Thursday, July 29, 2010

SAYAP KIRI PERJUANGAN (PART 1)


Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan memberikan sedikit pengisian betajuk MUSLIMAT SAYAP KIRI PERJUANGAN. Allah, segan rasanya bila membentangkan tajuk ini dihadapan muslimat-muslimat yang lebih hebat dari diri ini. Atas amanah yang diberikan, saya cuba berikan yang terbaik. Dan insyaAllah pengisian itu ingin saya kongsikan bersama semua MUSLIMAT yang berjuang di luar sana.

Saya membahagikan pembentangan saya kepada 3 bahagian. Pertamanya melihat muslimat di zaman Rasulullah. Keduanya muslimat di era awal2 kejatuhan daulah Khilafiah. Dan terakhirnya melihat muslimat di zaman sekarang.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang maaruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
(At- Taubat : 71)

MUSLIMAT DI ZAMAN RASULULLAH
Di zaman Rasulullah S.A.W., banyak sumbangan yang diberikan oleh kaum muslimat. Contoh terbaik yang boleh kita ambil adalah dari kalangan UMMAHATUL MUKMININ sendiri. Antara sumbangan yang dapat kita lihat dan kaji:

#PUSAT RUJUKAN @ GEDUNG ILMU#

Rasanya semua pasti mengenali Saidatina Aisyah bukan? Isteri Rasululllah dan jugak puteri kepada Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Saidatina Aisyah cukup terkenal dengan ketinggian ilmunya. Berkat berdampingan dengan Rasulullah, ilmunya sangat luas.

Pernah diterangkan oleh Abu Burdah Bin Musa dari ayahnya:

“…setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r. a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah…”

Selain Saidatina Aisyah,Saidatina Saudah r.a , Saidatina Hafsah r.a , Saidatina Raihanah r.a, Saidatina Syafiyah r.a, Ummu Habibah r.a dan Ummu Salamah r.a juga cukup terkenal dengan ilmu mereka.

#MEMBANTU DI MEDAN PERANG#

Mari kita melihat kisah Ummi Sulaim, ibu kepada Anas r.a yang menyertai peperangan Hunain dalam keadaan mengandung dan di tangannya ada sebilah pisau. Ummi Sulaim turut membantu di perang Uhud dengan merawat tentera-tentera yang luka serta menyediakan air buat mereka.

Ketika peperangan Khandak, Safiyyah dapat menghidu pergerakkan Yahudi yang mengintip tentera Islam. Lalu Safiyyah keluar dan membunuh Yahudi tersebut.

Melalui 2 kisah ini, dapat kita rungkaikan bahawa muslimat turut diberi kebenaran untuk membantu tentera Muslimin di medan perang. Banyak pengorbanan yang diberikan dari sudut mengangkat senjata, membantu merawat tentera yang luka dan banyak lagi.

#MEMBANTU DARI SUDUT EKONOMI @ DANA PERJUANGAN#

Seperti yang kita semua tahu, Sidatina Khadijah merupakan seorang yang sangat hartawan. Beliau dari keluarga yang ternama. Hartanya sangat banyak dan melimpah ruah. Namun, apabila beliau memeluk Islam, segala hartanya diinfakkan untuk Islam. Perkembangan Islam di awal penyebaran di bumi Mekkah banyak dibantu oleh Sidatina Khadijah. Walaupun sudah biasa hidup dalam keadaan mewah namun demi cintanya terhadap Islam, sanggup dikorbankan segalanya.

#KEMAHIRAN PSIKOLOGI YANG TINGGI#

Di saat Rasulullah didatangi Jibril untuk disampaikan wahyu yang pertama dan menyatakan kerasulan baginda, hati baginda takut dan tubuh baginda bergetar. Saat sampai rumah, baginda minta diselimutkan. Saat itulah Sidatina Khadijah memainkan peranan, menenangkan suami tercinta yang baru sahaja menerima amanah dari Tuhan. Tidak ditanya kenapa? mengapa? dan bagaimana?. Lantas dirinya terus ke rumah bapa saudaranya untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Inilah peranan yang Saidatina Khadijah ajarkan kepada kita duhai muslimat. Tatkala si suami berhadapan dengan masalah, kita perlu menenangkan, bukan mengkusutkan lagi.


bersambung.....

Thursday, July 15, 2010

JANGAN CEROBOH HATI SAYA!!


Dalam kelas Basic Terms Of Al Quran tadi, 'dia' datang lagi. Cuba sekali lagi nak menceroboh hati ini. Dan 'dia' BERJAYA. Berjaya membuatkan hati ni rasa resah dan gelisah. Allah, tolong Ya Allah. Saya tak nak 'dia'!!. Tolong jauhkan 'dia' dari hidup dan hati saya Ya Allah. Itu doa saya saat setiap kali 'dia' datang dalam hati dan hidup saya walaupun saya tahu 'dia' tetap akan datang sebab 'dia' memang tak pernah berputus asa untuk bertakhta di hati saya yang lemah ini. Allah, kuatkan hambamu ini ya Allah. Hanya doa yang mampu saya pohon tatkala kehadiran 'dia' dirasai. Jangan ceroboh hati saya!!


Sejak kebelakangan ni saya sedar, 'dia' sering hadir. Membuatkan hati saya tak tenang. Nak buat apa semua jadi susah. Banyak benda yang 'dia' bawak masuk dalam hati saya menyebabkan banyak perkara yang perlu saya fikir. Nak study susah, nak beribadat susah, nak berjuang susah, semuanya susah.


Saya sedar hati saya dah sangat kotor sebab itu 'dia' mudah ceroboh. Macam dah buat highway untuk 'dia' terus direct masuk. Siksanya bila 'dia' ada. Sangat tak tenang!! Salah saya jugak sebab lalai. Lalai dalam beribadat, lalai dalam jaga hubungan dengan Allah dan lalai dalam jaga hubungan sesama manusia. Sebab itu hati saya dah makin senang untuk diceroboh. Hati yang rasanya sekali 'dia' tendang dah terbuka luas. Allah..


Allah, saya sedang berusaha nak dapatkan hati saya yang bersih dan cantik balik. Saya sedang berusaha nak kuatkan hati saya balik. Supaya 'dia' tak dapat nak ceroboh hati saya lagi walaupun dia guna M-16 sekalipun. Saya TAK NAK 'DIA'. Saya akan cuba terus berlawan dengan 'dia' sampai akhir hayat saya. Tempat 'dia' bukan di hati saya!!.

Saya tak nak disebabkan 'dia', semua benda yang saya buat bukan yang terbaik. Saya nak buat yang terbaik untuk kehidupan saya 'disana' nanti. Jadi saya perlu 'belajar' dan 'buat latihan' banyak-banyak dari sekarang. Supaya 'exam' saya disana mumtaz. Jangan ceroboh hati saya lagi!!

Saya nak ketabahan seperti umi saya HAWA supaya saya mudah tendang 'dia' dari hidup saya. Saya inginkan ketegasan seperti saudari saya AISYAH agar saya dapat katakan "AKU TAK PERLUKAN KAU DALAM HATIKU" saat 'dia' datang. Saya perlukan keberanian seperti saudari saya SUMAYYAH untuk hadapi godaan 'dia'. Dan saya perlukan KEKASIH saya Allah S.W.T dan kekasihNya Muhammad S.A.W. untuk saya terus kuat berperang dengan 'dia'. Moga suatu hari nanti 'dia' akan berputus asa untuk masuk ke dalam hati saya. Allahuma aminn.


Firman Allah SWT,

“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam ”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis ; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”. (Al-Baqarah 034)

Firman Allah SWT :
إن يدعون من دونه إلا إنثا وإن يدعون إلا شيطانا مريدا لعنه الله وقال لأتخذن من عبادك مفروضا ولأضلنهم ولأمنينهم ولأمرنهم فليبتكن ءاذان الأنعم ولأمرنهم فليغيرن خلق الله ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا يعدهم ويمنيهم وما يعدهم الشيطان إلا غرورا .

Maksudnya: Apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)."Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisaa’ 117-120)


Wednesday, July 14, 2010

SYA'BAN MENJELMA, RAMADHAN DAH TAK LAMA


Salam Sya'ban buat semua. Moga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Redha Allah. Alhamdulillah kita semua dah melangkah masuk ke bulan Sya'ban. Rejab dah berlalu membawa kita menyelusuri bulan Sya'ban pula. Apa sahaja kekurangan di bulan Rejab kita tambah baikkan di bulan Sya'ban agar kita mampu buat yang terbaik di dalam bulan Ramadhan nanti.

"Allahumma bariklana fi REJAB wa SYA'BAN, wa balighna ila RAMADHAN"

Kali ini hanya nak promotekan kepada pembaca semua tentang blog UMI saya. Blog umi lebih kepada jualan kek dan kuih raya secara online (dah maju dah umi la nih..). Yelakan Syawal pun dah nak dekat jadi umi pun dah siapkan beberapa sample kuih raya yang nak dijual untuk syawal kali ini(that's mean raya kali ni sangat banyak kuih raya..yummy). Tempahan bukan sahaja untuk hari raya. Sapa nak buat kenduri ke, birthday party ke atau apa2 sahaja bolehla order kek ke, cookies ke atau pun goodies bag.

Beberapa sample kuih raya yang dah umi siapkan untuk tempahan

Any further information bolehla 'ziarah' blog umi .Semua information ada dekat situ sekali dengan number phone. Kalau nak tanya dekat anak dia nih boleh ja..TAPI..kena charge lebih sikitla..(HEHEHEH..habisla kena dengan umi nanti). Ok. Apa-apa nak tanya please feel free to ASK. And kalau nak order please feel free to ORDER. SALAM!!

Saturday, July 10, 2010

PUTIH DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum wa salam Rejab buat semua. Apa khabar anda semua? Moga semuanya masih berada dalam redha dan rahmat Allah S.W.T.. Alhamdulillah dan syukur pada Allah atas kesempatan yang Allah bagi untuk kita berjumpa lagi di blog yang serba kekurangan ini.

Kali ini, saya nak berkongsi sesuatu yang saya dapat semasa talaqqi bersama Ustaz Muhadir. Semasa talaqqi baru-baru ni, Ustaz ada berpesan, seelok-eloknya muslimin berpakaian putih di hari Jumaat. Ini antara sunnah nabi yang senang tapi susah untuk dibuat.

Satu pesanan Ustaz yang cukup menyentuh qalbu, yang insyaAllah akan diingat dan
cuba untuk diistiqamahkan sampai bila, "Muslimat sekalian, pastikan anda semua sediakan jubah putih dan serban putih untuk suami anda pada setiap hari Jumaat."

Lepas talaqqi tiba-tiba teringat patutlah setiap hari Jumaat abah akan pakai serban dan jubah putih. Cuma adik-adik saja yang tak terikut lagi nak pakai macam tu. So angah, ayie dan yiem bila lagi hangpa nak ikut sunnah ni? (ayat kakak yang bajet penyayang). Nanti bila kakak cuti 3 bulan masa short sem akan kakak pastikan hangpa semua pakai macam tu. Hehehe..

Just nak bagi anda semua berfikir. Kalau anda semua pergi masjid anda jumpa dengan dua orang lelaki. Seorang pakai baju t-shirt biasa dengan jeans dan sorang lagi pakai baju jubah putih dan lengkap berserban putih. Yang mana satu yang buatkan sejuk mata anda memandang? Tepuk dada, tanya iman. Bukan nak kata yang pakai t-shirt dengan jeans tu tak elok, tapi kalau berkesempatan untuk pakai pakaiaan yang lebih elok dan mengikut sunnah, PAKAILAH.

Lagi satu nak ingatkan, kepada muslimat sekalian janganlah tunggu bila anda berumah tangga saja baru nak sediakan jubah putih dan serban putih. Sekarang pun dah boleh nak buat. Ayah dan adik kita kan lelaki jadi sediakan untuk mereka. Sejuk mata memandang bila tengok ayah dan adik2 pakai jubah putih di hari Jumaat. Mari kita laksanakan SUNNAH Rasulullah bermula dari keluarga kita sendiri.

Saturday, July 3, 2010

EHM...EHM..KASIH SAYANG?

In House Training sedang berlangsung di Mahallah Zainab sekarang yang melibatkan semua representative dari MRC dan Hisbah line up. Alhamdulillah buat antunna yang terpilih untuk mengikutinya sebab banyak input yang anda akan dapat(walaupun diakui agak bosan berdasarkan pengalaman...huhu).

Alhamdulillah pada malam ni saya mendapat undangan dari pihak penganjur untuk sampaikan sedikit pengisian rohani buat semua peserta. Tajuk yang diberikan kepada saya untuk disampaikan adalah MAWADDAH. Allah, malu rasanya nak memberi sesuatu kepada kalian barisan PIMPINAN, sedangkan ilmu saya masih terlalu cetek. Tapi saya cuba berikan yang terbaik semua ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya. Moga semua ilmu itu berguna untuk kalian dan diri saya juga.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah subhanallah ta'ala kerana dengan rasa kasih sayangNya, rahmatNya dan redhaNya, Allah izinkan lagi kita untuk berkumpul dalam majlis yang cukup mulia ini. Panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana kita antara yang terpilih untuk berada di sini pada malam ini. Allah masih sayangkan kita kerana itu kita di sini. Alhamdulillah.

Mawaddah ertinya kasih sayang. Berlainan dengan Mahbubah yang bermaksud yang disayangi. Kita sering mendengar "SALAM MAWADDAH=SALAM KASIH SAYANG" dan "UKHTI MAHBUBAH=SAUDARIKU YANG DISAYANGI". Dua perkataan yang berbeza sebutan dan makna namun dalam konteks yang sama.

Pertama sekali mari kita tanya diri kita sendiri, apakah tujuan utama kita berorganisasi? Adakah hanya untuk mengejar sekeping sijil penghargaan? Adakah untuk dikenali oleh semua fellow? Atau apa? Ingatlah, setiap amanah yang diberikan kepada kita akan disoal di akhirat kelak.

Sahabat2 yang di rahmati Allah sekalian, setiap apa yang kita lakukan perlulah kita niatkan kerana Allah. Tak perlu ditunggu diri kita untuk berada dalam mana-mana persatuan Islamic untuk menyatakan niat kerana Allah. Berada di mana-mana persatuan pon, ingatlah segalanya kerana Allah selagi apa yang persatuan itu lakukan tidak membatasi syara'. Islam itu mudah dan memudahkan.

ذَٲلِكَ ٱلَّذِى يُبَشِّرُ ٱللَّهُ عِبَادَهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ‌ۗ قُل لَّآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا إِلَّا ٱلۡمَوَدَّةَ فِى ٱلۡقُرۡبَىٰ‌ۗ وَمَن يَقۡتَرِفۡ حَسَنَةً۬ نَّزِدۡ لَهُ ۥ فِيہَا حُسۡنًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ شَكُورٌ
(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

(Asy-Syura:23)

Dalam berorganisasi, kita akan berjumpa dengan pelbagai orang yang mempunyai pelbagai ragam. Itulah pentingnya sifat mawaddah dalam berorganisasi. Mawaddah kerana Allah insyaAllah dapat merapatkan ukhwah dan secara tak langsung dapat melancarkan gerak kerja sesama kita.

Sifat mawaddah akan membentuk kita untuk berlapang dada dalam berorganisasi. Tak akan timbul sifat dengki, benci, menipu,berlaku curang,khianat dan mencari kesalahan orang lain bila sifat mawaddah betul-betul diimplikasikan. Lihatlah saudara-saudaraku sekalian, bertapa pentingnya sifat mawaddah ini.

Mari kita imbas sirah nabi dan bagaimana sifat Mawaddah ini ada dalam diri para sahabat:

Ketika bersembunyi di gua Thur dalam proses Hijrah, seekor ular hampir mematuk kaki Rasulullah namun Abu Bakar menghalang dengan kakinya. Akhirnya kaki Abu Bakar dipatuk ular dan Rasulullah terselamat. Subhanallah, tingginya sifat mawaddah dalam diri Abu Bakar hingga sanggup berkorban demi nabi tercinta. Kalau kita bagaimana? Mungkin kita berpura-pura tidur. Mungkin jugak kita yang pertama yang akan lari keluar.

Bertapa tingginya sifat mawaddah dalam diri kaum Ansar. Ketika kaum Muhajirin tiba di bumi Madinah, mereka diberikan tempat tinggal, harta, ternakan, isteri dan lain-lain lagi. Sifat mawaddah yang Rasulullah ajar kepada mereka telah berjaya mereka praktikkan dengan sebaik mungkin. Mereka beri apa sahaja barang yang mereka ada untuk kegunaan kaum Muhajirin. Subhanallah, baru bertemu namun disebabkan kasih sayang yang tinggi kepada Allah, membuatkan Allah memberi kasih sayang yang tinggi antara mereka. Kalau anda bagaimana? Sanggup berikan rumah anda kepada orang lain? Sanggup berikan harta anda kepada orang lain? Sanggup berikan isteri anda kepada orang lain?Hmm...

Sabda Rasulullah:

"7 golongan yang akan dinaungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu daripadanya ialah 2 orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah. Kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana Allah"

Duhai saudara seagamaku, ingatlah kita diikat antara satu sama lain dengan ikatan aqidah. Itu yang membezakan kita dengan yang lain. Kita diikat dengan ikatan yang sangat suci disisi Allah. Janganlah disia-siakan nikmat ukhwah dan sahabat yang Allah berikan. Berkasih-sayanglah antara kita kerana Allah dan yang paling utama, sayangilah DIA yang utama.

Duhai sahabat, berpesan-pesanlah kita dalam kebenaran dan kesabaran. Moga di akhirat kelak kita akan bersama-sama lagi berukhwah di Jannah.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive