Thursday, June 17, 2010

SELAMAT JALAN SRIKANDI SOLEHAH

23 MAY 2009

"Assalamualaikum, nama akak Fatima Zurwanti BT Zukifly. Panggil je Kak Atim. Nama adik?"

Itulah pertama kali ana berjumpa dengan kak atim. Ta'aruf antara kami bermula di hari pertama pendaftaran ana di UIA PJ. Hari-hari awal di UIA PJ agak senang dengan kehadiran kak atim. Kak atim banyak memberi tunjuk ajar apa yang perlu dibuat.

Alhamdulillah dalam masa yang singkat kami mula jadi rapat. Macam adik dan kakak kandung. Kak atim suka sangat makan lolipop. Suka sangat tarik hidung ana dan akan panggil ana dengan panggilan 'budak buchuk'. Huhu. Sangat suka sebab terasa kemesraan berukhwah disitu.

Banyak benda yang ana dan kak atim buat bersama. Makan bersama, pergi program bersama, solat bersama, tidur bersama, macam-macam lagi. Kalau duduk dengan kak atim, tak kering mulut dia menyampaikan nasihat untuk kita semua. Macam-macam yang akan dia buat dan semua tu ada sebab kenapa dia buat. Itu yang buat semua orang suka dan sayang sangat dengan kak atim.
Dalam MRC ZC, kak atim pegang jawatan biro disiplin. Kak atim akan tegur apa-apa benda yang tak betul. Dia tak akan biarkan benda yang tak betul diteruskan saja. Sangat-sangat puji dengan sikap kak atim. Dia tak kisah apa yang orang cakap asalkan dia buat benda yang betul.


16 JUN 2010

Selamat Jalan kak atim sayang. Kak atim dah buat yang terbaik didunia ni. Sekarang masa kak atim untuk berehat disana. Mesti kak atim seronokkan? Sebab kak atim pergi dalam bulan REJAB. Kak atim boleh jumpa mama kak atim dekat sana. Kan kak atim selalu kata, kak atim rindu sangat dekat mama kak atim. Kalau boleh memang tak nak bagi kak atim pergi. Tapi, Allah lebih sayangkan kak atim. Kami hanya pinjam kak atim saja. Pemilik sebenar dah nak ambil. Jadi kita kena pulangkan balik. InsyaAllah kami cuba untuk ikhlas dan redha. Kak atim tunggu kami semua dekat syurga ya. InsyaAllah kita akan jumpa nanti. SELAMAT JALAN KAKAKKU SAYANG. InsyaAllah kami akan sambung dan teruskan perjuangan mu disini.

Alhamdulillah buat kali terakhir, Allah bagi kesempatan untuk kita bersama dalam van jenazah. Setakat itu yang mampu najwa hantar. Perjalanan terakhir bersama jenazah akak dalam van jenazah takkan najwa lupakan sampai bila-bila. Kali ini cukup berbeza. Kalu dulu dalam LRT akak selalu banyak cakap. Tapi kali ni akak diam kaku. Hanya doa yang mampu adik buchuk akak ni kirim. Moga berbahagia di sana. Dan tunggu dan sambut najwa di sana nanti. InsyaAllah kita akan berjumpa......


p/s:tak der lagi orang yang akan tarik hidung dan panggil ana 'budak buchuk'. Missed the call.

Monday, June 14, 2010

KEHADIRANNYA SATU KESYUKURAN


Kehadirannya cukup membawa erti buat diriku. Walaupun perkenalan kami masih baru dan mentah, namun pelbagai perkara dah kami lalui bersama. Banyak cerita yang dah kami kongsi berdua. Rahsiaku rahsiamu dan rahsiamu rahsiaku. Tiada jurang antara kami walaupun asal kami berbeza namun langkah dan matlamat kami sama. Dirinya ibarat guru buat diriku. Ilmunya cukup membuatkan aku tergoda. Ketegasannya cukup membuatkanku terpesona. Kepetahannya berkata-kata cukup membuatkanku terkesima.

Pernah aku terjatuh tapi cepat-cepat dia bangunkan aku. Pernah air mataku mengalir tapi cepat-cepat dia sapukan. Pernah aku rasa macam nak rebah, tapi cepat-cepat dia pangku. Ya Allah, terima kasih atas kehadirannya. Akan aku hargai si dia hingga hujung nyawa.

Buat sahabatku NURUL HUSNA KAMARUDIN kaulah nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan buat diriku. CAHAYA KEBAIKAN mencerminkan dirimu. Moga pantulan cermin itu terkena pada diriku walaupun bukan semua mungkin sedikit. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19. Semoga ukhwah kita ini sentiasa dalam redhaNya.

Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah

AKU BERDOA, MOGA KITA BERPIMPIN TANGAN DI SYURGA NANTI

Tuesday, June 8, 2010

AKU TERIMA LAMARAN INI.....


Salam buat semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Moga diri kalian semua sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi. Ameen. Maaf atas segala kekhilafan diri yang telah membuatkan sahabat-sahabat sekalian ternanti-nanti posting terbaru dari ana. Diri ini hanya merancang namun Allah yang menentukan. Posting terbaru ana ni, nak menceritakan sedikit pengalaman dan kisah ana dilamar. Ini semua buat tasji' kepada sahabat-sahabat ana yang juga dilamar. Moga kita tabah dan sabar dalam menghadapi proses ini. Harap semua pembaca dapat berlapang dada sepanjang membaca posting ini.


Lamaran pertama diterima semenjak di sekolah menengah lagi. Masa itu diri ana masih dalam kategori kanak-kanak. Belum matang lagi dalam segala-galanya. Namun alhamdulillah, ada akak-akak yang sudi membantu diri di sepanjang proses lamaran ini. Banyak nasihat yang akak-akak berikan membuatkan diri ini rasa cukup dihargai sepanjang proses yang mencabar ini.

Pelbagai skill untuk memantapkan diri dipelajari bagi memastikan si dia yang melamar mendapat yang terbaik. Tempoh masa ini sangat menguji iman di hati. Syaitan sering kali cuba menyelit masuk ke dalam jiwa bagi membuat onar di sepanjang tempoh lamaran ini. Namun alhamdulillah cuba ditepis sebaik mungkin. Bantuan dari akak-akak tersayang cukup membuatkan diri ini sabar dalam menempuh dugaan yang datang.

Alhamdulillah, lamaran dari si dia diterima. Pertunangan berlangsung. Makin banyak tanggungjawab di pikul. Tanggungjawab untuk menambahkan lagi ilmu di dada bagi memastikan hubungan yang dibina kukuh selamanya dan berjalan dalam biah yang terbaik.

Selesai di sekolah menengah, ana melangkah ke UIA. Masa itu hanya Allah yang tahu. Hubungan antara kami kian renggang. Kekhilafan diri ini sebenarnya. Ana mencari si dia namun masih belom berjumpa.Hanya Allah tempat ana mengadu mohon di kuatkan hati bagi melalui ujian dari Ilahi. Akak-akak senior di SERATAS dahulu terus dicontact bagi melahirkan rasa sedih di hati dan bagi mendapatkan sedikit kata-kata nasihat.

Alhamdulillah,mereka cepat-cepat memaklumkan kepada sahabat-sahabat mereka di UIA untuk nasihatkan dan tengok-tengokkan ana. Mereka tak mahu ikatan yang dibina terputus begitu sahaja. Tempoh pertunangan mengambil masa lebih kurang satu tahun. Berakhirnya Semester 2 di UIA, ana dan si dia diijabkabulkan dalam satu majlis yang pada mulanya ana tak tahu tujuan asalnya.

Masa itu terasa betul-betul satu tanggungjawab besar di bahu ana. Masa itu ana sedar, segalanya buat si dia. InsyaAllah akan ana cuba untuk menjadi yang terbaik. Kadang-kadang diri bermonolog, "Kalaulah dari dulu ku kenal si dia, akan ku cepatkan perkahwinan ini". Mulanya memang terasa sangat takut untuk terima tanggungjawab baru ini. Namun teringat kata-kata seorang sahabat,Allah bagi apa yang kita PERLU bukan Allah bagi apa yang kita MAHU.

Kini diri ini kian serasi dengan tanggungjawab dan status baru yang Allah beri. Ramai yang tersenyum di awal perkahwinan namun tak ramai yang akan kekal hingga ke akhir. Diri ana berazam akan terus tersenyum di samping si dia hingga ke syurga. Tak dinafikan banyak mehnah dan tribulasi dalam perkahwinan ini disamping kesibukan belajar. Namun ini yang perlu bijak ana aturkan. Antara si dia dan pelajaran serta urusan dunia. Semua ada kepetingan tersendiri. Namun ana lebih pentingkan si dia dari segalanya.

Terima kasih ya Allah atas si dia yang telah Kau kurniakan buat diriku. Moga dirinya membolehkanku melangkah hingga ke syurga. Ameen....Buat sahabat-sahabat yang baru dilamar, mantapkan diri untuk melangkah ke fasa baru. Dengan susunan kerja yang teratur, akan membuatkan segalanya berjalan lancar. Jangan takut, si dia yang terbaik buat kita. Allah juga sentiasa bersama kita....





p/s: Salam sayang buat suami pertama ku......PERJUANGAN.....posting ini untuk dirimu. Moga diriku sentiasa bersamamu....

Thursday, June 3, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Alhamdulillah salam ukhwah buat semua sahabat perjuangan dan saudara seIslam. Alhamdulillah program TA'ARUF WEEK(TAWE) baru saja melabuhkan tirai. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum buat adik-adik ke Center For Foundation Studies,International Islamic University Malaysia (CFS IIUM). Post kali ini lebih banyak untuk menceritakan pengalaman bergerak kerja sepanjang TAWE.


Hari pertama mendaftar untuk induction telah membuatkan diri sangat tak semangat untuk TAWE sebab di letakkan dalam unit yang langsung tak der dalam pilihan iaitu PREPARATION AND TECHNICAL. Nak membantah tak boleh sebab ini satu arahan. Alhamdulillah ada geng. Kak Syakirah juga 'tercampak' ke biro yang sama yang lebih famous dengan gelaran PREP & TECH. Induction bermula dengan ahli2 prep & tech yang sangat senyap. Semua macam malu2 and tak biasa. Biasalah...bak kata head PREP AND TECH~AHMAD AMIN ALEMAN..."kita ni akan sibuk bila dah start TAWE"....so macam relax sikitla....proses ta'aruf sesama committee bermula...


Kemesraan antara ahli mula terserlah bila TAWE bermula..semua dah menjadi diri masing2. Tempat lepak utama kami di OPERATING ROOM(OR) dekat dalam office maintenance.. Sejak tu rasanya office tu mula reyuh dengan suara kanak-kanak prep & tech...perasaan gembira and bahagia dicampakkan ke prep and tech mula datang..gembira sebab dapat job yang tak pernah buat lagi..perghh...budak sciences buat kerja mechanical...heheh..sikit je la...memang pengalaman berharga la...and lagi gembira sebab ukhwah makin berkembang..dah jadi macam family pulak...memang rapat sangat...

hari2 TAWE dilalui dengan tabah sebagai committee prep and tech...situasi di OR makin rancak dengan kehadiran makanan and rezeki yang tak putus2....boleh kata setiap hari ada saja makanan kat dalam OR tu...jazakallah hu khairan kathir buat MADAM SAODAH yang bagi duit untuk kami makan DOMINO PIZZA and bagi kek yang sangat SODAP!!...abang anas yang belanja nasik lemak pagi2....and jugak abang saiful yang treat nasik lemak.....perghh...alhamdulillah rezeki2...

Berada dalam prep and tech telah berjaya meluaskan lagi view....we learned the attitude of each person...that's why people said....everything yang Allah aturkan...ada hikmahnya...know.. I've seen the hikmah ...alhamdulillah....

last day of TAWE memang very sad... macam tak nak berpisah dengan adik beradik prep and tech. Itulah keajaiban ukhwah yang Allah hantar....tapi x per....setiap pertemuan pasti ada perpisahan and setiap perpisahan akan diikuti dengan pertemuan kembali...moga adik beradik prep and tech istiqamah selalu and sentiasa dalam rahmat and redhanya...

lastly, there's special words for all of prep and tech family.....

Teman, aku ingin.....
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive