Wednesday, April 27, 2011

Tinta kenangan buat sahabat seperjuangan


Teringat kenangan jaulah ke Merlimau bersama sahabat-sahabat beberapa bulan yang lepas. Bila dalam kereta, ada satu lagu ni sentiasa diulang-ulang. Tubir mata sentiasa bergenang. Kadang-kadang untaian manik jernih berguguran. Bagi orang lain mungkin anggap lagu ini biasa. Tapi bagi saya, ia ada maksud dan kenangan tersendiri. Mungkin saat dan ketika itu memang kena dengan emosi diri yang sangat rindukan sahabat-sahabat seperjuangan walaupun baru berpisah beberapa jam ataupun minggu. Baru berpisah sebentar, tapi saya sudah sangat-sangat rindukan mereka. Air mata menitis saat mendengar lagu ni. Terasa syahdu sangat perjalanan kami pada saat itu.
"Illeya tolong tukar lagu lain. Tak tahanlah dengar lagu ni. Hujan lebat nak turun nih." Beberapa kali saya mintak Cik Illeya untuk tukar lagu lain, tapi dia hanya tersenyum. Kak Farah dan Kak Muna di belakang dah lama tersenyum berbahterakan mimpi indah. Mungkin malas melayan kerenah budak kecik yang kuat merengek di hadapan.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih kerana sudi hadir menjadi sebahagian dari diri ini. Terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan sikap kebudakan-budakkan diri ini. Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini. Terima kasih kerana sudi mencoret 1001 kenangan bersama diri ini. Maafkan diri ini, andai pernah mengguris hati kalian. Diri ini sangat-sangat bersyukur kerna dikurniakan Allah, teman seperjuangan sehebat kalian. Andai kita tak berjumpa lagi di dunia, insyaAllah moga kita berjumpa di Syurga.
Buat teman seperjuangan, lagu ini khas untuk kalian. Moga menjadi catalyst dalam perjuangan kita.
Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan istri.

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang



Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarai
Walau perjuangan tak berjaya



p/s:  Mood sangat2 merindui sahabat2 seperjuangan..
    

Tuesday, April 12, 2011

Di sebalik TABIR

Meeting di bahagian muslimin rancak berjalan. Banyak yang diusulkan dan dibicarakan. Namun di bahagian muslimat, tak kedengaran satu suara pun. SUNYI. SEPI.  Tabir di tengah memisahkan pandangan mata antara mereka. 

"Muslimat, dengar ke apa yang muslimin usulkan?" aju muslimin nak dapatkan kepastian samaada muslimat ni masih hidup atau tidak.

"Dengar" jawapan sepatah dari muslimat.

"Ada apa2 cadangan dari muslimat?" soalan lain diajukan untuk memastikan muslimat masih wujud di situ.

Diam....Suasana sunyi. Tak ader jawapan balas kedengaran.

Muslimin terpinga-pinga. Muslimat ni dah balik ke semua??

Tiba-tiba....

CHSSSSSS....Bunyi minyak yang panas datang dari balik tabir.

"Muslimat buat apa tu kat belakang??" muslimin tertanya-tanya.

SENYAP..SUNYI..SEPI..

"Goreng cucoq ustaz. Nanti ana bagi dekat muslimin."


**********************************************************************************

Ok. Kalau anda semua ada dekat tempat muslimin tu, apa yang anda rasa??

Kalau saya, rasa tension pun ada. Dalam meeting boleh pulak buat kerja lain. Ingatkan sunyi sepi sebab dok mendengar, rupa-rupanya sibuk dok menggoreng kat belakang. Mentang-mentangla ada tabir, muslimin x nampak. Haiiyaa..

Saya nak sarankan beberapa perkara kepada muslimat, terutamanya dalam meeting. 

1)Aktifkan diri anda dalam meeting. Jangan malu untuk bersuara.

2)Be prepared dengan soalan2 before masuk meeting.

3)Kalau x der apa2 nak cakap pun, berikan respon yang terbaik dalam meeting. 

4)Beranikan diri anda bertanya apa2 yang anda x paham.

5)Beranikan diri untuk volunteer sebarang kerja.

6)Kawal emosi dengan sebaiknya.

7)Jaga adab dan pergaulan serta tatasusila sebagai seorang muslimah.


Situasi muslimat diam membisu di dalam meeting perlu diubah. Siapa yang perlu ubah dan ambil tindakan? Takkan muslimin kot. Mengharapkan setiap kali meeting muslimin tanya, "Muslimat ada idea?", "Muslimat ok ker?".. 

Ataupun mengharapkan kenyataan begini dari muslimin, "Muslimat tercekik tulang ker? Sampai mulut  tertutup rapat tak keluar suara?" Pergh, pedas. Memang pedas. Macam ada experienced jer..

Mestila muslimat sendiri kena ubah. Kita saja yang mampu ubah diri kita sendiri. Takkan nak suruh orang lain ubahkan. Jangan sekadar menjadi pak turut dan tukang angguk saja dalam meeting. Angguk jer apa yang orang cakap, walaupun benda tu salah atau kita tak faham. Muslimat kena ada stand sendiri dalam meeting dan bincangkan dengan muslimin.  2 ways comunication ok! Barula meeting jadi effective. Tak mengantuk dan tak membosankan. 

Jom muslimat, kita pecutkan langkah, berusahalah untuk berubah. Ambillah ibrah dari kisah Aisyah R.A. yang menjadi pusat rujukan setelah kewafatan Rasulullah S.A.W.. Bagaimana Aisyah membantu menyebarkan ilmu2 yang di pelajari dari Rasulullah. Aisyah x berdiam diri di rumah, tapi giat membantu menyebarkan ilmu kepada semua sahabat. 

Beranikan dirimu duhai muslimat. Malu itu memang perisai wanita, tapi bertempatlah dalam menzahirkan perasaan malu. Jangan malu untuk berbicara, tapi malulah bila artis yang dipuja. Jangan malu untuk melontarkan pendapat, tapi malulah bila x sempurna menutup aurat. Latih dirimu dari sekarang, agar kita dapat menjadi penyumbang buat Islam. Bak kata Senator Mumtaz,"Kita dilahirkan untuk melahirkan. Kita dipimpin untuk memimpin. Kita ditarbiah untuk mentarbiah".

 -MUSLIMAT POWER-

tinta dari muslimat buat muslimat atas dasar kasih sayang kerana Allah...

Saturday, April 9, 2011

forum intelek wanita muda 2011



Jangan lepaskan peluang untuk berdiskusi bersama Senator Mumtaz. Ahad ini ada talaqi di Masjid Usj. Lepas talaqi kita ke Forum Wanita.! Tak sabar nak bertemu dengan Senator Mumtaz dan akak2 SIGMA yang lain.

Wednesday, April 6, 2011

Jalan-jalan ke IIUM Kuantan

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
KUANTAN CAMPUS
Pintu gerbang yang akan menyambut kedatangan SEPTEMBER intake.


InsyaAllah, ada beberapa bangunan baru yang masih dalam proses pembinaan dan di jangka siap bulan Jun ini.

Kulliah of Dentistry



Kulliah of Allied Health Science

Masjid terapung.
Alhamdulillah lepas ni boleh berjemaah di masjid.

Bangunan pentadbiran.

Tangga besar di hadapan pintu gerbang.
Macam di Gombak.



Kompleks Sukan

Stadium

IIUM Educare.
Sapa nak hantar baby boleh la lepas nih.


Alhamdulillah, banyak bangunan-bangunan baru yang sedang di bina untuk kemudahan pelajar. Jadi, bersyukurlah wahai student2 IIUM Kuantan dan yang BAKAL ke Kuantan. Tak ader bezanya kita dengan student Gombak. Yang membezakan adalah, kemahuan kita. Gunakanlah infrastruktur yang ada dengan sebaiknya. Bersyukurlah. Moga2 dengan kemudahan yang ada dapat melahirkan lebih ramai profesional Muslim. 

Muslim have to be different from other people. IIUM students must be different from others university students. 

p/s: Terima kasih buat akhi aklil atas gambar-gambar. 

Friday, April 1, 2011

rindu

Tempat: AX102
Masa: 7.50 malam
Agenda: Talaqi


Semalam ustaz ader hal, jadi tak ader talaqi. Mulanya rasa sedih sangat-sangat. Rindu sangat nak bertalaqi dengan ustaz. Tapi alhamdulillah digantikan dengan maulid. Tapi x serancak dulu, maybe sebab tak der alunan gendang macam dulu. Walaupun gendang tak der, rasa gembira sangat sebab dapat bermaulid bersama sahabat-sahabat. Dah lama rindukan suasana ni.

Rasa sedih pun ada sebab tak semua sahabat yang ada di sini. Muka-muka yang dirindui tak kelihatan. Tak perla, ada masa insyaAllah kita jumpa. Tak dapat jumpa di dunia, insyaAllah kita jumpa di syurga.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive