cemerlang' tu dipinggirkan kerana kurangnya CGPA. Mulala timbul cakap-cakap "itulah, aktif sangat berpersatuan sampai akademik terabai”. Huh. Terasa tak?? Sampai mahasiswa yang aktif dengan persatuan nih dikatakan dah buat jenayah akademik dan dah jadi fitnah kat persatuan tuh.

Apa yang nak ana tekankan kat sini, CGPA bukan menetukan kejayaan kita. Tak semestinya dapat CGPA 3.5 above kita akan berjaya. Ada jer yang dapat 3.5 above tapi dah berjaya sekarang. Konsep berjaya tu pun sangat luaskan. Kalau boleh kita nak berjaya dalam semua la. Dunia dan Akhirat.

Alangkah ruginya mereka yang merendah diri kerana tidak berpelajaran tinggi, rugi lagi yang meninggi diri dengan kerjaya dan jawatan tetapi tidak memahami tujuan sebenar kehidupan. Kita beruntung jika berada dalam kelompok ketiga ini. Iaitu mengenalpasti kemahiran dan kecenderungan diri lalu bangunkan ia atas nama Islam. Kenal diri, anda akan temui sesuatu yang membanggakan!

Tuntutlah ilmu sebanyak mana yang kita mampu untuk bangunkan Islam kembali. Dan jangan takut untuk hadapi keputusan exam yang akan kita dapat. Bila dapat keputusan tu senyum selebar-lebarnya. Dan ucap Alhamdulillah. Kalau boleh kongsila result tu kat sini. ^_^

Saturday, March 6, 2010

SYUKRAN ATAS KEHADIRAN ANTUM

Jika pada zaman Rasulullah S.A.W., para sahabat merupakan antara insan-insan penting yang berada di samping Baginda. Mereka sentiasa membantu Baginda. Melindungi Baginda dan sanggyp buat apa sahaja demi Baginda. Rasulullah sangat-sangat sayangkan sahabat-sahabat baginda ini. Melalui sirah nabi, dapat kita ambil ibrah bahawa sahabat merupakan perkara penting yang perlu ada bersama kita. Sahabat yang akan mencerminkan diri kita.


Di kala diri melangkah ke fasa baru, Allah utuskan sahabat-sahabat untuk menasihati diri yang sering alpa ini. Banyak message dan call yang ana terima dari sahabat-sahabat. Nasihat-nasihat berguna dihulurkan. Terasa diri ini sangat di sayangi. Syukran Ya Allah kerana kurniakan mereka buat diriku.

Bila diri sering leka dengan dosa, Engkau tegur hambaMu ini melalui sahabat-sahabatku. Subhanallah cantik aturanMu Ya Allah. Subhanallah cantik susunanMu.

Ya Allah ketika ujian-ujianMu datang kepadaku, seringkali aku menangisinya. Namun kau hantar sahabat-sahabat untuk kuatkanku kembali. Kau utus mereka untuk tenangkanku. Kau utus mereka bagi menemaniku. Terima kasih Ya Allah.


Semakin diri melangkah dan terus melangkah dalam medan perjuangan, semakin rancak Kau temukan diriku dengan sahabat-sahabat yang turut sama berjuang. Membuatkan diriku semakin bersemangat dan semakin teruja untuk terus berjuang. Terima kasih sahabat di atas kehadiranmu. Terima kasih sahabat di atas kesanggupanmu berjuang bersamaku. Terima kasih sahabat kerana kasih sayangmu.

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu. Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangmu. Terima kasih Ya Allah atas nilai ukhwah yang Kau berikan.

Duhai sahabat, mari kita berdoa. Moga di Syurga nanti kita berpegangan tangan berlari-lari di dalamnya.

Friday, March 5, 2010

5 MAC

Alhamdulillah di saat melangkah ke fasa 19 hari ni, Allah masih lagi bagi nikmat IMAN DAN ISLAM kepadaku. Allah masih lagi pinjamkan roh dan jasad ini kepadaku. Syukran Ya Allah. Tak tahu macam mana untukku membalasnya. Syukran Ya Allah kau utuskan aku ke dunia sebagai seorang muslim. Syukran ya Allah kau berikan aku ibubapa yang terbaik. Syukran ya Allah di hari lahirku kau tetap berikan aku dugaan dan ujian untuk menilai tahap keimanan dan kesabaranku.

Buat umi tersayang, terima kasih banyak-banyak kakak ucapkan. Terima kasih sebab lahirkan kakak. Terima kasih sebab menyusukan kakak. Terima kasih sebab mandikan kakak. Terima kasih sebab jaga kakak. Terima kasih sebab tak tidur malam jaga kakak. Terima kasih sebab ubati kakak kalau kakak sakit.

Buat abah tersayang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab sambut kakak kat dunia nih. Terima kasih sebab iqamatkan kakak. Terima kasih sebab bagi kakak makan. Terima kasih sebab selalu main dengan kakak. Terima kasih sebab didik kakak jadi seorang pemimpin. Terima kasih sebab bagi kepercayaan dan peluang untuk kakak cari identiti diri kakak sendiri. Terima kasih sebab sentiasa lindungi kakak.

Buat Mu Ya Allah, maafkan diriku sebab tak mampu jadi hamba yang terbaik. Tak mampu beribadat kepadaMu dengan ibadat yang terbaik. Tak mampu jadi khalifah yang terbaik. Tak mampu jadi Insan yang terbaik.

Buat umi dan abah, maafkan kakak sebab tak mampu jadi anak yang solehah. Maafkan kakak sebab tak mampu jadi anak yang terbaik. Maafkan kakak kalau ada sakitkan hati umi dan abah. Maafkan kakak kalau kakak pernah guriskan hati umi dan abah. Maafkan kakak kalau kakak tak pernah puaskan hati umi dan abah. Maafkan kakak kalau kakak selalu ego. Maafkan kakak kalau kakak tak dengar nasihat.

Untuk yang terakhir kalinya, aku memohon Ya Allah, matikanlah aku sebagai MUJAHIDAH. Ambillah aku dalam keadaan diriku anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah. Tetapkanlah aku dalam agama IslamMu sampai bila-bila Ya Allah. Tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujian dan dugaan Mu ya Allah.

Buat umi dan abah, moga kita sama-sama di syurga nanti. Moga abah sanggup jadi wali kakak nanti. Moga umi dan abah yang 'memandikan' kakak nanti. Moga kita beriringan di dalam syurga nanti....AMEEN......




Wednesday, March 3, 2010

USTAZAH NAJWA

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Iman sihat? Amal sihat? Akal waras? Moga-moga dalam masa kita bercuti ni, iman, amal dan akal kita tak turut bercuti jugak la yer. Moga cuti yang ada ni kita isi dengan perkara yang bermanfaat.

Bagi ana yang tak ada short sem nih, agak buntu jugak nak buat apa dekat rumah. Tapi alhamdulillah Allah tunjuk jalan. Banyak kerja yang datang secara tiba-tiba. InsyaAllah 12 sampai 14 MARCH ni akan jadi fasilitator untuk satu program di perlis.

Hari Selasa hari tu, masa makan tiba-tiba abah cerita ada sorang ustazah dekat PASTI ni accident. So sementara waktu ni tak da sapa yang nak ganti. Mulut ni gatai-gatai pergi cakap "Mai kakakla yang ganti. Tengah cuti tak buat apa nih." Tak sangka pulak abah amik serious. So sekarang ni jadi ustazah la ana dekat PASTI AZ ZAHRAH. Bersama dengan kanak-kanak. Rasa macam balik ke zaman dulu-dulu jer. Macam-macam kerenah. Biasalah budak-budak. Teringat ana masa kecik dulu. Tapi ana baik lagi kot. HUHUHU...

Berazam nak jadi ustazah yang baik nih. Lagipun ana suka budak-budak so no hal la...heheh. Tapi banyak pengalaman tu.

Nak tau ana mengajar apa? Pengalaman mengajar? Nanti ana citer dalam next post yer.

FAMILY BESAR MEDCY

Assalamualaikum. Alhamdulillah tengah dalam mood cuti ni. Hari ni tak mula mengajar lagi. Mengajar? nanti ana masukkan cerita macam mana ana boleh tiba-tiba mengajar pulak nih. Untuk post kali ni ana nak cerita tetang MEDCY's PICNICS yang dibuat pada 23 Februari lepas.

Alhamdulillah sangat seronok bagi ana. Cuma yang tak bestnya sebab Kak Mas tak ada. huhu..Apa2 pown memang sangat2 seronok.

Sejak ana dalam MEDCY ni rasa macam dalam satu FAMILY yang BESAR PUNYA!! Ni ayatHUSNA la nih. Banyak suka duka dalam MEDCY nih. Ada suka ada duka. Ada gaduh ada sayang. Ada yang memang selalu sangat gaduh. Pantang jumpa. Ish3. Sapa la tu kan??

Picnic kali ni kami buat di TAMAN TASEK PERDANA. Yang bestnya sebab masa tu hari kerja. So memang tak dak orang. Taman tu macam kami yang punya. Setiap lajnah kena bawak makanan yang diorang masak sendiri. Ada GARLIC BREAD, SUP, SOSEJ, AYAM GORENG, NURGET, COCTAIL dari MAINBOARD huhu dan banyak lagi la. Tak larat nak sebut.

So ana tempekla gambar-gambar ni. Senang sikit kan. So selamat tengok la yer.


presiden bersantai

nik mencurahkan perasaan

makan je tau...

family BESAR PUNYA!!


lambai dulu

segala bekalan

hah lega...

posing depan KC sebelom bertolak

Tuesday, March 2, 2010

MARA LINEAR

salam
alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah tercinta
sampai kat rumah dalam pukul 12 tengah malam
and kat sini ana nak citer
pasal pengalaman naik bus semalam
bukannya ni first time ana naik bus
tapi ada something yang buat ana tak boleh lupa

masa ana naik di pudu,
yang duduk sebelah ana perempuan
alhamdulillah
tapi tiba2 masa kat satu stesyen ni dia turun
kemudian ada sorang mamat pulak
duduk kat sebelah ana
masa tu Allah je yang tahu
dalam hati dok doa sangat2
moga Allah bagi perempuan yang dok kat situ
Alhamdulillah
Allah Maha Mendengar...
lelaki tu tukar sit dengan kawan dia
Alhamdulillah....

yang buat ana paling tak boleh lupa....
bila nak start jalan
co-pilot dia baca doa naik kenderaan dekat mic
ana sangat2 terkesima dan terkejut
TAHNIAH SELANGOR
peningkatan dan perubahan yang baik
setiap yyang nak dilakukan
kita mulakan dengan DOA...
negeri lain???
bila lagi nak berubah???

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive