Tuesday, May 31, 2011

Usaha+Doa+Tawakal=BERJAYA

"Ali, jom la solat. Waktu zohor dah masuk nih."


"Kau pergi dulula Abu. Aku nak study sikit lagi nih. Esok dah nak exam".


Abu menggeleng..


"Jom la solat dulu Ali. Nanti boleh sambung balik."


"Eh. Kau pergila solat Abu. Nanti aku solat kat bilik ja. Aku kena study betul-betul ni. Esok aku exam."


*************************

Dalam bilik..

"Aina, kau dah habis study dah ke? Esokkan exam?"

"Ala. Aku study ala kadar jer. Lagipun aku penat, baru balik usrah."

"Jangan la macam tu, Aina. Kita ni usrah, usrah jugak tapi akademik kena jaga."

"La, kau tak payah takutla Aisyah. Kan Allah kata, siapa yang bantu agama Allah, maka Allah akan bantu dia. So, aku dah penat buat usrah, mesti Allah bantu aku punya."

"Aina,aina. Jangan salah tafsirkan ayat tu. Tak semestinya bila Allah janjikan begitu, kita tak perlu berusaha. Usaha kena ada juga Aina."


**********

"Kena nampak muka kau pucat jer ni Din?"

"Aku takutla Ammar. Aku rasa tak jawab dengan elok paper tadi."

"Allah, jangan macam tu Din. Kita dah berusaha dengan sebaik mungkin dan berdoa. Sekarang ni, kita serah pada Allah saja."


===========================

3 situasi yang sering terjadi pada kita. Ada kalanya, kita berusaha sekeras mungkin. Tapi, kita lupa untuk berdoa dan bertawakal pada Allah. Kita terlalu berusaha untuk mencapai kejayaan, hinggakan terabai segala ibadah kita.

Ada kalanya, usaha kita hanya diperingkat minimum. Kita hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah agar dikurniakan kejayaan kepada kita hasil dari usaha yang minimum itu. 

Kadang kala, kita dah berusaha sehabis mungkin dan berdoa pada Allah. Tapi, kita lupa untuk bertawakal pada Allah. Kita sering kesah dan mengeluh dengan apa yang kita lakukan.


Sepatutnya,
bagi mendapatkan sesuatu kejayaan,
3 element penting ini WAJIB ada.

USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA


Usaha yang kita buat, perlulah semaksimum mungkin.
Doa pada Allah perlu dipanjatkan agar diberi kemudahan dalam mencapai kejayaan.
Pergantungan yang tinggi kepada Allah perlu ada kerana Allah lah yang mengatur segalanya.

1 comment:

MiaHani said...

Allah tidak akan mengubah nasib umatnya melainkan umatnya sendiri yang mengubahnya..jadi kta sama2 kn berusaha, doa dan tawakal...insyaAllah :)

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive