Sunday, February 14, 2010

PENGUNGUMAN!!!


Alhamdulillah setelah seminggu bertungkus lumus dengan final exam, hari ni bolehla nak catat something dekat blog nih...hari ni orang dok kecoh-kecoh call...beli bunga...ayat jiwang-jiwang...awat ha???pelik sungguh hari nih...tengok tarikh..14 FEB...hmmm so what??? owhhh it's........

VALENTINE DAY......

Tiba-tiba rasa sedih pulak...sedih gapo???bukan sedih sebab tak dak orang bagi bunga...bukan jugak sedih sebab tak ada orang wish..SEDIH...sebab....terpikir remaja-remaja islam yang dah hanyut dengan dakyah-dakyah KRISTIAN nih....terpikir jugak...

"Diorang tahu tak apa disebalik 14 FEBRUARI nih???"

"Tak ada orang yang sampaikan kat diorang kot."

Valentine Day ni dah dibahaskan panjang lebar oleh para Ulama' sebelum fatwa di keluarkan. So tak boleh nak argue la ye. Bukannya saja-saja fatwa dikeluarkan. Sebelum dikeluarkan fatwa satu proses yang panjang dah dilalui. Seperti yang kita tahu, Valentine day ni upacara orang Kristian. Berasal pon dari agama Kristian.

Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ”Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, karena alasan berikut :

Pertama : Ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.

Kedua : Ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendahan seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meridhai mereka-.

Jadi kawan-kawan semua....janganlah kita sambut perayaan ini. Tak mendatangkan apa-apa faedah pon pada kita...Malah mendatangkan kebaziran...Yala..nak beli bunga..hadiah...makan...macam2la...


p/s: Hari kekasih 14 FEB kita ingat..agak2...Hari Kekasih kita 12 Rabiulawal orang ingat x????

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive