Tuesday, August 24, 2010

CERI: SEHARUM UKHWAH KE JANNAH

5 MAC 2020


PUSAT PERUBATAN HALAWATUL ISLAM



“Najwa. Dah buka mailbox?”




Seorang muslimah cantik bertudung litup dan lengkap berkot putih menjengul dimuka pintu.



“Erm..belum lagi. Ada apa-apa yang menarik ke Kak Hani?” Ujar Najwa dengan penuh tanda tanya.



“Eh, mana boleh bagi tau. Tengokla sendiri.”

Dengan segaris senyuman manis dibibir, Hani beredar kembali ke biliknya meninggalkan seorang insanyang sedang penuh dengan tanda tanya.


Tangan yang dari tadi sibuk meniliti report kesihatan pesakit, kini beralih memegang tetikus laptop. Setelah 3 minit, wajah yang tadinya penuh dengan seribu satu persoalan dan rasa ingin tahu kini bertukar dengan senyuman yang cukup bermakna.



30 SEPTEMBER 2010


“Wa, nanti wa nak jadi apa?”


Munirah yang dari tadi leka menghadap laptopnya, mengutarakan satu soalan buat Najwa.



“Hmm. InsyaAllah, wa nak jadi Dietitian tapi wa nak tumpukan dalam pemakanan pregnant woman dan baby.”


Najwa memberitahu azam yang dah lama disematkan didalam hatinya.



“Akak pulak insyaAllah nak jadi doctor. Wah, bidang yang sama la kita nanti wa.” Teruja Kak Mun dengan perancangan masa depannya.



“Ehem3..Yela..Ima sorang jer yang bidang lain. Ima sorang je la yang nak jadi arkitek. Nanti semua pergi Kuantan, Ima sorang je kat Gombak.”


Sayu suara Fatimah Az Zahrah melontarkan kesedihannya. Tak dinafikan antara kami, Fatimah dan beberapa muslimat yang lain akan mengambil haluan yang berbeza. Ukhwah yang dah tersangat erat menyebabkan masing-masing berat dan sedih untuk berpisah.



“Ima, janganla sedih. Bukannya jauh pun Gombak dengan Kuantan.”


Pujuk Najwa yang hampir menitiskan air mata.



“Hmm. Apa kata nanti kita bukak pusat perubatan kita sendiri nak? Ima boleh tolong designkan plan. Kak Farah kan dah jadi engineer masa tu, jadi bolehla ambik kontrak bangunkan pusat perubatan tu. Doktor dah ada. Scientist pon ah ada. Dietitian pon ada. Macam mana??”



Idea yang tiba-tiba muncul dari bibir Munirah membuatkan semua terpana dan tersenyum. Ada cita-cita dan azam baru yang muncul. Cita-cita yang akan menghangatkan lagi haruman ukhwah yang sedia terbina. Cita-cita yang insyaAllah tujuan utamanya demi Allah dan Islam.



“Nama pusat perubatan tu apa?” Fatimah sudah kembali ceria dan teruja.



“Pusat Perubatan Halawatul Islam”

Serentak Munirah dan Najwa menjawab. Ada senyuman dibibir mereka.



25 MEI 2010



REUNION MAHABBAH SEHARUM JANNAH



Najwa tersenyum melihat banner yang terpampang. Teringat dengan invitation yang diterima melalui email dari Munirah. Tak sangka setalah 10 tahun membawa haluan masing-masing, hari ini mereka semua akan bertemu. Terasa sangat gembira untuk berjumpa dengan insan-insan yang tersayang yang cukup dirindui. Kenangan dahulu muncul satu demi satu.



“Umi, jom abi panggil tu.” Lamunan yang datang terhenti saat ditegur mujahid kecil, Muhammad Adam Haikal.



“Oh ye ke. Jom kita pergi dekat abi.”

Tangan si kecil dirangkul sambil berjalan ke arah si suami yang sedang menanti dengan si kecil Aisyah Humaira. Tersenyum mereka didepan pintu dewan.



“Jom, kita masuk najwa. Mesti yang lain dah lama tunggu kita.”



Masing-masing melangkah masuk sambil tersenyum. Tak sabar berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan.



“Subhanallah.”



Hanya perkataan itu yang mampu ditutur saat terpandang sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah menanti. Air mata turun bersaing dengan senyuman. Kenangan lama kembali muncul satu persatu saat diri bersalaman dan berpelukan dengan mereka.



Terima Kasih Ya Allah atas ukhwah yang Engkau pinjamkan kepada kami. Moga ukhwah ini kekal hingga ke Jannah.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive