Monday, March 21, 2011

anda mampu merubahnya

Saya sangat tertarik dengan tulisan Cik Husna baru-baru ni. Bukan di sebabkan tajuknya, tapi disebabkan kupasan isinya. Memang dikupas dengan sangat halus dan cantik. Tengokla sapa penulisnyakan. Cik Husna, komisyen jangan lupa yer. Bila baca topik yang dikupas, saya jadi teringat perbualan saya dengan family masa attend kenduri baru-baru ni.

As usual kalau pergi kenduri, akan dapat buah tangan dari tuan rumah. Kalau zaman dulu-dulu orang akan bagi bunga telur, takpun gula-gula. Bunga telur tu pulak macam-macam hiasan dia. Berbunga sana, berbunga sini. Tapi, telur rebus tu, balik rumah boleh jugak buat sambal tumis telur. Pergh..sedap.


Tapi, kalau tengok orang zaman sekarang, pelik-pelik benda yang di bagi. Kadang-kadang tu membazir pulak benda yang di bagi. Ni antara yang saya selalu dapatla kalau pergi kenduri.

Goody bag yang besar2. Berlambak dekat rumah
tak tau nak buat aper.

Kipas tangan.
Apa motif agaknya diorang bagi ni yer?

Sapu tangan.
Lepas makan nasi minyak, boleh guna ni kot. Save tisu.

Pot puri.

Bila sembang dengan abah dan adik saya, nak pecah perut jadinya. Abah saya kata, kalau kenduri nanti, dia nak bagi telur rebus balut dengan tisu jer. Tak membazir. Yang penting berkat.  Telur tu boleh makan dengan nasi. Tisu boleh lap mulut. Aha!! Idea bernas!!

Kalau perasankan, dalam sehari kadang-kadang ada sampai 3-4 kenduri. Yang larat boleh pergi semua. Yang tak larat alamatnya lepas 1 kenduri terus balik. Seboleh-bolehnya pergi la semua. Kalau tak makan pun, sekadar menziarah. 

Adik saya cadangkan buat kenduri dalam bulan puasa. Dapat lebih pahala. 
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)
Abah saya pun setuju, katanya orang tak pernah buat, apa kata kita yang buat. Sambil tu boleh ambil berkat bulan Ramadhan. Abah siap buat tentatif lagi. Hahaha lambat lagi abah oiii..

ATURCARA MAJLIS
7.00malam:  Tadarus al-quran oleh pengantin
7.30malam: Berbuka puasa
7.45malam: Solat maghrib berjemaah
8.00malam: Tazkirah oleh pengantin
8.30malam: Solat Isya' dan solat terawih
10.00malam: Moreh

Ok jugak tentatif nih. Lain dari yang lain. Masa makan tu, hampar kain putih, makan bersila semua. Kalau ada yang ingat, macam yang dekat masjid UIA time IIUM BERSELAWAT. Ha, macam tu la.
Lepas, makan tempat tu boleh dijadikan tempat solat. Solat berjemaah semuanya. Boleh terus tazkirah dan solat terawih.
Memang kalau difikirkan macam tak logic. Tak logic sebab tak der orang pernah buat. Yang penting, tak kisahlah nak buat cara apa sekali pun, ingat balik sebab apa buat kenduri kahwin? Yang wajibnya bukan kenduri tapi yang wajibnya akad nikah. Kenduri ni satu cara nak bagi tau semua yang kita dah berkahwin. Ok, bukan kita, anda dah berkahwin. Tapi, selagi boleh berjimat tu, berjimatlah. Perjalanan keluarga yang baru dibina bukan setakat pada hari kenduri sahaja! Tapi hingga ke SYURGA. Jangan kenduri mewah semewahnya, tapi dikelilingi hutang. Kalau permulaan berhutang, pengakhiran macam mana la yer? 
Binalah keluarga anda dengan sesuatu yang BERKAT. Biar orang rasakan ketenangan di kenduri anda justeru mendoakan kebahagian anda berdua suami isteri. Jangan biarkan orang merasa senak perut di kenduri anda dan menyumpah seranah anda suami isteri di dalam hati. Yang penting, berpada-pada dalam setiap urusan anda, perjalanan anda masih jauh.

FOOT NOTE: Jangan tiru idea kenduri saya dan warna tema saya ok!!

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive