Wednesday, February 12, 2014

moga aku sekuat dia





What happened on 12 February 1949?
“What you do for yourself dies with you but what you do for others lives on..”

Mesti semua pernah dengar tentang Al-Ma’thurat kan? Al-Ma’thurat adalah himpunan ayat-ayat yang diamalkan oleh Rasulullah.

Terlalu banyak kelebihan al-mathu’rat kan? Tahukah kalian siapa insan hebat yang telah mengumpul dan menyusun Al-Ma’thurat? Beliau adalah As Syahid Imam Hasan Al Banna.

Pada 12 Februari 1949 Imam Hasan Al Banna telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di Mesir. Hari ini genaplah 65 tahun pemergian beliau.

Beliau adalah seorang perjuang Islam yang mempunyai Cinta luar biasa pada Islam.
Cinta beliau pada Islam penyebab beliau mahu menyambung perjuangan Rasulullah.
Cinta beliau pada Islam penyebab beliau mahu mendalami ilmu sejak kecil.
Cinta beliau pada Islam penyebab beliau mahu mempunyai akhlaq yang terbaik.
Cinta beliau pada Islam penyebab beliau mahu berkorban demi Allah dan Rasulullah s.a.w.

Sedikit perkongsian biodata beliau:
- Dilahirkan pada 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906, di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah
- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah, kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.
-Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.
- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.
- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.
- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.
- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.
- Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946
- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.
- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.
- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'lam
Innalillah

Brought to you by,
SRC Dakwah Secretariat

Monday, February 10, 2014

BETTER than BEFORE

Bismillahirrahmanirrahim

2012-2014

Hope that I'm being a better daughter,
a better student.
and of cause
a better MUSLIM.

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive