Friday, December 10, 2010

BERLAPANG DADA..ITU YANG TERBAIK

Perasaan marah,tersinggung, terasa hati, terluka ataupun dilukai memang takkan lari apabila kita berprogram dan bergerak kerja. Itu lumrah alam. Itulah sebenarnya yang mencorakkan perjalanan gerak kerja tersebut. Tak seronoklah berprogram kalau semuanya berjalan lancar saja tanpa sebarang masalah. Namun, Islam tidak membiarkan masalah ini berlalu begitu sahaja. Setiap masalah yang berlaku, ada jalan penyelesaiannya. Islam telah menyediakan 3 cara bagaimana untuk kita counter balik masalah-masalah yang berlaku.

MENAHAN MARAH




Bagi yang panas baran, perkara ni memang susah untuk dipraktikkan kan? Apabila ada yang marah dengan kita atau tak berpuas hati dengan kita ataupun kita tak berpuas hati dengan orang lain, sila KAWAL KEMARAHAN kita. Sedarlah, saat kita marah, perlakuan kita dikawal oleh ENCIK SYAITAN dan PUAN EMOSI. Kita tidak akan mampu berfikir dengan rasional saat itu.

Bukan tidak boleh marah. BOLEH. Tapi sila KAWAL kemarahan tersebut. Jangan disebabkan perasaan marah, segala gerak kerja terganggu, ukhwah kian renggang, muka kian masam, habis menjejaskan emosi dan gerak kerja yang lain.

Nabi pernah memberi nasihat kepada seseorang yang datang meminta nasihat dari baginda. Apa yang nabi katakan?.. "Jangan kamu marah". Nabi mengulangi ayat itu beberapa kali. (H.R BUKHARI). Lihatlah bertapa nabi menasihati kita untuk TIDAK MARAH!

Saya bukan hanya pandai bercakap, tapi saya bercakap berdasarkan PENGALAMAN. Saya pernah bekerja dengan orang yang panas baran. Nasihat saya, kita perlu menjadi COOLER. Air kalau disimbah dengan minyak petrol akan lebih marak. Tapi, api kalau disimbah dengan air, maka padamlah api tersebut. 


MEMBERI MAAF


MAAF. 


Satu perkataan yang simple tapi susah untuk diluahkan. Mungkin sebab masing2 ada ego. Ada yang egonya tinggi menggunung. Ada yang jugak egonya santai2 jer. Ego anda semua tahap mana yer? Nasihat saya, bagi yang berego tinggi sangat tu, sila-silakan rendahkan ego anda. Tak salah pun bila kita rendahkan ego untuk sesuatu yang baik. 


Selalukanlah ucapkan perkataan maaf dari bibir kita. Jadikan ia satu kebiasaan kita. Salah ke kalau kita ucapkan perkataan MAAF? Takkan jatuh martabat kita, kalau kita minta maaf kan? Hatta kalau kita seorang raja, pemimpin, menteri mahupun hanya insan biasa berilah kemaafan bila ada yang meminta ;mintalah kemaafan bila ada yang terluka.(pening x ayat nih??)


BERLAPANG DADA


Cara yang terakhir, berlapang dadalah. Kata yang lebih mudah, REDHA. Bukan mudah untuk kita redha dengan sesuatu yang berlaku. Namun, BERUSAHALAH. Moga bila kita redha dengan apa yang terjadi, Allah redha ke atas kita. Sesuatu yang susah untuk kita dapat, mestilah dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bila dah dapat, perasaannya sangat INDAH!!


JOM SAMA-SAMA KITA BERLAPANG DADA!!


"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive