Wednesday, December 21, 2011

Cik Diet: Broccoli vs Ulam

"I've a question to dietitian to be. I've a friend who just delivers the baby. When she went to the dietitian, the dietitian asks she to take broccoli, potato on others. My friend is wondering why dietitian always encourage people to take western vegetables rather than our local ulam-ulaman. So, dietitian to be, any explanation about it??

   ***

Terdiam sebentar bila DR Radiah ajukan soalan ni semasa sesi presentation Islamic Perspective. Hmm, betul jugak kan. Selalunya kita akan consult orang dengan makanan-makanan western such as broccoli, potato, asparagus dan lain-lain. Kalau di UK atau US maybe boleh diterima, kalau di Malaysia, err, maybe kena ubah.


Bila dipikir-pikir balik, sebab apa benda ni terjadi?

Aha, yup, our SISTEM PENDIDIKAN.

Kalau kita teliti, sistem pendidikan kita masih bersifat secular. Banyak ideology-ideology barat yang di agung-agungkan. Text book kita pun semuanya dari negara Barat contohnya buku Krauses yang budak Diet guna.  Semuanya mendedahkan kita dengan dunia barat. 

Orang Barat makan apa, minum apa, buat apa dan sebagainya. Sampaikan, kita terlupa yang kita ada identiti kita sendiri; identiti MUSLIM. Kita mengagungkan food pyramid yang mereka buat. 
Sejak dari situ, kita hanya ikut sahaja telunjuk sekular. 

Menurut DR Nik Mazlan, our nutritional lecturer, dia pun tak suka dengan pyramid food yang di endorse oleh barat, tapi masih dalam misi pencarian untuk gantikan dengan 'something' yang lebih dekat dan praktikal for us as MUSLIM.

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah”. (al-Baqarah: 172)

Sebagai seorang student, mungkin kita kena ambil initiatif sendiri jugak untuk atasi benda nih. We've to be active in our class;tanya apa-apa soalan yang kita rasa perlu untuk kita tau. Kita sahaja yang tau apa kehendak orang keatas kita, so work for it. As a Y GENERATION, kita lebih banyak disuap dari cari sendiri. So, let's stop it! Be more productive and praktikal. 

Regarding the western vegetables and ulam, it is an interesting thing to figure out. Siapa kata ulam-ulaman kita tak berkhasiat?? Maybe Malaysian's Dietitian boleh take note about this especially me myself eventhough I'm just 1st year but it's about the future. 


So, don't just grab and take apa sahaja yang orang suapkan pada kita. We've to top up it ourself. Ok, that's all for today. I've to go. Nak jumpa dengan bulatan gembira saya =)

Saya ada bulatan gembira =)

Anda??

Kalau tak ada, jom masuk bulatan gembira saya=)

Mari bercinta dengan cik DIET

Rata-rata student, di doktrinkan dengan kerjaya sebagai seorang DOKTOR atau ENGINEER sejak dari kecil lagi. Bila melangkah ke alam university, lebih banyak bidang yang akan kita jumpa. Pada awalnya, saya juga begitu. Dari kecil, di impikan dengan kerjaya sebagai sorang doctor, hinggalah ke alam university. Siapa sangka, melangkah ke akhir semester di matrik, saya menerima kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan sebagai student BACHELOR OF DIETETICS. 

Menjadi student DIET sangat menyeronokkan dan membanggakan (bukan nak riak ok!!). Bila melangkah ke UIA Kuantan, sangat teruja bila dapat tau, student DIET sangat menyerlah dalam setiap bidang. The best student UIA  adalah student DIET, orang-orang penting dalam setiap program UIA terdiri dari kalangan student DIET, orang yang famous dekat UIA jugak student diet!!

Bila masuk dalam class, sangat teruja bila jumpa dengan lectures. Lectures DIET sangat peramah dan sangat sporting dan berpewatakan macam ibu dan ayah. Membuatkan kita jadi SANGAT RAPAT dengan lecturer. Untuk pengetahuan semua, DEAN KULIYYAH ALLIED HEALTH SCIENCS adalah lecturer DIET dan kami sangat RAPAT dengan beliau. Lecturer DIET semuanya adalah orang2 yang hebat sebab terlibat dengan NGO2 kesihatan yang sangat hebat.

Alhamdulillah, kemasukan kami ke UIA Kuantan, disambut dengan bangunan ALLHS yang baru. Budak2 DIET dapat KITCHEN yang baru! InsyaAllah, next semester dah boleh masuk kitchen yang baru!


KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES

Untuk study pulak, semester pertama agak relax dengan credit hour hanya 14.5. Belajar diet sangat seronok sebab berkaitan dengan apa yang selalu kita buat. Untuk semester 1, year 1 nih, ada 5 subjek yang kami ambil. 2 subjek core course iaitu FOOD SCIENCES dan NUTRITIONAL AND HEALTH. Sangat seronok belajar dua subjek ni sebab dapat lecturer yang sangat sporting dan kelakar. Untuk subjek Kuliyyah, kami belajar Functional Biochemistry, Human Structure & Function 1 dan Developmental Psycholgy in Health Sciences.  Untuk subjek UNGS, Alhamdulillah dah ambik siap2 di CFS, jadi masa agak lapang.

Untuk sem berikutnya, department courses yang kena ambik:

                Year 1, Sem 2 : Nutrition in Life Cycle, Food Microbiology, Food Analysis, Principle of Food Preparation

                Year 2, Sem 1: Nutrition and Genes, Nutritional Status Assessment

                Year 2, Sem 2: Nutritional Immunology, Nutritional Education and Health Promotion, Basic Medical Nutrition Therapy
                Year 3, Sem 1: Intermediate Medical Nutrition Therapy, Social & Cultural Issues in Food and Nutrition, Seminar in Dietetics, Counseling Skills for Dietitian

                Year 3, Sem 2: Advanced Medical Nutrition Therapy, Catering & Food Service Management, Preparation of Therapeutic Diet, Community Nutrition Placement, Research Project in Dietetics 1.

                Year 3, Sem 3: Industrial Training: Catering & Food Service Placement.

                Year 4, Sem 1: Research Project 2, Clinical Rotation

                Year 4, Sem 2: Clinical Rotation.

Untuk bidang perkerjaan pulak, tak perlu risau sebab diet menjanjikan bidang perkerjaan yang sangat luas. Anda boleh bekerja di mana –mana sahaja yang anda mahu. Anda boleh bekerja di hospital sebagai DIETITIAN, boleh bekerja di campony2 makanan such as Nestle, Kit Kat, dan lain2, boleh bukak kedai makanan/bakery sendiri, boleh bekerja bersama mana2 NGO kesihatan(jabatan kesihatan, dll), lecturer dietetics, kerja dalam lab, dan lain2 lagi.

Akhir kalam, DIETETICS merupakan bidang yang sangat INTERESTING untuk diterokai. Ahlan wa sahlan ke bidang DIETETICS, kami dan KITCHEN yang BARU, menanti kehadiran antum semua di bumi UIA KUANTAN.


Sunday, December 18, 2011

sembang rakyat VS OLEY

Isu HUDUD, giat diperkatakan sekarang dek kerana pandangan dari beberapa "ustaz" dan "ustazah" di kedai kopi. "Pencerahan" yang diberikan oleh "mereka" cukup memberi "kesedaran" buat semua Umat Islam.

Untuk isu yang lebih lanjut, boleh lawati sembang rakyat vs OLEY. Semoga pencerahan ini, membantu anda semua.

"Siapa yang tak berhukum dengan hukuman yang diturunkan Allah, kafirlah dia/ zalimlah dia/ fasiqlah dia" 

Saturday, December 17, 2011

Tolong doakan aku

Jika suatu hari nanti,
Kau lihat aku terbaring lemah,
Pimpinlah aku, sahabat..

Jika suatu hari nanti, 
Kau sudah lali dengan kekerasan hati aku,
Doakanlah aku sahabat..

Tuesday, November 29, 2011

Cinta berputik di dalam usrah


 Pahamkan dan hadamkan ia, anda akan dapat sesuatu dari usrah.
Bunga-bunga cinta telah berputik dalam diri saya.
Cinta dengan usrah.
Cinta yang sukar digambarkan,
tapi cukup membawa 1000 kemanisan.
Allah, istiqamahkanlah kami di jalanMu.

NOTA HATI:
Umi Yani...jom usrah!!

Monday, November 28, 2011

kerana SEHELAI JILBAB

kerana SEHELAI JILBAB membawa seribu perbezaan..

Alangkah indahnya kulihat, berjalan seorang muslimah mukminah..dengan diri yang di tutupi jilbab labuh, dia berjalan penuh tawadhu'..

Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah..

Di sebalik fizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa..bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa..

Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..

Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...

 Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA... 

Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah... 

Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..SubhanAllah...




Saya ingin menjadi seorang gadis yang BISU, PEKAK dan BUTA agar dapat saya bertemu dengan KEKASIH HATI tanpa resah dan gelisah.

Thursday, November 24, 2011

Keseorangan + Ujian=SABAR



2 minggu ini, cukup menguji diri dari segenap sudut. Namun, ujian yang diterima taklah sehebat ujian yang sahabat-sahabat saya yang lain lalui. Allah, dengan ujian sekecil ini pun saya masih terumbang-ambing.


Dalam 2 minggu ni, terasa diri BERSEORANGAN. Bila bermacam-macam ujian datang, saya hanya mampu menangis seorang diri. Tak mampu untuk saya luahkan pada adik-adik dan kakak-kakak saya. Mereka juga mempunyai commitment yang lebih banyak dan lebih penting. Tak sanggup rasanya untuk saya bazirkan masa mereka hanya sekadar untuk minta mereka menjadi pendengar.

Bumi Kuantan cukup memberi impak kepada diri saya. Saya akui, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dari segi akademik, gerak kerja, emosi, dan segala-galanya. Ya! KUANTAN dan PJ memang berbeza. Berada di Kuantan, masing-masing membawa haluan masing-masing. Mungkin masih dalam proses adaptasi. Tapi, saya nak adik-adik dan kakak-kakak saya tahu, saya rindukan kalian semua. Saya rindukan ukhwah PJ. Saya nak ukhwah itu di Kuantan, dan saya nak ia semakin hebat. Saya tak mampu hadapi segalanya seorang diri. Saya perlukan anda semua.


Hanya doa dan bersabar yang mampu saya buat sekarang. Walau banyak mana pun ujian datang, sabar, sabar, sabar, dan mohon pada Allah. Sebab Allah pemilik segala-galanya. Dia yang mencampakkan rasa ukhwah itu dalam hati kita. Semoga Allah redha dengan ukhwah kita, dan dicampakkan dan disemaikan lagi ukhwah itu.




Apa yang ditulis, dari hati saya sendiri kerana saya sangat RINDUKAN adik beradik saya. Saya rindukan pelukan mereka bila saya ada masalah. Saya rindukan kata-kata nasihat mereka. Saya rindukan genggaman tangan mereka. Saya rindukan suara mereka tatkala mendendangkan lagu jihad. Saya rindukan segala-galanya tentang mereka.


Allah, sebelum aku kembali kepadaMu, izinkan mereka tahu bahawa aku sangat MENCINTAI dan MERINDUI mereka.


Berikan aku ISTIQAMAH


Allah, istiqamahkanlah aku dan sahabat-sahabatku hingga ke akhir hayat kami.

Wednesday, November 23, 2011

Maknakan hari anda.


Jom kita isi hari-hari kita untuk mencapai redha Allah. Muslim yang hebat perlu pandai mencatur masanya.

Monday, November 21, 2011

Gelombang CAMPRO menyerang lagi!!


Alhamdulillah, kini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, telah dilancarkan satu program iaitu Campus Dakwah Project ataupun lebih dikenali dengan CAMPRO. Program ini akan berjalan dari 19 November hingga 11 December dan begitu banyak program menarik yang menanti bukan sahaja kepada student UIA malah kepada semua masyarakat luar.. 




Pada sabtu malam yang lepas telah diadakan Opening Ceremony untuk CAMPRO dan di ikuti dengan talkshow "I'M ROCK, I'M OK" yang sangat menarik yang telah dimoderatorkan oleh saudara Hilmi Hamdan yang sangat lincah menghidupkan suasana bersama ahli panel Ustaz Mansur dan jugak saudara Sham Kamikaze. Bangunan Grand Hall yang penuh dengan para pelajar dan masyarakat luar cukup membuktikan talkshow I'M ROCK, I'M OK cukup berjaya. Tahniah buat semua!!

Untuk malam ni, 'TEARS OF THE PALESTINIANS' NIGHT'. Jom ramai-ramai kita terbang ke bumi Palestin. Ada misi besar menanti kita di sana.

Gelombang CAMPRO sudah mula terasa. Jom kita semarakkan lagi gelombang dakwah di bumi KUANTAN.

ISLAM IS MY ONLY WAY OF LIFE

p/s:

Tears of Palestinians' Night (ToPN), 21 November 2011 (Isnin), Auditorium Kulliyyah of Medicine, 8.40-11.00p.m. :
1) Makluman penggantian Dato' A. Samad Said yang tidak dapat hadir kerana appointment mengejut dengan doktor kepada Marsli N.O. @ Ramli Selamat (dramatis, penyair dan penggiat teater) yang akan melakukan persembahan pentas.
2) Kutipan derma untuk Palestin akan dijalankan pada malam tersebut. Sila bawa sumbangan anda sebanyak mungkin.
3) Pengangkutan bas dari mahallah at-Tabari disediakan (sebelum isyak hari tersebut).

Monday, November 14, 2011

Teruskan bercinta

Berada di bumi Allah,
akan ku teruskan bercinta..
sampai ke akhir nyawaku..

Bercinta dengan ini.


Saya impikan ini di dalam baitul muslim saya nanti.

Dan saya akan teruskan bercinta dengan encik PERJUANGAN..
kerana saya dah terlalu cintakan encik perjuangan..

Saturday, November 12, 2011

cerminan diri pada NAMA

Nama yang diberi, bukan untuk dibanggakan. Tapi dengan niat supaya maksud nama itu sendiri mampu meresap ke dalam diri si bayi suci lantas menjadi darah daging melahirkan insan yang berguna untuk Islam. Andai saat dilahirkan, si bayi mampu memilih namanya sendiri, pasti akan dipilih nama yang terbaik...

Perkongsian dari seorang hamba NAMA.


Jauh perjalanan mengharap redhaNya

Bertolak dari Butterworth pukul 10 malam menaiki buraq, si bus merah Durian Burung. Ini kali kedua menaiki bus double decker. Perjalanan balik mengambil masa hampir 8 jam.

Kenapa balik awal sangat? 

Ramai yang bertanya soalan seperti di atas. Hanya mampu tersenyum. Dalam hati menjawab, "Saya masih ada 2 paper untuk saya perjuangkan, dan masih banyak tanggungjawab menanti saya di sana."

Perjalanan yang panjang membuat otak saya jugak berlayar panjang. Terpikir dalam hati, "Andai kata bus ni accident dan aku ditakdirkan mati di sini, adakah kematian ku ini dikira syahid? Allah, redhailah perjalanan ku ini."

Sampai dibumi Kuantan pada pukul 6.15pagi. Kaki ini bergegas kerana tak sabar ingin berjumpa KEKASIH HATI di pagi hari.

Thursday, November 10, 2011

Saat IJAB dan KABUL


Minggu ini begitu banyak mendapat 'kejutan' dari insan-insan di sekeliling. Ramai yang sudah dan akan bertukar status dari 'SINGLE' to 'MARRIED'. Terkejut pun ada, tapi hanya mampu tersenyum. Tak dinafikan berita-berita sebegini yang perlu didengari bila umur dah melangkah ke angka 2. Tambah-tambah lagi berada di universiti yang sangat 'strategik'. Tahniah kepada antum semua kerana mengambil jalan yang sangat di redhai Allah. Semoga antum berbahagia hingga ke syurga. Terima kasih sebab memberi peluang untuk kami makan nasi minyak.

Kepada junior saya di asasi UIA(walaupun junior, tapi sama umur ok..), Puan Farah Aida dan suami, tahniah kerana dah bergelar isteri orang. Anda dah melanggar banyak 'bendul-bendul' nih. Tak apa, sapa suruh diorang lambat sangatkan.
Semoga bahagia bersama Encik Zauj.

Buat sahabat-sahabat yang bakal bertukar status, buatlah persediaan sebanyak mungkin. Banyak tanggungjawab yang akan menanti antum.



Nota Hati:

1)Yang masih single pun kena buat persediaan jugak.

2)Mood kempunan nak makan nasi minyak!! hehe..

Friday, November 4, 2011

Jihad..aku rindu padamu

saya ingin MENULIS...

Kakak usrah saya pernah katakan, "Jadilah kita seperti MUHAMMAD yang bergerak". Hadirnya kita membuatkan orang disekeliling merasa tenang dan selesa. Mereka berasa aman dengan kewujudan kita dan bukannya merasa resah dan gelisah. Bila kita berbicara, orang akan terpaut dan rasa dekat kepadaNya. Bila kita diam, orang akan jatuh cinta dengan akhlak kita. Bila kita berjalan, orang akan terpesona. Bila menulis, setiap tulisan itu mampu membawa mereka dekat denganNya. Pendek kata, segala apa yang kita lakukan, membawa kebaikan dan ketenangan kepada semua.

Saya ingin menjadi sebegitu. Mungkin ada yang mengatakan bahawa sebagai mahasiswa, tugas saya hanya untuk belajar. Saya akui itu..amanat terbesar saya sekarang adalah belajar. Memandangkan saya anak sulung dan anak tunggal perempuan, saya menggalas harapan umi dan abah saya yang sangat tinggi. Mereka pasti ingin melihat anak mereka berjaya dengan segulung ijazah.

Tapi!! Saya tak mau masa muda saya dibazirkan begitu saja. Saya ingin menjadi muslimah yang multipurpose. Hebat di medan kuliah, hebat di medan dakwah, hebat jugak di medan ummah, supaya saya mampu menghadap Allah dengan hati yang tenang. Saya inginkan setiap inci tubuh saya ada sumbangan untuk Islam. 

Walaupun saat ini tangan saya masih belum mampu menghayun senjata, namun ingin saya asuh dan didik tangan ini supaya lancar dan laju di medan penulisan. Ingin saya tarbiah otak saya, supaya mampu menjana idea. Saya mahu jadikan bidang penulisan sebagai salah satu jambatan untuk saya melangkah ke Jannah (ameen). 

Saya masih bertatih dalam bidang ini. Belum mampu berlari dengan laju. Doakan saya duhai sahabat, semoga penulisan saya sentiasa dalam redhaNya.

"Ya Allah, berilah kemudahan dalam menulis kepadaku. Betulkanlah niatku andai pernah atau akan tersasar. Ikhlaskanlah diriku, supaya aku menulis bukan kerana populariti tapi menulis kerana Allah!!"

Dalam proses bertatih, seorang bayi memerlukan caregivers yang mampu menjaga dirinya agar tidak jatuh dan terkandas. Macam tu jugak saya, saya memerlukan anda SEMUA untuk membantu saya menjadi seorang MUHAMMAD yang bergerak!!. Walaupun sikit sumbangannya dan mungkin tidak berjaya menyentuh hati anda, semoga ianya mampu menjadi saham buat saya di SANA kelak.

-DOAKAN AKU TEMAN-



Nota Hati:

1) Esok insyaAllah akan betolak balik ke Butterworth untuk raya haji!!
2)Baru habis 3 paper midsem. 2 paper lagi (Food Science dan Nutritional Health) akan di sambung lepas naik cuti.

Thursday, November 3, 2011

Ukhwah itu MAHABBAH

Alhamdulillah, baru selesai kelas psychology bersama lecturer dari UMP. Jam menunjukkan pukul 10.40malam. Sister ramai yang bergerak ke tempat parking untuk tunggu bas. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai jugak. Bila call driver bas, dia habaq on the way. Jadi, tunggu lagi....


Bila call balik driver tu, dia kata "Pak cik dah ada dekat rumah la. Apa kata korang balik jalan kaki ja!!"...

What?? Dah la pukul 11 malam lebih. Nak kami jalan kaki??? Dengan anjing liar dan BAB1 yang semenjak dua menjak ni suka bersiar-siar di mana-mana saja. Takkan kami nak jalan kaki!! Kalau siang ok lagi. Tapi, malam...NO WAY...

Sister yang lain semua pakat keluarkan handphone masing-masing dan call sapa-sapa yang boleh ambik. Kecut jugak masa tu sebab kami yang agak sikit + keadaan yang sangat sunyi menyebabkan bulu roma mendongak ke atas. 

11.15malam

Rasa sangat terharu saat tu bila nampak 3-4 buah kereta datang. Brothers pun ada jugak untuk ambik kami. Sebelum tu, bertalu-talu message masuk, semuanya bertanyakan keadaan kami yang masih belum balik lagi. Dalam situasi macam tu, sempat lagi berfikir. Kalau aku bukan di UIA, adakah situasi ini akan terjadi? Ataupun kami hanya sekadar ditinggalkan dan pandai-pandailah bawak haluan sendiri. :)

Betullah orang kata, nak tengok tahap ukhwah tu, jangan dilihat saat ketawa. Tapi, tengoklah saat ditimpa musibah. Jadi, malam ni saya tersenyum dan terus tersenyum. Sebab, saya dah mula rasakan aliran ukhwah bersama tautan mahabbah setelah beberapa minggu saya di bumi KUANTAN.




****



Coretan kali ini sudah lama ingin saya coretkan. Tapi, hanya menunggu masa. Bila berbicara tentang UKHWAH, macam-macam yang terlintas di hati kita. Ukhwah fillah, ungkapan yang selalu di ucapkan menandakan hubungan itu hanya kerana Allah. Sungguh cantik perkataan ukhwah itu sendiri, ditambah pula dengan kisah-kisah yang tersembunyi.

SAIDINA ABU BAKAR

Ikon ukhwah yang cukup dikagumi. Tahap ukhwah antara beliau dengan Rasulullah terbukti sewaktu beliau menjadi antara orang yang pertama memeluk Islam. Saat nabi dicerca, Abu Bakar membela. Saat nabi dihina, Abu Bakar ada bersama baginda. Saat ular ingin mematuk kaki baginda, Abu Bakar ada sebagai penghalangnya. Saat kesukaran di hadapi ketika berhijrah, Abu Bakar ada sebagai penemannya. Saat nabi kesedihan selepas kewafatan isteri tercinta, Allah mengilhamkan untuk mengambil puteri Abu Bakar sebagai penggantinya. Subhanallah, bertapa kuatnya ukhwah, tersulam dengan mahabbah, hanya kerana Allah.


Muhajirin VS Ansar


Saat kaki baginda menjejak ke Madinah, masjid dibina, sebagai tempat untuk beribadat dan jugak tempat untuk bermasyarakat. Muhajirin merindui Mekah, Ansar menyambut di Madinah. Masing-masing tidak saling mengenali namun punyai aqidah yang hakiki. Saat itu, Rasulullah menyatukan dua kaum ini dengan ikatan ukhwah dan persaudaraan, hingga Ansar sanggup memberikan apa sahaja kepada Muhajirin. Kesannya boleh kita lihat selepas itu, bagaimana tertegaknya negara Islam Madinah hasil penyatuan dua jiwa Muhajirin dan Ansar yang berjuang kerana Allah.


*****

Zaman ini cukup susah untuk kita mencari sebenar-benar ukhwah. Ada yang melaungkan ukhwah, tapi hanya sekadar retorik semata-mata. Ada yang melafazkan ukhwah, tapi tanpa mahabbah. Ukhwah tanpa mahabbah ibarat perut yang berbunyi tanpa makanan. Ukhwah itu akan berjalan tapi dalam bermacam-macam ragam dan keadaan. Ukhwah itu hanya ketika di hadapan mata. Bila berjauhan, semuanya terbang kemana-mana.

Ukhwah+Mahabbah=RAHMAH

Bila ukhwah disulam mahabbah(kasih sayang), diri yang jauh terasa rindu. Diri yang dekat sangat terikat. Bila diri dilanda masalah, pasti ada yang dapat menghidu. Bukan sekadar menghidu, tapi segera membantu. Hebatnya ukhwah!! 



Nota hati:

1)Mode baru lepas exam...ada dua paper lagi after cuti..do pray for me and my friends...

Thursday, October 20, 2011

The Greatest of Allah

In normal post-natal circulation, vein always bring deoxygenated blood except for pulmonary vein that carry oxygenated blood from the lungs to the heart. For oxygenated blood, it always been carried by artery except for pulmonary artery that carry deoxygenated blood to the lungs for the gaseous exchange.

But, in fetal circulation, the pathway is vice versa. Fetal is connected to the mother through the placenta. And the umbilical cord has the job to connect the placenta with the fetal. Qxygenated blood from the placenta is transferred to the fetal via umbilical vein, while the deoxygenated blood and waste product from the fetal is transferred to the placenta via umbilical artery. 

Subhanallah, it is the greatest of Allah for the creation of human kind. Why Allah make the circulation of the fetal is vice versa with post-natal circulation?

video
It is because, if oxygenated blood is transferred to the fetal through umbilical artery, the fetal will burst and damage due to the high pressure. Artery has more pressure than vein because they have to pump the deoxygenated blood to all part of the body.


Nota Hati:

1. Iqra'. Bacalah dengan nama tuhanmu.

2. Aplikasikan apa saja ilmu yang dapat, dan kaitkan dengan kebesaran Allah. Anda akan tersenyum dan rasa dekat dengan Allah.

Wednesday, October 19, 2011

Kematian di tepi tasik

Tasik itu cukup tenang. Membawa sekali segala kekusutan yang ada dalam kepala. Hampir migrain dibuatnya. Segar. Di sebelah kanan, kanak-kanak bermain dengan seronoknya. COMEL. Mereka di alam mereka. Alam yang bebas untuk meneroka. Semoga corakkannya indah-indah berlaka.

Ayat cinta al fatihah bermain dibibir masing-masing. Tepi tasik, di bawah pokok. Tempat yang sesuai. Muat untuk dibuatkan satu bulatan kecil. Mata-mata yang lalu lalang asyik tertoleh ke arah kami. Biarkan. Yang asing akan kembali asing. Moga hidayah milik meraka.

Alunan an nazi'at berkumandang.

Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras.
Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah lembut.
Demi (malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,
dan (malaikat) yang mendahului dengan kencang,
dan (malaikat) yang mengatur urusan dunia.
(Sungguh,kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama mengguncangkan alam,
(tiupan pertama) itu diiringi oleh tiupan kedua.
Hati manusia pada waktu itu merasa sangat takut,
pandangannya tunduk.
(Orang-orang kafir) berkata, "Apakah kita benar-benar akan dikembalikan kepada kehidupan yang semula?"

Nafas terasa sesak. Badan menggigil. Hati bergetar. Subhanallah. Cukup hebat ayat-ayat cinta dari Allah. Moga nikmat ini berterusan hingga aku dipanggil menghadapNya. Amin.

Santai di tepi tasik bersama sahabat-sahabat. Indah, tenang, damai, tak dapat digambarkan. Membalas senyuman mak cik-mak cik yang memandang. Ingin sekali tangan ini menarik mereka untuk duduk bersama. InsyaAllah. Suatu hari nanti.


KEMATIAN


nurhanan insyirah, semoga dirimu sehebat ibumu
Di tepi tasik yang tenang, soal kematian dibicarakan. Masing-masing masih bersedih dengan pemergian mujahidah yang sangat di sayangi, kak nurdiyana nordin. Pemergian yang cukup mengejutkan semua. Usia yang masih muda. 25 tahun, sudah dijemput KEKASIH hati. Meninggalkan suami tercinta yang baru setahun lebih dinikahi serta putri sulung  nurhanan insyirah yang masih baru dilahirkan. Allah.

Masing-masing tertunduk. Mata bergenang. Sedih dan sebak. Yang pergi, terus pergi. Yang hidup perlu teruskan perjuangan. Perjuangan ini masih panjang dan tak akan pernah terputus. Setiap yang pergi akan ada penggantinya.

Tak perlu tunggu ke usia tua, bersedialah dari sekarang. Saat malam pertama bersama malaikat maut pasti akan tiba. Bila dan di mana, serahkan padaNya. Mohonlah pada Allah, di saat roh dicabut dari badan, kita masih istiqamah dalam perjuangan. Di saat roh di cabut dari badan, kalimah suci la ilaha illallah dapat ditutur lancar dari bibir. Di saat itu, kita tersenyum menyambut kedatangan malaikat kerana tak sabar dan terlalu merindui Kekasih hati.



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,




Nota hati:


1. Andai saat itu tiba, moga kalian semua sedekahkan al fatihah buat diriku.

2. Andai saat itu tiba, redhailah pemergianku.

3. Andai saat itu tiba, teruskanlah perjuanganku walaupun tiada sumbangan dari diriku untuk perjuangan ini.

Saturday, September 10, 2011

Sekilas jenguk~

Kalau dulu, hanya berada di pintu pagar, kini Alhamdulillah dengan rasminya menjadi warga IIUM Kuantan, Pahang. InsyaAllah, perjalan selama 4 tahun di bumi Kuantan dalam Bachelor Of Dietetics akan memberi seribu satu makna dan kenangan dalam hidup.

Bertebaranlah kita dalam mencari ilmu Allah, sesungguhnya kita tidak akan kerugian.

NOTA KAKI:
-pohon doa dari semua semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk berada di IIUM atau lebih femes dengan panggilan 'universiti perkahwinan' ini. Hmmm...

Illalliqa`.

Thursday, July 28, 2011

Memori 8 TAHUN Yang Lalu

2003, tahun saya menduduki UPSR di Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Sebelum melangkah keluar dari sekolah untuk memulakan fasa hidup yang baru, satu coretan hadir bagi mengisi kotak memori yang akan ditutup. Coretan dari cikgu S, cikgu praktikal matematik yang mengajar di kelas saya, kelas 6 CEMERLANG. Coretan yang sentiasa saya simpan kejap dan erat. Coretan yang memberi semangat hingga ke saat ini. 

Kini, setelah 8 tahun, saya membuka coretan itu kembali. Tersenyum bila membaca. Teringat kenangan di saat selepas selesai kertas UPSR matematik, cikgu S memanggil saya dan mengambil kertas saya dan terus menyemak kertas tersebut. Cikgu S memulangkan kertas itu semula dengan senyuman.

Hari ini, ingin saya kongsikan coretan itu dengan anda semua. Supaya anda semua dapat sama-sama merasainya.  Supaya anda semua mendapat sesuatu daripadanya.





***



To Najwa,

Cikgu sebenarnya tidak cukup berseni untuk ucapkan sesuatu yang menarik untuk Najwa, tapi baca jelah.

Sebenarnya Najwa, 'Life is very Beautiful'. Makin menarik apabila kita hadapi cabaran.
Makin besar cabaran, maka makin lawa hidup kita itu. So, Cikgu pegang satu prinsip.
Jangan takut kepada cabaran. Hadapi cabaran itu.Apa yang paling utama,
apa yang kita belajar daripada cabaran itu. Bukan berjaya atau tidak cabaran itu yang menjadi ukuran.

Satu lagi Najwa, Jangan kita takut kepada kegagalan. 
Yang paling penting kita belajar dari kegagalan dan kesilapan yang kita lakukan.
Kerana kita akan ingat sampai bila-bila kegagalan dan kesilapan yang kita buat.
Jika kita berubah kerana kegagalan dan kesilapan itu, itu merupakan kenangan manis yang kita akan ingat sampai bila-bila.


To Najwa,

-We are not rich by what we possess but rather by what we can do without.
-What the thing called beautiful, please don't think it wonderful.

Mohd S... M... Bin .....


***


Terima kasih cikgu. Coretan ni sangat bermakna. 8 tahun dah berlalu, namun coretan ini masih tersimpan kemas. Semoga Allah sentiasa merahmati cikgu dunia dan akhirat.


NOTA HATI:
-kalaulah Cikgu S baca post nih, harap balas la ya cikgu...



Monday, July 11, 2011

Hidup Ini Tarbiah

Kadang-kadang kita suka,
Kadang-kadang kita berduka,
Kadang-kadang kita menangis,
Kadang-kadang kita tersenyum.

Adakala kita diatas,
Adakala kita dibawah,
Adakala kita pemimpin,
Adakala kita dipimpin.

Hidup ini aturan Allah,
Susah senang harus kita lalui,
Ia adalah satu proses tarbiah,
Bagi mendapat redha Ilahi.


Duhai sahabat duhai pejuang,
Pasakkan tarbiah dengan keimanan,
Kita mesti teruskan berjuang,
Jangan berhenti ditengah jalan.


NOTA HATI:
-Tulisan rindu tatkala teringatkan teman dan perjuangan-

Sunday, June 12, 2011

PATUNG>>KEPOMPONG>>RAMA-RAMA??

Sepanjang tempoh cuti ini, saya banyak memerhati. Memerhati setiap perkara yang terjadi di sekeliling saya dan jugak ke atas diri saya. Setakat hingga ke hari ini, Alhamdulillah cuti kali ini agak lain dari cuti yang sebelumnya.

Kalau sebelum ini saya bagaikan PATUNG di negeri sendiri, cuti kali ini saya sudah mula mendapat rentak dan ruang untuk bergerak walaupun pergerakkan itu agak terbatas. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya sudah menjadi KEPOMPONG di negeri sendiri. Moga-moga proses untuk menjadi RAMA-RAMA yang cantik dan bebas di negeri sendiri tak mengambil masa yang lama. Kalau dulu, saya bercita-cita nak 'berkhidmat' di negeri lain gara-gara tercari-cari ruang dan peluang yang ada, namun kini, saya sudah mula JATUH CINTA di negeri sendiri, PULAU PINANG negeri yang memiliki majoriti masyarakat CINA yang kian sedar cuma melayu saja yang masih layu lagi.

Masalah transport merupakan masalah UTAMA saya untuk turun ke mana-mana. Lesen kereta memang ada saya dah ada lesen tetap ok..no P anymore..huhu  tapi, maybe sebab I'm the only daughter so umi dengan abah agak tak harap sangat untuk saya drive. Kadang-kadang terpikir jugak, kalau tak harap kenapa suruh ambik lesen yer?? Hmmm. So, weekend sajalah yang boleh turun berpogram pun. Tu pun umi hantar. Nak drive sendiri tak kasi..huhuhu. Maybe kena cari seorang DRIVER yang boleh bagi LESEN untuk saya turun berpencak di program dengan bebasnya.

This is my dream car, SILVER MYVI. Tak taulah kenapa saya minat sangat dengan MYVI ni. Maybe sebab nampak cool and ayu. Selalu sangat terbayang saya bawak kereta ni turun berpogram dengan sahabat-sahabat. Bila la agaknya yer?? Saya selalu sangat berdoa semoga oneday nanti saya mampu beli kereta ni untuk saya infakkan untuk perjuangan. Cemburu dengan kawan-kawan yang selalu infakkan kereta mereka untuk perjuangan Islam. InsyaAllah, oneday I'll follow. Doakan yer..AMIN..


NOTA HATI:

1)Mintak semua sahabat-sahabat doakan saya agar dapat menjadi rama-rama yang cantik dan bebas secepatnya yer. Saya cemburu sangat dengan sahabat-sahabat yang dah lama jadi rama-rama nih.

2)Ada yang nak hadiahkan MYVI SILVER untuk saya? Ehem..

Tuesday, May 31, 2011

Usaha+Doa+Tawakal=BERJAYA

"Ali, jom la solat. Waktu zohor dah masuk nih."


"Kau pergi dulula Abu. Aku nak study sikit lagi nih. Esok dah nak exam".


Abu menggeleng..


"Jom la solat dulu Ali. Nanti boleh sambung balik."


"Eh. Kau pergila solat Abu. Nanti aku solat kat bilik ja. Aku kena study betul-betul ni. Esok aku exam."


*************************

Dalam bilik..

"Aina, kau dah habis study dah ke? Esokkan exam?"

"Ala. Aku study ala kadar jer. Lagipun aku penat, baru balik usrah."

"Jangan la macam tu, Aina. Kita ni usrah, usrah jugak tapi akademik kena jaga."

"La, kau tak payah takutla Aisyah. Kan Allah kata, siapa yang bantu agama Allah, maka Allah akan bantu dia. So, aku dah penat buat usrah, mesti Allah bantu aku punya."

"Aina,aina. Jangan salah tafsirkan ayat tu. Tak semestinya bila Allah janjikan begitu, kita tak perlu berusaha. Usaha kena ada juga Aina."


**********

"Kena nampak muka kau pucat jer ni Din?"

"Aku takutla Ammar. Aku rasa tak jawab dengan elok paper tadi."

"Allah, jangan macam tu Din. Kita dah berusaha dengan sebaik mungkin dan berdoa. Sekarang ni, kita serah pada Allah saja."


===========================

3 situasi yang sering terjadi pada kita. Ada kalanya, kita berusaha sekeras mungkin. Tapi, kita lupa untuk berdoa dan bertawakal pada Allah. Kita terlalu berusaha untuk mencapai kejayaan, hinggakan terabai segala ibadah kita.

Ada kalanya, usaha kita hanya diperingkat minimum. Kita hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah agar dikurniakan kejayaan kepada kita hasil dari usaha yang minimum itu. 

Kadang kala, kita dah berusaha sehabis mungkin dan berdoa pada Allah. Tapi, kita lupa untuk bertawakal pada Allah. Kita sering kesah dan mengeluh dengan apa yang kita lakukan.


Sepatutnya,
bagi mendapatkan sesuatu kejayaan,
3 element penting ini WAJIB ada.

USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA


Usaha yang kita buat, perlulah semaksimum mungkin.
Doa pada Allah perlu dipanjatkan agar diberi kemudahan dalam mencapai kejayaan.
Pergantungan yang tinggi kepada Allah perlu ada kerana Allah lah yang mengatur segalanya.

Wednesday, May 11, 2011

-Double Kenangan-

TAMAN TASIK PERDANA



Dulu pernah mencoret kenangan bersama family MEDCY




Baru-baru ini saya kembali lagi,
kali ini mencoret lagi KENANGAN,
kali ni berbeza,
bukan KENANGAN bersama MEDCY,
tapi kenangan bersama sahabat...
dan KENANGAN itu,
dah dikunci dengan pad lock yang sangat BESAR di dalam hati..





Kalau Hilal Asyraf ada ini...










KAMI ada ini...







Jadi, 
TAMAN TASIK PERDANA,
dah mencoretkan, 
DOUBLE KENANGAN,
dalam diri ini.









Moga ada 
THIRD KENANGAN 
di situ...

Thursday, May 5, 2011

Saat ITU Pasti Tiba

Liriknya mungkin biasa kalau di dengar hanya menggunakan telinga. 
Tapi, pasti menitiskan air mata andai diselami dengan hati. 
Luahan hati seorang ayah, saat putri yang diamanahkan padanya oleh Allah hendak diserahkan pada si suami. Putri yang suatu saat dulu di sambut dan sekecil tapak tangan.
 Dibelai dan dididik dengan agama.
 Diasuh hingga menjadi seorang muslimah. 
Kini saat amanah itu perlu beralih tangan. 
Ini amanah dari si ayah...

video


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Saat ITU pasti datang....

Wednesday, April 27, 2011

Tinta kenangan buat sahabat seperjuangan


Teringat kenangan jaulah ke Merlimau bersama sahabat-sahabat beberapa bulan yang lepas. Bila dalam kereta, ada satu lagu ni sentiasa diulang-ulang. Tubir mata sentiasa bergenang. Kadang-kadang untaian manik jernih berguguran. Bagi orang lain mungkin anggap lagu ini biasa. Tapi bagi saya, ia ada maksud dan kenangan tersendiri. Mungkin saat dan ketika itu memang kena dengan emosi diri yang sangat rindukan sahabat-sahabat seperjuangan walaupun baru berpisah beberapa jam ataupun minggu. Baru berpisah sebentar, tapi saya sudah sangat-sangat rindukan mereka. Air mata menitis saat mendengar lagu ni. Terasa syahdu sangat perjalanan kami pada saat itu.
"Illeya tolong tukar lagu lain. Tak tahanlah dengar lagu ni. Hujan lebat nak turun nih." Beberapa kali saya mintak Cik Illeya untuk tukar lagu lain, tapi dia hanya tersenyum. Kak Farah dan Kak Muna di belakang dah lama tersenyum berbahterakan mimpi indah. Mungkin malas melayan kerenah budak kecik yang kuat merengek di hadapan.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih kerana sudi hadir menjadi sebahagian dari diri ini. Terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan sikap kebudakan-budakkan diri ini. Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini. Terima kasih kerana sudi mencoret 1001 kenangan bersama diri ini. Maafkan diri ini, andai pernah mengguris hati kalian. Diri ini sangat-sangat bersyukur kerna dikurniakan Allah, teman seperjuangan sehebat kalian. Andai kita tak berjumpa lagi di dunia, insyaAllah moga kita berjumpa di Syurga.
Buat teman seperjuangan, lagu ini khas untuk kalian. Moga menjadi catalyst dalam perjuangan kita.
Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan istri.

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang



Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarai
Walau perjuangan tak berjaya



p/s:  Mood sangat2 merindui sahabat2 seperjuangan..
    

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive