Wednesday, April 27, 2011

Tinta kenangan buat sahabat seperjuangan


Teringat kenangan jaulah ke Merlimau bersama sahabat-sahabat beberapa bulan yang lepas. Bila dalam kereta, ada satu lagu ni sentiasa diulang-ulang. Tubir mata sentiasa bergenang. Kadang-kadang untaian manik jernih berguguran. Bagi orang lain mungkin anggap lagu ini biasa. Tapi bagi saya, ia ada maksud dan kenangan tersendiri. Mungkin saat dan ketika itu memang kena dengan emosi diri yang sangat rindukan sahabat-sahabat seperjuangan walaupun baru berpisah beberapa jam ataupun minggu. Baru berpisah sebentar, tapi saya sudah sangat-sangat rindukan mereka. Air mata menitis saat mendengar lagu ni. Terasa syahdu sangat perjalanan kami pada saat itu.
"Illeya tolong tukar lagu lain. Tak tahanlah dengar lagu ni. Hujan lebat nak turun nih." Beberapa kali saya mintak Cik Illeya untuk tukar lagu lain, tapi dia hanya tersenyum. Kak Farah dan Kak Muna di belakang dah lama tersenyum berbahterakan mimpi indah. Mungkin malas melayan kerenah budak kecik yang kuat merengek di hadapan.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih kerana sudi hadir menjadi sebahagian dari diri ini. Terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan sikap kebudakan-budakkan diri ini. Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini. Terima kasih kerana sudi mencoret 1001 kenangan bersama diri ini. Maafkan diri ini, andai pernah mengguris hati kalian. Diri ini sangat-sangat bersyukur kerna dikurniakan Allah, teman seperjuangan sehebat kalian. Andai kita tak berjumpa lagi di dunia, insyaAllah moga kita berjumpa di Syurga.
Buat teman seperjuangan, lagu ini khas untuk kalian. Moga menjadi catalyst dalam perjuangan kita.
Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan istri.

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang



Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarai
Walau perjuangan tak berjaya



p/s:  Mood sangat2 merindui sahabat2 seperjuangan..
    

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive