Friday, April 23, 2010

RM 10

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.

"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.

Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Friday, April 16, 2010

AIS-KRIM GORENG



Salam. Alhamdulillah, macam mana yang semua orang tahu, saya memang suka sangat makan ais krim goreng. Tapi disebabkan tak dak short sem, maka berpisahlah dengan ais krim goreng. Rasulullah pernah berpesan, berilah barang yang paling kamu suka. Jadi hari ni, saya nak kongsi resepi ais krim goreng dengan semua. So, selamat mencuba yer.....

RESEPI AIS KRIM GORENG

Bahan-Bahan:

ais krim
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

Cara:

1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.



p/s:disebabkan rasa rindu pada ais krim goreng, saya mencari resepi ni. Tapi masih belum berkesempatan untuk cuba...sapa2 yang dah cuba nanti tolong comment dekat sini yer....

Tuesday, April 13, 2010

SATU LAGI MESEJ BUAT DIRIKU

Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...


Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...

Wednesday, April 7, 2010

CIKGU VS DOKTOR

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, Allah masih lagi pinjamkan nyawa buat diri ini bertahan hingga ke hari ini. Syukur Alhamdulillah....

Cuti yang lama yang dihabiskan dirumah pada awalnya, dijangka pasti amat membosankan. Pastinya dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang cukup tidak mencabar. Rutin harian pasti bermula dengan bangun tidur, makan, tengok tv......hinggalah tidur balik.

Namun Alhamdulillah, percaturan Allah yang Terbaik. Disebabkan seorang guru PASTI accident teruk, jadi diri ni ditawarkan sebagai guru sementara. Mulanya keberatan untuk memikul amanat ini kerana memikirkan 'ketidak cabaran' mengajar kanak-kanak. Sesungguhnya diri ini memang sukakan cabaran. ^_^.

Allah Maha Mendengar setiap keinginan hambanya. Hari pertama bergelar CIKGU, saya diamanahkan untuk mengajar kanak-kanak 6 TAHUN. Subhanallah...Sangat-sangat mencabar. Bermacam-macam perangai yang saya jumpa. Ada 4 orang yang masih belum pandai menulis dan mengenal ABC. Namun Alhamdulillah mereka mahir dengan IQRA' mereka. Bermulalah cabaran selama sebulan sebagai CIKGU. Diri ini terpaksa digarangkan dihadapan murid-murid. Makin hari makin serasi dan murid-murid mula tunjuk belang...Hmmm..Macam-macam..

Tak kurang juga yang tak mahu belajar langsung. Hanya tahu kacau kawan-kawan dan buat bising dalam kelas. Tahap kesabaran perlu dimaksimumkan. Ada juga yang mahu bermanja-manja walaupun perwatakan dah digarangkan...Aish tak makan saman diorang nih...

Mula-mula agak fed up untuk mengajar ditambah dengan kenakalan mereka. Namun, kata-kata abah cukup terkesan di hati hingga ke hari ini. "Kakak, bila kakak ajar diorang, diorang paham dan ingat dan diorang amalkan insyaAllah pahala tu akan dapat dekat kakak sampai bila-bila". Hati tersentak bila dengar abah kata macam tu. Dan mulai saat itu diri ini mencuba yang terbaik buat mereka.

Tatkala diri ini sedang menulis, anak-anak murid sedang belajar di PASTI bersama cikgu baru mereka. Wajah-wajah kecil mereka sentiasa akan dirindui. Moga mereka menjadi rantai perjuangan Rasulullah nanti..InsyaAllah...

p/s: ada yang kata saya layak menjadi cikgu.....mungkinkah diri ini akan beralih arah?? atau terus berjuang menjadi doktor?? ataupun akan menjadi yang lain??? namun yang pasti diri ini akan tetap menjadi pejuang agama Allah.....InsyaAllah....

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive