Saturday, July 3, 2010

EHM...EHM..KASIH SAYANG?

In House Training sedang berlangsung di Mahallah Zainab sekarang yang melibatkan semua representative dari MRC dan Hisbah line up. Alhamdulillah buat antunna yang terpilih untuk mengikutinya sebab banyak input yang anda akan dapat(walaupun diakui agak bosan berdasarkan pengalaman...huhu).

Alhamdulillah pada malam ni saya mendapat undangan dari pihak penganjur untuk sampaikan sedikit pengisian rohani buat semua peserta. Tajuk yang diberikan kepada saya untuk disampaikan adalah MAWADDAH. Allah, malu rasanya nak memberi sesuatu kepada kalian barisan PIMPINAN, sedangkan ilmu saya masih terlalu cetek. Tapi saya cuba berikan yang terbaik semua ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya. Moga semua ilmu itu berguna untuk kalian dan diri saya juga.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah subhanallah ta'ala kerana dengan rasa kasih sayangNya, rahmatNya dan redhaNya, Allah izinkan lagi kita untuk berkumpul dalam majlis yang cukup mulia ini. Panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana kita antara yang terpilih untuk berada di sini pada malam ini. Allah masih sayangkan kita kerana itu kita di sini. Alhamdulillah.

Mawaddah ertinya kasih sayang. Berlainan dengan Mahbubah yang bermaksud yang disayangi. Kita sering mendengar "SALAM MAWADDAH=SALAM KASIH SAYANG" dan "UKHTI MAHBUBAH=SAUDARIKU YANG DISAYANGI". Dua perkataan yang berbeza sebutan dan makna namun dalam konteks yang sama.

Pertama sekali mari kita tanya diri kita sendiri, apakah tujuan utama kita berorganisasi? Adakah hanya untuk mengejar sekeping sijil penghargaan? Adakah untuk dikenali oleh semua fellow? Atau apa? Ingatlah, setiap amanah yang diberikan kepada kita akan disoal di akhirat kelak.

Sahabat2 yang di rahmati Allah sekalian, setiap apa yang kita lakukan perlulah kita niatkan kerana Allah. Tak perlu ditunggu diri kita untuk berada dalam mana-mana persatuan Islamic untuk menyatakan niat kerana Allah. Berada di mana-mana persatuan pon, ingatlah segalanya kerana Allah selagi apa yang persatuan itu lakukan tidak membatasi syara'. Islam itu mudah dan memudahkan.

ذَٲلِكَ ٱلَّذِى يُبَشِّرُ ٱللَّهُ عِبَادَهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ‌ۗ قُل لَّآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا إِلَّا ٱلۡمَوَدَّةَ فِى ٱلۡقُرۡبَىٰ‌ۗ وَمَن يَقۡتَرِفۡ حَسَنَةً۬ نَّزِدۡ لَهُ ۥ فِيہَا حُسۡنًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ شَكُورٌ
(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

(Asy-Syura:23)

Dalam berorganisasi, kita akan berjumpa dengan pelbagai orang yang mempunyai pelbagai ragam. Itulah pentingnya sifat mawaddah dalam berorganisasi. Mawaddah kerana Allah insyaAllah dapat merapatkan ukhwah dan secara tak langsung dapat melancarkan gerak kerja sesama kita.

Sifat mawaddah akan membentuk kita untuk berlapang dada dalam berorganisasi. Tak akan timbul sifat dengki, benci, menipu,berlaku curang,khianat dan mencari kesalahan orang lain bila sifat mawaddah betul-betul diimplikasikan. Lihatlah saudara-saudaraku sekalian, bertapa pentingnya sifat mawaddah ini.

Mari kita imbas sirah nabi dan bagaimana sifat Mawaddah ini ada dalam diri para sahabat:

Ketika bersembunyi di gua Thur dalam proses Hijrah, seekor ular hampir mematuk kaki Rasulullah namun Abu Bakar menghalang dengan kakinya. Akhirnya kaki Abu Bakar dipatuk ular dan Rasulullah terselamat. Subhanallah, tingginya sifat mawaddah dalam diri Abu Bakar hingga sanggup berkorban demi nabi tercinta. Kalau kita bagaimana? Mungkin kita berpura-pura tidur. Mungkin jugak kita yang pertama yang akan lari keluar.

Bertapa tingginya sifat mawaddah dalam diri kaum Ansar. Ketika kaum Muhajirin tiba di bumi Madinah, mereka diberikan tempat tinggal, harta, ternakan, isteri dan lain-lain lagi. Sifat mawaddah yang Rasulullah ajar kepada mereka telah berjaya mereka praktikkan dengan sebaik mungkin. Mereka beri apa sahaja barang yang mereka ada untuk kegunaan kaum Muhajirin. Subhanallah, baru bertemu namun disebabkan kasih sayang yang tinggi kepada Allah, membuatkan Allah memberi kasih sayang yang tinggi antara mereka. Kalau anda bagaimana? Sanggup berikan rumah anda kepada orang lain? Sanggup berikan harta anda kepada orang lain? Sanggup berikan isteri anda kepada orang lain?Hmm...

Sabda Rasulullah:

"7 golongan yang akan dinaungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu daripadanya ialah 2 orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah. Kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana Allah"

Duhai saudara seagamaku, ingatlah kita diikat antara satu sama lain dengan ikatan aqidah. Itu yang membezakan kita dengan yang lain. Kita diikat dengan ikatan yang sangat suci disisi Allah. Janganlah disia-siakan nikmat ukhwah dan sahabat yang Allah berikan. Berkasih-sayanglah antara kita kerana Allah dan yang paling utama, sayangilah DIA yang utama.

Duhai sahabat, berpesan-pesanlah kita dalam kebenaran dan kesabaran. Moga di akhirat kelak kita akan bersama-sama lagi berukhwah di Jannah.

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive