Sunday, January 30, 2011

KISAH DI BUMI TUNISIA, MESIR, YAMAN,....

TUNISIA

Rusuhan terjadi setelah salah seorang mahasiswa membakar dirinya 
di hadapan pejabat kerajaan setelah kedainya ditarik tanpa sebab.
Mereka juga menuntut Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali untuk meletak jawatan
setelah memerintah Tunisia hampir 20 tahun.
 
Sebab berlakunya rusuhan:
  • Mahasiswa sukar mendapat kerja
  • Semua harta dikumpul oleh kroni-kroni presiden
  • Semua projek mesti melalui isteri presiden
  • Akhbar-akhbar dan media massa dikawal oleh kerajaan
  • TV dan radio berat sebelah kepada kerajaan
  • Pembodek kerajaan pasti dapat kerja dan projek pembangunan kerajaan
  • Internet dikawal
  • Kesatuan sekerja dikawal dan ditutup suara mereka
  • Pelajar dan Universiti dikawal oleh akta universiti yang menyekat pengaruh mahasiswa. 

************************************


MESIR

Satu demonstrasi anti-kerajaan yang terbesar telah dilakukan di Tahrir Square
pada 25 JANUARI rentetan kebangkitan yang berlaku di TUNISIA.
Mereka membantah pemerintahan autokratik Presiden Mesir, Hosni Mubarak
yang memerintah Mesir dalam tempoh yang cukup lama iaitu 30 tahun.
Selepas membubarkan barisan kabinetnya baru-baru ini,
Mubarak ingin melantik kabinetnya yang baru tetapi dibantah oleh rakyat
dan meminta Mubarak untuk berundur.
Berikutan dengan demonstrasi yang dijalankan, semua akses telefon, internet 
dan lain2 disekat dan mengakibatkan rakyat Mesir tidak dapat berhubung dengan orang luar.

"Syaikh al-Qaradhawi menganggap rakyat Mesir yg b’demonstrasi menuntut Husni Mubarak berundur sbg ‘ahrar’, iaitu org2 yg b’jiwa merdeka dan menyifatkan demonstrasi itu sbg ‘kebangkitan yg diberkati rakyat Mesir’. Ini bermakna, demonstrasi tersebut tdk bercanggah dgn syarak pd pandangan al-Syaikh al-Imam al-Qaradhawi."


 ***************************

YAMAN
Mengambil semangat dan inspirasi dari TUNISIA dan MESIR,
kini YAMAN bangkit di ibu kota Sanaa dan menyeru Presiden
Ali Abdullah Saleh untuk berundur.
Demonstrasi dijalankan bermula pada 27 JANUARI di 2 tempat yang berbeza
iaitu di ibu kota dan juga University Sanaa.
 



Akhir sekali, buat semua umat Islam:


SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive