Sunday, December 23, 2012

Bertaut hingga ke SYURGA


Ibn Al Amr satu ketika dahulu seorang yang senantiasa membangkangi Rasulullah di saat jahiliyah masih membelenggu dirinya. Bilamana Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekkah, dia antara orang yang akan bangun dan melawan.

Namun, tatkala peristiwa Hijrah, bersama dengan Khalid Al Walid, mereka mendatangi Rasulullah dan mengakui bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Bermulalah liku-liku perjalanan seorang insan yang kembali kepada fitrah asalnya.

Dikala mereka mendatangi Rasulullah demi mengungkap bait2 syahadah yang suci, mereka di sambut dengan senyuman Rasulullah bak sang kekasih yang sedang menanti pujaan hatinya. Mereka diterima oleh Rasulullah bak perindu yang sudah berkurun merindui.

Terdetik di hati Al Amr bahawa Rasulullah sangat mencintai dirinya berbanding sahabat-sahabat yang lain. Namun, demi menginginkan satu kepastian, Al Amr lantas bertanya kepada Rasulullah.

"Ya Rasulullah, siapakan orang yang paling kau cintai?"

"Aisyah". Jawab Rasulullah sambil tersenyum.

"Maksud aku...siapakah yang paling kau cintai...dikalangan laki-laki?"

"Ayahnya Aisyah". Senyuman masih terukir di bibir Rasulullah.

"Siapa lagi Ya Rasulullah?"

"Umar Al Khatab"

"Lagi?"

"Uthman"

Al Amr tidak sanggup untuk terus bertanya kerana takutkan namanya di sebut di akhir sekali. Berfikir dan terus berfikir mengapa namanya tidak disebut. Dan akhirnya, jawapan ditemui.

Indahnya peribadi Rasulullah. Personanya ukhwah yang Rasulullah bentangkan. Di saat baginda bersama dengan sahabat-sahabat, baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dikasihi. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dicintai. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dirindui. 

Dan di ketika ini, di saat baginda tiada lagi di bumi, masih terasa kasih sayang baginda, masih terasa kerinduan baginda, dan masih terasa rasa cinta baginda.



*******************************

Baru mukadimah, tapi aku dah jatuh cinta.
Baru beberapa muka surat, tapi rinduku dah membara.
Baru beberapa helaian, ah..cukup mempersona..





Dalam dekapan ukhwah, kita mengambil cinta dari langit,
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di syurga menara-
menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhwah...

p/s: tq tu my sahabat dunia dan akhirat, cik puan athirah kerana telah menta'arufkan saya dengan buku ini. Dan, saya dah jatuh cinta dengan buku ni!!!

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive