Monday, March 21, 2011

anda mampu merubahnya

Saya sangat tertarik dengan tulisan Cik Husna baru-baru ni. Bukan di sebabkan tajuknya, tapi disebabkan kupasan isinya. Memang dikupas dengan sangat halus dan cantik. Tengokla sapa penulisnyakan. Cik Husna, komisyen jangan lupa yer. Bila baca topik yang dikupas, saya jadi teringat perbualan saya dengan family masa attend kenduri baru-baru ni.

As usual kalau pergi kenduri, akan dapat buah tangan dari tuan rumah. Kalau zaman dulu-dulu orang akan bagi bunga telur, takpun gula-gula. Bunga telur tu pulak macam-macam hiasan dia. Berbunga sana, berbunga sini. Tapi, telur rebus tu, balik rumah boleh jugak buat sambal tumis telur. Pergh..sedap.


Tapi, kalau tengok orang zaman sekarang, pelik-pelik benda yang di bagi. Kadang-kadang tu membazir pulak benda yang di bagi. Ni antara yang saya selalu dapatla kalau pergi kenduri.

Goody bag yang besar2. Berlambak dekat rumah
tak tau nak buat aper.

Kipas tangan.
Apa motif agaknya diorang bagi ni yer?

Sapu tangan.
Lepas makan nasi minyak, boleh guna ni kot. Save tisu.

Pot puri.

Bila sembang dengan abah dan adik saya, nak pecah perut jadinya. Abah saya kata, kalau kenduri nanti, dia nak bagi telur rebus balut dengan tisu jer. Tak membazir. Yang penting berkat.  Telur tu boleh makan dengan nasi. Tisu boleh lap mulut. Aha!! Idea bernas!!

Kalau perasankan, dalam sehari kadang-kadang ada sampai 3-4 kenduri. Yang larat boleh pergi semua. Yang tak larat alamatnya lepas 1 kenduri terus balik. Seboleh-bolehnya pergi la semua. Kalau tak makan pun, sekadar menziarah. 

Adik saya cadangkan buat kenduri dalam bulan puasa. Dapat lebih pahala. 
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)
Abah saya pun setuju, katanya orang tak pernah buat, apa kata kita yang buat. Sambil tu boleh ambil berkat bulan Ramadhan. Abah siap buat tentatif lagi. Hahaha lambat lagi abah oiii..

ATURCARA MAJLIS
7.00malam:  Tadarus al-quran oleh pengantin
7.30malam: Berbuka puasa
7.45malam: Solat maghrib berjemaah
8.00malam: Tazkirah oleh pengantin
8.30malam: Solat Isya' dan solat terawih
10.00malam: Moreh

Ok jugak tentatif nih. Lain dari yang lain. Masa makan tu, hampar kain putih, makan bersila semua. Kalau ada yang ingat, macam yang dekat masjid UIA time IIUM BERSELAWAT. Ha, macam tu la.
Lepas, makan tempat tu boleh dijadikan tempat solat. Solat berjemaah semuanya. Boleh terus tazkirah dan solat terawih.
Memang kalau difikirkan macam tak logic. Tak logic sebab tak der orang pernah buat. Yang penting, tak kisahlah nak buat cara apa sekali pun, ingat balik sebab apa buat kenduri kahwin? Yang wajibnya bukan kenduri tapi yang wajibnya akad nikah. Kenduri ni satu cara nak bagi tau semua yang kita dah berkahwin. Ok, bukan kita, anda dah berkahwin. Tapi, selagi boleh berjimat tu, berjimatlah. Perjalanan keluarga yang baru dibina bukan setakat pada hari kenduri sahaja! Tapi hingga ke SYURGA. Jangan kenduri mewah semewahnya, tapi dikelilingi hutang. Kalau permulaan berhutang, pengakhiran macam mana la yer? 
Binalah keluarga anda dengan sesuatu yang BERKAT. Biar orang rasakan ketenangan di kenduri anda justeru mendoakan kebahagian anda berdua suami isteri. Jangan biarkan orang merasa senak perut di kenduri anda dan menyumpah seranah anda suami isteri di dalam hati. Yang penting, berpada-pada dalam setiap urusan anda, perjalanan anda masih jauh.

FOOT NOTE: Jangan tiru idea kenduri saya dan warna tema saya ok!!

Thursday, March 17, 2011

SALIN KULIT

Salam.
Sekali lagi blog ni di salin kulit. Dah jemu dengan background yang 'blue' so sekarang ni segarkan minda dan mata anda dengan background hijau pulak.
Saya siapkan blog ni before pukul 5 petang takut2 bila dapat result nanti terus tak der mood nak update.

Bitaufiq wannajah untuk semua sahabat2 seperjuangan dengan result yang akan keluar beberapa minit sahaja lagi. Apa yang kita dapat terima dan redha.

-SALAM HIJAU-

Friday, March 11, 2011

KELAPANGAN YANG MENGGUGAT

Mahasiswa lain saat ini pastinya sedang berperang dengan buku dan assignment. Lain pulak bagi kami warga CENTER FOR FOUNDATION STUDY IIUM yang tengah bercuti. Terutamanya kepada second year yang insyaAllah akan melangkah ke main campus gombak @ kuantan bulan September nanti. Di ulang yer, bulan SEPTEMBER nanti.

Sahabat-sahabat yang ada short semester alhamdulillah la masih boleh menghabiskan sisa-sisa kehidupan di CFS. Masih lagi boleh bersama sahabat-sahabat tersayang. Masih lagi boleh ikut talaqi di AX 102. Masih lagi boleh kacau junior-junior, hehehhe. Kiranya masa masih terisila dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Bagi yang tak ada short semester, semua dengan perancangan masing-masing. Ada yang dah merancang untuk kerja. Ada yang merancang nak bercuti. Ada yang merancang untuk turun program negeri. Ada yang merancang nak duduk di rumah jer.Apa-apa pun yang dirancangkan, rancanglah dengan baik supaya apa yang kita buat tu kerana Allah dan bermanfaat untuk diri kita sendiri. 

Bila bercuti ni, banyak benda yang tercicir. Kadang-kadang ibadah tercicir, thaqafah tercicir, takhlifat tercicir. Macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa diri ni hipokrit sangat. Kalau di CFS dulu masa sangat-sangat sibuk. Tapi boleh jer nak jaga semua benda. Quran, takhlifat, ibadah, meeting, study dan macam-macam lagi. Tapi bila di rumah, masa sangat-sangat lapang sampaikan semua tercicir. Allah, ampunkan hambaMu ini ya Allah. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi sepatutnya digunakan untuk topup apa yang tak cukup. Tapi lain yang kita buat. Kelapangan yang Allah bagi dihabiskan dengan perkara sia-sia. Dihabiskan dengan benda-benda lagha. Allah.

Bila baca ayat ke-14 surah Al Baqarah rasa macam terkena pada diri sendiri. Rasa malu sangat dengan Allah. Rasa macam bila CFS lain, balik rumah jadi lain. Allah, malu-malu. 

2:14

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.





Allah, aku mohon kepadaMu ya Allah. 
Berikanlah kami kekuatan ya Allah.
Untuk menempuhi ujian kelapangan dunia ini ya Allah.
Berilah kami ketabahan ya Allah untuk bertempur dengan musuhMu ya Allah.
Berikanlah kami kekuatan ya Allah untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan kami Ya Allah.
Hanya padaMu kami meminta Ya Allah.
Hanya padaMu kami memohon pertolongan.

Tuesday, March 8, 2011

BUATMU PEJUANG

Jejak

Album : Untukmu Syuhada
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, 
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

*****


Ramai yang lari dari perjuangan dek kerana kesusahan dan kepayahan yang terpaksa di harungi. Ramai yang tak sanggup menjalani ranjau hidup sebagai seorang pejuang dek kemewahan duniawi yang terbentang.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan;  "Kami telah beriman, sedangkan mereka  tidak diuji? Dan sesungguhnya  Kami telah menguji org2 yg sebelum  mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,  sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Duhai pejuang agama Allah sekalian janganlah kalian takut dengan ujian duniawi. Sesungguhnya Allah telah sediakan sesuatu untuk kalian di syurga nanti.

Duhai para pejuang, ini baru ujian kecil buat kita. Bersabarlah dan mohonlah kekuatan dari Allah. Moga-moga kita terus istiqamah.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive