Sunday, December 23, 2012

Bertaut hingga ke SYURGA


Ibn Al Amr satu ketika dahulu seorang yang senantiasa membangkangi Rasulullah di saat jahiliyah masih membelenggu dirinya. Bilamana Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekkah, dia antara orang yang akan bangun dan melawan.

Namun, tatkala peristiwa Hijrah, bersama dengan Khalid Al Walid, mereka mendatangi Rasulullah dan mengakui bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Bermulalah liku-liku perjalanan seorang insan yang kembali kepada fitrah asalnya.

Dikala mereka mendatangi Rasulullah demi mengungkap bait2 syahadah yang suci, mereka di sambut dengan senyuman Rasulullah bak sang kekasih yang sedang menanti pujaan hatinya. Mereka diterima oleh Rasulullah bak perindu yang sudah berkurun merindui.

Terdetik di hati Al Amr bahawa Rasulullah sangat mencintai dirinya berbanding sahabat-sahabat yang lain. Namun, demi menginginkan satu kepastian, Al Amr lantas bertanya kepada Rasulullah.

"Ya Rasulullah, siapakan orang yang paling kau cintai?"

"Aisyah". Jawab Rasulullah sambil tersenyum.

"Maksud aku...siapakah yang paling kau cintai...dikalangan laki-laki?"

"Ayahnya Aisyah". Senyuman masih terukir di bibir Rasulullah.

"Siapa lagi Ya Rasulullah?"

"Umar Al Khatab"

"Lagi?"

"Uthman"

Al Amr tidak sanggup untuk terus bertanya kerana takutkan namanya di sebut di akhir sekali. Berfikir dan terus berfikir mengapa namanya tidak disebut. Dan akhirnya, jawapan ditemui.

Indahnya peribadi Rasulullah. Personanya ukhwah yang Rasulullah bentangkan. Di saat baginda bersama dengan sahabat-sahabat, baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dikasihi. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dicintai. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dirindui. 

Dan di ketika ini, di saat baginda tiada lagi di bumi, masih terasa kasih sayang baginda, masih terasa kerinduan baginda, dan masih terasa rasa cinta baginda.



*******************************

Baru mukadimah, tapi aku dah jatuh cinta.
Baru beberapa muka surat, tapi rinduku dah membara.
Baru beberapa helaian, ah..cukup mempersona..





Dalam dekapan ukhwah, kita mengambil cinta dari langit,
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di syurga menara-
menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhwah...

p/s: tq tu my sahabat dunia dan akhirat, cik puan athirah kerana telah menta'arufkan saya dengan buku ini. Dan, saya dah jatuh cinta dengan buku ni!!!

Wednesday, October 31, 2012

MASA tu, Allah yang pegang

Semalam aim untuk habiskan 2 chapter PHATOLOGY yang osem. Hajat nak start berdating dengan pathology selepas isya'. OK lepas Isya' Najwa!!


Tiba-tiba dikejutkan oleh roomate sebab ada sahabat yang sedang kesusahan. Saya tengok jam, dah pukul 8.30 malam. Hati saya kata, tak pa Najwa, pergi ziarah sekejap, insyaAllah lepas ni kita study. Kita ziarah sekejap ja, tolong apa yang patut.

Hajat nak ziarah sekejap, tapi ziarah jadi panjang sampai ke pukul 12.30 malam. Bohongla kalau saya kata sepanjang ziarah tu saya tak fikir langsung tentang study. Terbayang-bayang muka FATEHIANS (ok. ni nama batch diet saya yer...)tengah study. Mesti dah banyak nota yang disentuh. Ok fine!

Saya tengok wajah Abdullah Hanzalah yang sibuk kehulu ke hilir. Sibuknya dia, dah la exam esok. Dia tak fikir pun nak study tapi fokus untuk bantu sahabat yang dalam kesusahan. Saya pandang muka Bintu Akyan, PUCAT!! Subhanallah, walaupun pucat, mungkin disebabkan environment factor, Quran tak lepas dari tangan. Dia pun tak fikir tentang study.

Hmm, mungkin ni perancangan Allah. Saya berhajat nak study lepas isya', tapi perancangan Allah lain. Saya berhajat nak ziarah sekejap saja, tapi Allah lamakan saya di situ.


12.30 malam saya balik ke bilik. Masa tu dah tak fikir study dah. Pergi toilet, ambik wudhu' dan solat. Lepas solat, mata rasa segar sangat. Rasa mengantuk dan letih tadi terus hilang. Saya ambik nota HYPERSENSITIVITY dan baca. Alhamdulillah terasa Allah jaga masa saya time tu. Masa seakan-akan bergerak perlahan dan memudahkan saya untuk study.

Saya tengok jam, saya tersenyum. 4.30 PAGI. Terima kasih ya Allah, atas perancangan yang TERBAIK! Saya rancang lain, tapi PERANCANGAN ALLAH YANG PALING BAIK. Alhamdulillah


Apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Semoga sahabat saya sembuh dan semoga sahabat2 saya yang sedang bertarung dengan pen dan kertas mendapat keputusan yang terbaik.

Monday, October 29, 2012

PENGORBANAN =KASIH SAYANG


Salam Eidul Adha!!

Ok, blog ni memang dah KOSONG sangat tanpa pengisian. Agak busy dengan tugasan-tugasan as a student. InsyaAllah, azam baru!! Aktifkan semula blog walaupun tak ada orang baca. (Who care kan???)

EIDUL ADHA 1433H

Mencatat banyak sangat pengorbanan yang berlaku:

1-abah admitted to hospital due to high fever and diarrhea
2-after abah discharged, anak dia hok comei pulak kena
3- tiket bus habis and terpaksa balik Jumaat malam sedangka esok pagi orang buat korban

But, it's PENGORBANAN.


So, pray for me so that I can be ISTIQOMAH to write something beneficial for me myself and for all of you. Salam Eidul Adha, salam pengorbanan dan kasih sayang ^_^"

Wednesday, July 25, 2012

Bilamana cik diet masuk KITCHEN!!

Alhamdulillah, dah setahun saya berada dalam kos dietetics. Tak ada lagi dilema DOCTOR VS PHARMACY VS DIET. 

Semester pertama agak 'membosankan' mungkin disebabkan keadaan diri yang agak lapang tanpa aktiviti. Hasilnya, result akhir semester sangat tak terjangka. Result yang membuat diri terpaku dan termuhasabah. Allah, baru sikit Allah uji dengan ujian kelapangan, diri ini dah lalai dan leka.


Semester kedua tiba!! Semester yang sangat padat. Mungkin kerana banyak subjek yang sepatutnya di ambil semasa 2nd year, di masukkan dalam semester 2. Semester ni banyak sangat subjek di tambah lagi dengan lab yang bersusun. Tapi, ada satu subjek dan lab yang paling saya suka. 

FOOD PREPARATION

 Sebahagian dari kelas dalam lab kami.
Our lab is KITCHEN!!

Untuk subjek Food Preparation, setiap minggu kami akan belajar teori dan praktikal tentang setiap jenis makanan. Contohnya, daging merah, daging putih, sayur dan buah-buahan, pastry dan banyak lagi. Inilah satu-satunya subjek yang boleh release tension. 

So, every weekend is cooking time!!

Antara hasil yang berjaya kami buat:

Sloopy Hambuger


Cream puff yang Subhanallah sedap!!

Favorite Cik Siti Wan Kembang, Nasi Kerabu

 Meringue Custard Pie yang sedap. MasyaAllah..

Apple Muffin yang comel..

Banyak lagi, tapi tak larat nak letak dekat sini.
Takut nanti ramai yang terliur pulak!!

Alhamdulillah, sekarang saya dah berjaya habiskan semester 2. Result? Alhamdulillah!! Bilamana Allah sibukkan diri kita, nescaya kita akan lebih menghargai masa.

Akhir kalam, belajarlah apa sahaja kerana itu semua ilmu Allah. Belajarlah kerana DIA, insyaAllah ilmu itu akan berkat dunia dan akhirat.

Pesanan ikhlas dari CIK DIET, masaklah dari hati dan masaklah dengan IMAN!!

SALAM RAMADHAN!!

Selamat Melangkah ke Bulan Tarbiah



Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk kita berada di bulan Ramadhan pada tahun ini.

Manfaatkanlah ia dengan sebaiknya.



SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA

Tuesday, February 21, 2012

Plan your TIME


Setiap insan Allah kurniakan dengan 24 jam sehari. Ke ada yang kata dia dapat lebih??? So, sebagai makhluk yang Allah kurniakan dengan aqal fikiran, kita harus BIJAK menguruskan masa kita. Bak kata orang berambut perang, PLAN YOUR TIME SMARTLY.

Masa, sangat penting hingga Allah turunkan satu surah di dalam al Quran yang menekankan tentang MASA. Jadilah mukmin yang bijak menguruskan masa agar setiap detik masa kita mendekatkan lagi kita dengan Allah S.W.T.

Satu perkara yang harus kita tekankan, HORMATI masa orang lain. Andai berjanji, tepati. Semoga masa yang Allah bagi, berkat untuk kita semua.

Saturday, February 11, 2012

CERMIN YANG BERKATA-KATA


Sebagai manusia, kita perlukan cermin untuk lihat apa kekurangan dalam diri kita dari sudut pakaian, make up , rambut, penampilan dan sebagainya. Cermin, satu objek yang cukup berjasa, namun hanya mampu 'mengkritik' apa yang terlihat sahaja. 

Sahabat, merupakan cermin yang terbaik yang Allah kurniakan. Sahabat yang soleh, akan 'mengkritik' perkara yang tak elok dalam diri kita. Bukan untuk menyakitkan hati, tapi sebagai tanda kasih sayang untuk dibawa hingga ke syurga.

Sahabat yang berpura-pura, mampu menjadi cermin yang menipu buat kita. Andai badan kita besar, dipancarkan kekecilan kita. Andai baju kita kotor, dipancarkan kebersihan. Mungkin ramai yang suka dengan cermin begini. Namun, hakikatnya kita yang akan terseksa bila berhadapan dengan orang lain.


Carilah cermin anda yang terbaik. Berkata-katalah dengan cermin anda. Buat si cermin, jadilah seperti cermin ibu tiri SNOW WHITE. Tatkala ditanya, siapa yang paling cantik, tanpa ragu-ragu akan di marah dan dipecahkan, terus memberi jawapan, "The most beautiful is Snow White".

-Jangan hanya mengharapkan cermin yang baik, TAPI jadilah cermin yang terbaik- 

Saturday, January 7, 2012

Tips EXAM

Usia solat zohor, bersalaman dengan jemaah. Ramai yang tersenyum bila saya hulurkan salam.

"Amboi, budak dah habis exam muka berseri."

"Tudia, dia dah habis exam dah."


Dialog yang lebih kurang sama yang saya terima hari ni dari orang yang berbeza-beza. Saya hanya mampu tersenyum tanpa kata apa-apa. Dalam hati hanya tuhan saja yang tau. Terimbau kertas biochem yang dijawab beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah. Tak boleh nak merungut sebab setimpal dengan usaha saya. Pengajarannya, jangan study last minit!!

Ujian dunia, yang sering student takutkan. Terpulang pada usaha kita. Kalau kita belajar sungguh-sungguh, dapatlah. Kalau kita belajar main-main, maka result pun main-main. Tak boleh nak pertikaikan kalau ada yang kata, "Adi tu study punyala kuat. Makan tak, mandi tak, tidor pun tak. Tapi, result tak la setinggi mana." Mungkin ada jugak yang persoalkan, "Tuti tu asyik main angry bird ja, exam esok. Tapi buku tak baca pun. Result gempak jugak!!" Ok. Itu rezeki masing-masing. Jangan pertikaikan kuasa Allah. Dia berhak beri pada sesiapa sahaja. 

Pernah terfikir tak?

Kita tau bila jadual exam kita.

       Paper: Nutrition and Health 
       Tarikh : 31 December 2011
       Masa :9 AM
       Tempat : Exam Hall
       Invigilator : Lecturer yang keibuan dan kebapaan

Kita masih boleh atur masa kita untuk study dan kadang-kadang ada jugak lecturer yang bagi sport question. Dengan information yang begitu banyak ni pun kita masih takut. Sampai ada yang terketar-ketar tengok slip exam. Ada yang nangis masa study. Ada yang sanggup tak makan, tak tido, semata-mata untuk study.

Tapi, takut tak kita bila tengok jadual exam ni:
    
      Paper: Persoalan Munkar Nakir
      Masa: Bila-bila
      Tempat: Alam kubur
      Invigilator: Munkar Nakir 

Jika difikir balik, Allah bukan bagi sport question dekat kita. Tapi, Allah bagi terus soalan apa yang akan ditanya. Maha Pemurahnya Allah. Allah bagi jugak cara-cara nak berjaya dalam exam tu. Taat perintah Allah, jauhi laranganNya. Namun, sapa yang sentiasa ingat tentang exam ni? Mungkin boleh dikatakan exam on the spot. Bila Allah nak bagi, Allah bagi. Dah cukupkah 'buku' yang kita baca? Dah cukupkah 'information' untuk kita bawa semasa exam nanti. Adakah nanti kita akan tersenyum kepada 'invigilator' atau menangis meminta belas ihsan?

Sepatutnya, kita dah semakin rancak membuat persediaan. Bukannya menunggu saat rambut berdye putih, tulang mendapat title osteoporosis, badan melalui highway Aging process ataupun salur darah tersumbat gara-gara atherosclerosis. Persediaan kita menghadapi exam ni perlu dirancakkan. 'Buku' perlu ditelaah dengan lebih banyak, kerapkan berjuma dengan 'lecturer' untuk mendapat sebanyak mana bekalan. Kalau berkemampuan, buatlah 'group discussion' lima kali sehari supaya 'information' untuk exam masuk berganda-ganda dan lebih faham. Dapatkan semangat dan kekuatan dengan 'berdating' dengan KEKASIH di saat insan lain berdating dengan bantal dan buku.

Jika exam di dunia kita bersungguh-sungguh berjuang, exam di sana perlu lebih lagi kesungguhannya. Jika di dunia, DEAN LIST yang dikejar, dalam masa yang sama tingkatkan usaha untuk mendapat ALLAH LIST. 

~Jom study untuk exam akhirat~

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive