Tuesday, November 29, 2011

Cinta berputik di dalam usrah


 Pahamkan dan hadamkan ia, anda akan dapat sesuatu dari usrah.
Bunga-bunga cinta telah berputik dalam diri saya.
Cinta dengan usrah.
Cinta yang sukar digambarkan,
tapi cukup membawa 1000 kemanisan.
Allah, istiqamahkanlah kami di jalanMu.

NOTA HATI:
Umi Yani...jom usrah!!

Monday, November 28, 2011

kerana SEHELAI JILBAB

kerana SEHELAI JILBAB membawa seribu perbezaan..

Alangkah indahnya kulihat, berjalan seorang muslimah mukminah..dengan diri yang di tutupi jilbab labuh, dia berjalan penuh tawadhu'..

Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah..

Di sebalik fizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa..bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa..

Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..

Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...

 Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA... 

Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah... 

Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..SubhanAllah...




Saya ingin menjadi seorang gadis yang BISU, PEKAK dan BUTA agar dapat saya bertemu dengan KEKASIH HATI tanpa resah dan gelisah.

Thursday, November 24, 2011

Keseorangan + Ujian=SABAR



2 minggu ini, cukup menguji diri dari segenap sudut. Namun, ujian yang diterima taklah sehebat ujian yang sahabat-sahabat saya yang lain lalui. Allah, dengan ujian sekecil ini pun saya masih terumbang-ambing.


Dalam 2 minggu ni, terasa diri BERSEORANGAN. Bila bermacam-macam ujian datang, saya hanya mampu menangis seorang diri. Tak mampu untuk saya luahkan pada adik-adik dan kakak-kakak saya. Mereka juga mempunyai commitment yang lebih banyak dan lebih penting. Tak sanggup rasanya untuk saya bazirkan masa mereka hanya sekadar untuk minta mereka menjadi pendengar.

Bumi Kuantan cukup memberi impak kepada diri saya. Saya akui, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dari segi akademik, gerak kerja, emosi, dan segala-galanya. Ya! KUANTAN dan PJ memang berbeza. Berada di Kuantan, masing-masing membawa haluan masing-masing. Mungkin masih dalam proses adaptasi. Tapi, saya nak adik-adik dan kakak-kakak saya tahu, saya rindukan kalian semua. Saya rindukan ukhwah PJ. Saya nak ukhwah itu di Kuantan, dan saya nak ia semakin hebat. Saya tak mampu hadapi segalanya seorang diri. Saya perlukan anda semua.


Hanya doa dan bersabar yang mampu saya buat sekarang. Walau banyak mana pun ujian datang, sabar, sabar, sabar, dan mohon pada Allah. Sebab Allah pemilik segala-galanya. Dia yang mencampakkan rasa ukhwah itu dalam hati kita. Semoga Allah redha dengan ukhwah kita, dan dicampakkan dan disemaikan lagi ukhwah itu.




Apa yang ditulis, dari hati saya sendiri kerana saya sangat RINDUKAN adik beradik saya. Saya rindukan pelukan mereka bila saya ada masalah. Saya rindukan kata-kata nasihat mereka. Saya rindukan genggaman tangan mereka. Saya rindukan suara mereka tatkala mendendangkan lagu jihad. Saya rindukan segala-galanya tentang mereka.


Allah, sebelum aku kembali kepadaMu, izinkan mereka tahu bahawa aku sangat MENCINTAI dan MERINDUI mereka.


Berikan aku ISTIQAMAH


Allah, istiqamahkanlah aku dan sahabat-sahabatku hingga ke akhir hayat kami.

Wednesday, November 23, 2011

Maknakan hari anda.


Jom kita isi hari-hari kita untuk mencapai redha Allah. Muslim yang hebat perlu pandai mencatur masanya.

Monday, November 21, 2011

Gelombang CAMPRO menyerang lagi!!


Alhamdulillah, kini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, telah dilancarkan satu program iaitu Campus Dakwah Project ataupun lebih dikenali dengan CAMPRO. Program ini akan berjalan dari 19 November hingga 11 December dan begitu banyak program menarik yang menanti bukan sahaja kepada student UIA malah kepada semua masyarakat luar.. 




Pada sabtu malam yang lepas telah diadakan Opening Ceremony untuk CAMPRO dan di ikuti dengan talkshow "I'M ROCK, I'M OK" yang sangat menarik yang telah dimoderatorkan oleh saudara Hilmi Hamdan yang sangat lincah menghidupkan suasana bersama ahli panel Ustaz Mansur dan jugak saudara Sham Kamikaze. Bangunan Grand Hall yang penuh dengan para pelajar dan masyarakat luar cukup membuktikan talkshow I'M ROCK, I'M OK cukup berjaya. Tahniah buat semua!!

Untuk malam ni, 'TEARS OF THE PALESTINIANS' NIGHT'. Jom ramai-ramai kita terbang ke bumi Palestin. Ada misi besar menanti kita di sana.

Gelombang CAMPRO sudah mula terasa. Jom kita semarakkan lagi gelombang dakwah di bumi KUANTAN.

ISLAM IS MY ONLY WAY OF LIFE

p/s:

Tears of Palestinians' Night (ToPN), 21 November 2011 (Isnin), Auditorium Kulliyyah of Medicine, 8.40-11.00p.m. :
1) Makluman penggantian Dato' A. Samad Said yang tidak dapat hadir kerana appointment mengejut dengan doktor kepada Marsli N.O. @ Ramli Selamat (dramatis, penyair dan penggiat teater) yang akan melakukan persembahan pentas.
2) Kutipan derma untuk Palestin akan dijalankan pada malam tersebut. Sila bawa sumbangan anda sebanyak mungkin.
3) Pengangkutan bas dari mahallah at-Tabari disediakan (sebelum isyak hari tersebut).

Monday, November 14, 2011

Teruskan bercinta

Berada di bumi Allah,
akan ku teruskan bercinta..
sampai ke akhir nyawaku..

Bercinta dengan ini.


Saya impikan ini di dalam baitul muslim saya nanti.

Dan saya akan teruskan bercinta dengan encik PERJUANGAN..
kerana saya dah terlalu cintakan encik perjuangan..

Saturday, November 12, 2011

cerminan diri pada NAMA

Nama yang diberi, bukan untuk dibanggakan. Tapi dengan niat supaya maksud nama itu sendiri mampu meresap ke dalam diri si bayi suci lantas menjadi darah daging melahirkan insan yang berguna untuk Islam. Andai saat dilahirkan, si bayi mampu memilih namanya sendiri, pasti akan dipilih nama yang terbaik...

Perkongsian dari seorang hamba NAMA.


Jauh perjalanan mengharap redhaNya

Bertolak dari Butterworth pukul 10 malam menaiki buraq, si bus merah Durian Burung. Ini kali kedua menaiki bus double decker. Perjalanan balik mengambil masa hampir 8 jam.

Kenapa balik awal sangat? 

Ramai yang bertanya soalan seperti di atas. Hanya mampu tersenyum. Dalam hati menjawab, "Saya masih ada 2 paper untuk saya perjuangkan, dan masih banyak tanggungjawab menanti saya di sana."

Perjalanan yang panjang membuat otak saya jugak berlayar panjang. Terpikir dalam hati, "Andai kata bus ni accident dan aku ditakdirkan mati di sini, adakah kematian ku ini dikira syahid? Allah, redhailah perjalanan ku ini."

Sampai dibumi Kuantan pada pukul 6.15pagi. Kaki ini bergegas kerana tak sabar ingin berjumpa KEKASIH HATI di pagi hari.

Thursday, November 10, 2011

Saat IJAB dan KABUL


Minggu ini begitu banyak mendapat 'kejutan' dari insan-insan di sekeliling. Ramai yang sudah dan akan bertukar status dari 'SINGLE' to 'MARRIED'. Terkejut pun ada, tapi hanya mampu tersenyum. Tak dinafikan berita-berita sebegini yang perlu didengari bila umur dah melangkah ke angka 2. Tambah-tambah lagi berada di universiti yang sangat 'strategik'. Tahniah kepada antum semua kerana mengambil jalan yang sangat di redhai Allah. Semoga antum berbahagia hingga ke syurga. Terima kasih sebab memberi peluang untuk kami makan nasi minyak.

Kepada junior saya di asasi UIA(walaupun junior, tapi sama umur ok..), Puan Farah Aida dan suami, tahniah kerana dah bergelar isteri orang. Anda dah melanggar banyak 'bendul-bendul' nih. Tak apa, sapa suruh diorang lambat sangatkan.
Semoga bahagia bersama Encik Zauj.

Buat sahabat-sahabat yang bakal bertukar status, buatlah persediaan sebanyak mungkin. Banyak tanggungjawab yang akan menanti antum.



Nota Hati:

1)Yang masih single pun kena buat persediaan jugak.

2)Mood kempunan nak makan nasi minyak!! hehe..

Friday, November 4, 2011

Jihad..aku rindu padamu

saya ingin MENULIS...

Kakak usrah saya pernah katakan, "Jadilah kita seperti MUHAMMAD yang bergerak". Hadirnya kita membuatkan orang disekeliling merasa tenang dan selesa. Mereka berasa aman dengan kewujudan kita dan bukannya merasa resah dan gelisah. Bila kita berbicara, orang akan terpaut dan rasa dekat kepadaNya. Bila kita diam, orang akan jatuh cinta dengan akhlak kita. Bila kita berjalan, orang akan terpesona. Bila menulis, setiap tulisan itu mampu membawa mereka dekat denganNya. Pendek kata, segala apa yang kita lakukan, membawa kebaikan dan ketenangan kepada semua.

Saya ingin menjadi sebegitu. Mungkin ada yang mengatakan bahawa sebagai mahasiswa, tugas saya hanya untuk belajar. Saya akui itu..amanat terbesar saya sekarang adalah belajar. Memandangkan saya anak sulung dan anak tunggal perempuan, saya menggalas harapan umi dan abah saya yang sangat tinggi. Mereka pasti ingin melihat anak mereka berjaya dengan segulung ijazah.

Tapi!! Saya tak mau masa muda saya dibazirkan begitu saja. Saya ingin menjadi muslimah yang multipurpose. Hebat di medan kuliah, hebat di medan dakwah, hebat jugak di medan ummah, supaya saya mampu menghadap Allah dengan hati yang tenang. Saya inginkan setiap inci tubuh saya ada sumbangan untuk Islam. 

Walaupun saat ini tangan saya masih belum mampu menghayun senjata, namun ingin saya asuh dan didik tangan ini supaya lancar dan laju di medan penulisan. Ingin saya tarbiah otak saya, supaya mampu menjana idea. Saya mahu jadikan bidang penulisan sebagai salah satu jambatan untuk saya melangkah ke Jannah (ameen). 

Saya masih bertatih dalam bidang ini. Belum mampu berlari dengan laju. Doakan saya duhai sahabat, semoga penulisan saya sentiasa dalam redhaNya.

"Ya Allah, berilah kemudahan dalam menulis kepadaku. Betulkanlah niatku andai pernah atau akan tersasar. Ikhlaskanlah diriku, supaya aku menulis bukan kerana populariti tapi menulis kerana Allah!!"

Dalam proses bertatih, seorang bayi memerlukan caregivers yang mampu menjaga dirinya agar tidak jatuh dan terkandas. Macam tu jugak saya, saya memerlukan anda SEMUA untuk membantu saya menjadi seorang MUHAMMAD yang bergerak!!. Walaupun sikit sumbangannya dan mungkin tidak berjaya menyentuh hati anda, semoga ianya mampu menjadi saham buat saya di SANA kelak.

-DOAKAN AKU TEMAN-



Nota Hati:

1) Esok insyaAllah akan betolak balik ke Butterworth untuk raya haji!!
2)Baru habis 3 paper midsem. 2 paper lagi (Food Science dan Nutritional Health) akan di sambung lepas naik cuti.

Thursday, November 3, 2011

Ukhwah itu MAHABBAH

Alhamdulillah, baru selesai kelas psychology bersama lecturer dari UMP. Jam menunjukkan pukul 10.40malam. Sister ramai yang bergerak ke tempat parking untuk tunggu bas. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai jugak. Bila call driver bas, dia habaq on the way. Jadi, tunggu lagi....


Bila call balik driver tu, dia kata "Pak cik dah ada dekat rumah la. Apa kata korang balik jalan kaki ja!!"...

What?? Dah la pukul 11 malam lebih. Nak kami jalan kaki??? Dengan anjing liar dan BAB1 yang semenjak dua menjak ni suka bersiar-siar di mana-mana saja. Takkan kami nak jalan kaki!! Kalau siang ok lagi. Tapi, malam...NO WAY...

Sister yang lain semua pakat keluarkan handphone masing-masing dan call sapa-sapa yang boleh ambik. Kecut jugak masa tu sebab kami yang agak sikit + keadaan yang sangat sunyi menyebabkan bulu roma mendongak ke atas. 

11.15malam

Rasa sangat terharu saat tu bila nampak 3-4 buah kereta datang. Brothers pun ada jugak untuk ambik kami. Sebelum tu, bertalu-talu message masuk, semuanya bertanyakan keadaan kami yang masih belum balik lagi. Dalam situasi macam tu, sempat lagi berfikir. Kalau aku bukan di UIA, adakah situasi ini akan terjadi? Ataupun kami hanya sekadar ditinggalkan dan pandai-pandailah bawak haluan sendiri. :)

Betullah orang kata, nak tengok tahap ukhwah tu, jangan dilihat saat ketawa. Tapi, tengoklah saat ditimpa musibah. Jadi, malam ni saya tersenyum dan terus tersenyum. Sebab, saya dah mula rasakan aliran ukhwah bersama tautan mahabbah setelah beberapa minggu saya di bumi KUANTAN.




****



Coretan kali ini sudah lama ingin saya coretkan. Tapi, hanya menunggu masa. Bila berbicara tentang UKHWAH, macam-macam yang terlintas di hati kita. Ukhwah fillah, ungkapan yang selalu di ucapkan menandakan hubungan itu hanya kerana Allah. Sungguh cantik perkataan ukhwah itu sendiri, ditambah pula dengan kisah-kisah yang tersembunyi.

SAIDINA ABU BAKAR

Ikon ukhwah yang cukup dikagumi. Tahap ukhwah antara beliau dengan Rasulullah terbukti sewaktu beliau menjadi antara orang yang pertama memeluk Islam. Saat nabi dicerca, Abu Bakar membela. Saat nabi dihina, Abu Bakar ada bersama baginda. Saat ular ingin mematuk kaki baginda, Abu Bakar ada sebagai penghalangnya. Saat kesukaran di hadapi ketika berhijrah, Abu Bakar ada sebagai penemannya. Saat nabi kesedihan selepas kewafatan isteri tercinta, Allah mengilhamkan untuk mengambil puteri Abu Bakar sebagai penggantinya. Subhanallah, bertapa kuatnya ukhwah, tersulam dengan mahabbah, hanya kerana Allah.


Muhajirin VS Ansar


Saat kaki baginda menjejak ke Madinah, masjid dibina, sebagai tempat untuk beribadat dan jugak tempat untuk bermasyarakat. Muhajirin merindui Mekah, Ansar menyambut di Madinah. Masing-masing tidak saling mengenali namun punyai aqidah yang hakiki. Saat itu, Rasulullah menyatukan dua kaum ini dengan ikatan ukhwah dan persaudaraan, hingga Ansar sanggup memberikan apa sahaja kepada Muhajirin. Kesannya boleh kita lihat selepas itu, bagaimana tertegaknya negara Islam Madinah hasil penyatuan dua jiwa Muhajirin dan Ansar yang berjuang kerana Allah.


*****

Zaman ini cukup susah untuk kita mencari sebenar-benar ukhwah. Ada yang melaungkan ukhwah, tapi hanya sekadar retorik semata-mata. Ada yang melafazkan ukhwah, tapi tanpa mahabbah. Ukhwah tanpa mahabbah ibarat perut yang berbunyi tanpa makanan. Ukhwah itu akan berjalan tapi dalam bermacam-macam ragam dan keadaan. Ukhwah itu hanya ketika di hadapan mata. Bila berjauhan, semuanya terbang kemana-mana.

Ukhwah+Mahabbah=RAHMAH

Bila ukhwah disulam mahabbah(kasih sayang), diri yang jauh terasa rindu. Diri yang dekat sangat terikat. Bila diri dilanda masalah, pasti ada yang dapat menghidu. Bukan sekadar menghidu, tapi segera membantu. Hebatnya ukhwah!! 



Nota hati:

1)Mode baru lepas exam...ada dua paper lagi after cuti..do pray for me and my friends...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive