Wednesday, December 21, 2011

Mari bercinta dengan cik DIET

Rata-rata student, di doktrinkan dengan kerjaya sebagai seorang DOKTOR atau ENGINEER sejak dari kecil lagi. Bila melangkah ke alam university, lebih banyak bidang yang akan kita jumpa. Pada awalnya, saya juga begitu. Dari kecil, di impikan dengan kerjaya sebagai sorang doctor, hinggalah ke alam university. Siapa sangka, melangkah ke akhir semester di matrik, saya menerima kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan sebagai student BACHELOR OF DIETETICS. 

Menjadi student DIET sangat menyeronokkan dan membanggakan (bukan nak riak ok!!). Bila melangkah ke UIA Kuantan, sangat teruja bila dapat tau, student DIET sangat menyerlah dalam setiap bidang. The best student UIA  adalah student DIET, orang-orang penting dalam setiap program UIA terdiri dari kalangan student DIET, orang yang famous dekat UIA jugak student diet!!

Bila masuk dalam class, sangat teruja bila jumpa dengan lectures. Lectures DIET sangat peramah dan sangat sporting dan berpewatakan macam ibu dan ayah. Membuatkan kita jadi SANGAT RAPAT dengan lecturer. Untuk pengetahuan semua, DEAN KULIYYAH ALLIED HEALTH SCIENCS adalah lecturer DIET dan kami sangat RAPAT dengan beliau. Lecturer DIET semuanya adalah orang2 yang hebat sebab terlibat dengan NGO2 kesihatan yang sangat hebat.

Alhamdulillah, kemasukan kami ke UIA Kuantan, disambut dengan bangunan ALLHS yang baru. Budak2 DIET dapat KITCHEN yang baru! InsyaAllah, next semester dah boleh masuk kitchen yang baru!


KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES

Untuk study pulak, semester pertama agak relax dengan credit hour hanya 14.5. Belajar diet sangat seronok sebab berkaitan dengan apa yang selalu kita buat. Untuk semester 1, year 1 nih, ada 5 subjek yang kami ambil. 2 subjek core course iaitu FOOD SCIENCES dan NUTRITIONAL AND HEALTH. Sangat seronok belajar dua subjek ni sebab dapat lecturer yang sangat sporting dan kelakar. Untuk subjek Kuliyyah, kami belajar Functional Biochemistry, Human Structure & Function 1 dan Developmental Psycholgy in Health Sciences.  Untuk subjek UNGS, Alhamdulillah dah ambik siap2 di CFS, jadi masa agak lapang.

Untuk sem berikutnya, department courses yang kena ambik:

                Year 1, Sem 2 : Nutrition in Life Cycle, Food Microbiology, Food Analysis, Principle of Food Preparation

                Year 2, Sem 1: Nutrition and Genes, Nutritional Status Assessment

                Year 2, Sem 2: Nutritional Immunology, Nutritional Education and Health Promotion, Basic Medical Nutrition Therapy
                Year 3, Sem 1: Intermediate Medical Nutrition Therapy, Social & Cultural Issues in Food and Nutrition, Seminar in Dietetics, Counseling Skills for Dietitian

                Year 3, Sem 2: Advanced Medical Nutrition Therapy, Catering & Food Service Management, Preparation of Therapeutic Diet, Community Nutrition Placement, Research Project in Dietetics 1.

                Year 3, Sem 3: Industrial Training: Catering & Food Service Placement.

                Year 4, Sem 1: Research Project 2, Clinical Rotation

                Year 4, Sem 2: Clinical Rotation.

Untuk bidang perkerjaan pulak, tak perlu risau sebab diet menjanjikan bidang perkerjaan yang sangat luas. Anda boleh bekerja di mana –mana sahaja yang anda mahu. Anda boleh bekerja di hospital sebagai DIETITIAN, boleh bekerja di campony2 makanan such as Nestle, Kit Kat, dan lain2, boleh bukak kedai makanan/bakery sendiri, boleh bekerja bersama mana2 NGO kesihatan(jabatan kesihatan, dll), lecturer dietetics, kerja dalam lab, dan lain2 lagi.

Akhir kalam, DIETETICS merupakan bidang yang sangat INTERESTING untuk diterokai. Ahlan wa sahlan ke bidang DIETETICS, kami dan KITCHEN yang BARU, menanti kehadiran antum semua di bumi UIA KUANTAN.


5 comments:

seeking mardhatillah said...

Jazakillah khair ukhti atas perkongsian dengan cik DIET..emm..ada tak blog senior2 diet Uia yang dah grad dan kerja sbagai dietitian slain kitchen heartcafe 2..?

nur najwa hamali said...

Terima kasih sebab sudi baca. Setakat ni belum ada, insyaAllah, saya usahakan untuk cari.

niknurhanini said...

salam
lepas bace post akak nih, rse mcm menyesal la pulak x pilih allied health sc. fyi, sy dpt keputusan yg agak mmberangsangkan in the previous spm result (11A+),, no offense, tp rmai yg ckp i should take medic or dentistry or pharmacy rater than dietetics.
actlly sy mmg mnat bnd2 mcm ni ,, t ye lah mcm ramai je yg x stuju including my family. job prospect x luas lah, ssah nk dpt keje lah, n one more x bnyk yg taja course ni x mcm medic etc.
so, in the end, sy x apply pon tajaan ke ovc dlm bdang yg sy nk tu n i chose to study in UIA dlm bdang pharmacy..
tp, lpas bace post akak ni rse mcm kesal la pulak,, hohohoho

niknurhanini said...

salam
lepas bace post akak nih, rse mcm menyesal la pulak x pilih allied health sc. fyi, sy dpt keputusan yg agak mmberangsangkan in the previous spm result (11A+),, no offense, tp rmai yg ckp i should take medic or dentistry or pharmacy rater than dietetics.
actlly sy mmg mnat bnd2 mcm ni ,, t ye lah mcm ramai je yg x stuju including my family. job prospect x luas lah, ssah nk dpt keje lah, n one more x bnyk yg taja course ni x mcm medic etc.
so, in the end, sy x apply pon tajaan ke ovc dlm bdang yg sy nk tu n i chose to study in UIA dlm bdang pharmacy..
tp, lpas bace post akak ni rse mcm kesal la pulak,, hohohoho

izaRamos said...

diet takde belajar math and physics ke?

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive