Tuesday, April 12, 2011

Di sebalik TABIR

Meeting di bahagian muslimin rancak berjalan. Banyak yang diusulkan dan dibicarakan. Namun di bahagian muslimat, tak kedengaran satu suara pun. SUNYI. SEPI.  Tabir di tengah memisahkan pandangan mata antara mereka. 

"Muslimat, dengar ke apa yang muslimin usulkan?" aju muslimin nak dapatkan kepastian samaada muslimat ni masih hidup atau tidak.

"Dengar" jawapan sepatah dari muslimat.

"Ada apa2 cadangan dari muslimat?" soalan lain diajukan untuk memastikan muslimat masih wujud di situ.

Diam....Suasana sunyi. Tak ader jawapan balas kedengaran.

Muslimin terpinga-pinga. Muslimat ni dah balik ke semua??

Tiba-tiba....

CHSSSSSS....Bunyi minyak yang panas datang dari balik tabir.

"Muslimat buat apa tu kat belakang??" muslimin tertanya-tanya.

SENYAP..SUNYI..SEPI..

"Goreng cucoq ustaz. Nanti ana bagi dekat muslimin."


**********************************************************************************

Ok. Kalau anda semua ada dekat tempat muslimin tu, apa yang anda rasa??

Kalau saya, rasa tension pun ada. Dalam meeting boleh pulak buat kerja lain. Ingatkan sunyi sepi sebab dok mendengar, rupa-rupanya sibuk dok menggoreng kat belakang. Mentang-mentangla ada tabir, muslimin x nampak. Haiiyaa..

Saya nak sarankan beberapa perkara kepada muslimat, terutamanya dalam meeting. 

1)Aktifkan diri anda dalam meeting. Jangan malu untuk bersuara.

2)Be prepared dengan soalan2 before masuk meeting.

3)Kalau x der apa2 nak cakap pun, berikan respon yang terbaik dalam meeting. 

4)Beranikan diri anda bertanya apa2 yang anda x paham.

5)Beranikan diri untuk volunteer sebarang kerja.

6)Kawal emosi dengan sebaiknya.

7)Jaga adab dan pergaulan serta tatasusila sebagai seorang muslimah.


Situasi muslimat diam membisu di dalam meeting perlu diubah. Siapa yang perlu ubah dan ambil tindakan? Takkan muslimin kot. Mengharapkan setiap kali meeting muslimin tanya, "Muslimat ada idea?", "Muslimat ok ker?".. 

Ataupun mengharapkan kenyataan begini dari muslimin, "Muslimat tercekik tulang ker? Sampai mulut  tertutup rapat tak keluar suara?" Pergh, pedas. Memang pedas. Macam ada experienced jer..

Mestila muslimat sendiri kena ubah. Kita saja yang mampu ubah diri kita sendiri. Takkan nak suruh orang lain ubahkan. Jangan sekadar menjadi pak turut dan tukang angguk saja dalam meeting. Angguk jer apa yang orang cakap, walaupun benda tu salah atau kita tak faham. Muslimat kena ada stand sendiri dalam meeting dan bincangkan dengan muslimin.  2 ways comunication ok! Barula meeting jadi effective. Tak mengantuk dan tak membosankan. 

Jom muslimat, kita pecutkan langkah, berusahalah untuk berubah. Ambillah ibrah dari kisah Aisyah R.A. yang menjadi pusat rujukan setelah kewafatan Rasulullah S.A.W.. Bagaimana Aisyah membantu menyebarkan ilmu2 yang di pelajari dari Rasulullah. Aisyah x berdiam diri di rumah, tapi giat membantu menyebarkan ilmu kepada semua sahabat. 

Beranikan dirimu duhai muslimat. Malu itu memang perisai wanita, tapi bertempatlah dalam menzahirkan perasaan malu. Jangan malu untuk berbicara, tapi malulah bila artis yang dipuja. Jangan malu untuk melontarkan pendapat, tapi malulah bila x sempurna menutup aurat. Latih dirimu dari sekarang, agar kita dapat menjadi penyumbang buat Islam. Bak kata Senator Mumtaz,"Kita dilahirkan untuk melahirkan. Kita dipimpin untuk memimpin. Kita ditarbiah untuk mentarbiah".

 -MUSLIMAT POWER-

tinta dari muslimat buat muslimat atas dasar kasih sayang kerana Allah...

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive