Thursday, July 28, 2011

Memori 8 TAHUN Yang Lalu

2003, tahun saya menduduki UPSR di Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Sebelum melangkah keluar dari sekolah untuk memulakan fasa hidup yang baru, satu coretan hadir bagi mengisi kotak memori yang akan ditutup. Coretan dari cikgu S, cikgu praktikal matematik yang mengajar di kelas saya, kelas 6 CEMERLANG. Coretan yang sentiasa saya simpan kejap dan erat. Coretan yang memberi semangat hingga ke saat ini. 

Kini, setelah 8 tahun, saya membuka coretan itu kembali. Tersenyum bila membaca. Teringat kenangan di saat selepas selesai kertas UPSR matematik, cikgu S memanggil saya dan mengambil kertas saya dan terus menyemak kertas tersebut. Cikgu S memulangkan kertas itu semula dengan senyuman.

Hari ini, ingin saya kongsikan coretan itu dengan anda semua. Supaya anda semua dapat sama-sama merasainya.  Supaya anda semua mendapat sesuatu daripadanya.





***



To Najwa,

Cikgu sebenarnya tidak cukup berseni untuk ucapkan sesuatu yang menarik untuk Najwa, tapi baca jelah.

Sebenarnya Najwa, 'Life is very Beautiful'. Makin menarik apabila kita hadapi cabaran.
Makin besar cabaran, maka makin lawa hidup kita itu. So, Cikgu pegang satu prinsip.
Jangan takut kepada cabaran. Hadapi cabaran itu.Apa yang paling utama,
apa yang kita belajar daripada cabaran itu. Bukan berjaya atau tidak cabaran itu yang menjadi ukuran.

Satu lagi Najwa, Jangan kita takut kepada kegagalan. 
Yang paling penting kita belajar dari kegagalan dan kesilapan yang kita lakukan.
Kerana kita akan ingat sampai bila-bila kegagalan dan kesilapan yang kita buat.
Jika kita berubah kerana kegagalan dan kesilapan itu, itu merupakan kenangan manis yang kita akan ingat sampai bila-bila.


To Najwa,

-We are not rich by what we possess but rather by what we can do without.
-What the thing called beautiful, please don't think it wonderful.

Mohd S... M... Bin .....


***


Terima kasih cikgu. Coretan ni sangat bermakna. 8 tahun dah berlalu, namun coretan ini masih tersimpan kemas. Semoga Allah sentiasa merahmati cikgu dunia dan akhirat.


NOTA HATI:
-kalaulah Cikgu S baca post nih, harap balas la ya cikgu...



4 comments:

norhani said...

wa, very nice la cikgu tu bagi nasihat....
sgt terharu.. =)
bakponyo bagi namo cikgu SM
tulis je la namo sobonar...
sejuk ati die dapat baca entri nie.. :D

nur najwa hamali said...

Alhamdulillah.
Ala kak hani, kalau letak nama sebenar,nanti kalau cikgu tu tak suka ker..

norhani said...

ade ke...
kalu k.hani jadi cikgu tu, it's very touching taw if ada anak murid yang mention nama kita.
for me, kalau mention nama cikgu tu, it's a symbol of appreciation :)
sgt terharu kalau ade anak murid still ingat cikgunya..
it's ok kalau tak sebut pun.. :) terpulang pada anda...

cityiklan said...

Salam Ramadhan Dari Saya Buat Semua
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
Singgah Iklan

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive