Friday, March 11, 2011

KELAPANGAN YANG MENGGUGAT

Mahasiswa lain saat ini pastinya sedang berperang dengan buku dan assignment. Lain pulak bagi kami warga CENTER FOR FOUNDATION STUDY IIUM yang tengah bercuti. Terutamanya kepada second year yang insyaAllah akan melangkah ke main campus gombak @ kuantan bulan September nanti. Di ulang yer, bulan SEPTEMBER nanti.

Sahabat-sahabat yang ada short semester alhamdulillah la masih boleh menghabiskan sisa-sisa kehidupan di CFS. Masih lagi boleh bersama sahabat-sahabat tersayang. Masih lagi boleh ikut talaqi di AX 102. Masih lagi boleh kacau junior-junior, hehehhe. Kiranya masa masih terisila dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Bagi yang tak ada short semester, semua dengan perancangan masing-masing. Ada yang dah merancang untuk kerja. Ada yang merancang nak bercuti. Ada yang merancang untuk turun program negeri. Ada yang merancang nak duduk di rumah jer.Apa-apa pun yang dirancangkan, rancanglah dengan baik supaya apa yang kita buat tu kerana Allah dan bermanfaat untuk diri kita sendiri. 

Bila bercuti ni, banyak benda yang tercicir. Kadang-kadang ibadah tercicir, thaqafah tercicir, takhlifat tercicir. Macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa diri ni hipokrit sangat. Kalau di CFS dulu masa sangat-sangat sibuk. Tapi boleh jer nak jaga semua benda. Quran, takhlifat, ibadah, meeting, study dan macam-macam lagi. Tapi bila di rumah, masa sangat-sangat lapang sampaikan semua tercicir. Allah, ampunkan hambaMu ini ya Allah. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi sepatutnya digunakan untuk topup apa yang tak cukup. Tapi lain yang kita buat. Kelapangan yang Allah bagi dihabiskan dengan perkara sia-sia. Dihabiskan dengan benda-benda lagha. Allah.

Bila baca ayat ke-14 surah Al Baqarah rasa macam terkena pada diri sendiri. Rasa malu sangat dengan Allah. Rasa macam bila CFS lain, balik rumah jadi lain. Allah, malu-malu. 

2:14

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.





Allah, aku mohon kepadaMu ya Allah. 
Berikanlah kami kekuatan ya Allah.
Untuk menempuhi ujian kelapangan dunia ini ya Allah.
Berilah kami ketabahan ya Allah untuk bertempur dengan musuhMu ya Allah.
Berikanlah kami kekuatan ya Allah untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan kami Ya Allah.
Hanya padaMu kami meminta Ya Allah.
Hanya padaMu kami memohon pertolongan.

No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive